I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Friday, April 30, 2010

Kayuhan Bersama MPK...




Kayuhan Bersama MPK
(Majlis Perbandaran Kajang), Selangor
Lokasi: Pengakalan Hulu - Betong -Pengkalan Hulu
Jarak : 37.97 km (Distant Hamba)
Average Speed : 20.4 km
Max Speed : 49.1 km
Starring : 39 riders MPK diketuai Dato' Hassan Nawawi
(Termasuk 3 orang wanita, comey-comey depa ni..)
Also Starring: Hamba, Tuan Fadzil, Yus (otai ni..), Nizam Imig, Azizi Imig
Special Guest Star: Faizal Penang dan 3 riders from Baling mariiii...dan 10 orang riders dari Betong, Thailand
Tarikh: 01.05.2010
Jam: 0745 pagi depan Petronas Pengkalan Hulu
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
dan Selamat Hari Pekerja bagi warga pekerja di seluruh Malaysia..
Sabtu: Hari ini niat di hati Hamba saja-saja nak buat kayuhan santai di sekitar Pengkalan Hulu. Tanpa prepair apa-apa pun, baju pun biasa saja. Masuk saja kat Petronas Pengkalan Hulu, Hamba tengok ramai pulak orang, siap dengan beskal, jersey warna merah tengah dok ambik gambaq kat bawah pokok. Dalam pada dok perati tu, jengoi tuan Fadzil dengan warna baju merahnya. Dalam pada tu Yus pun ada, termasuk 3 orang riders dari Baling dan Faizal dari Penang. Dengaq kata dia ni toke beskal juga dan bekas pelumba beskal Negeri Kedah.
Ibarat kata menyambut tetamu yang datang, Hamba pun merapatkan diri untuk sama-sama menjayakan kayuhan mereka. Rombongan dari Kajang ni akan terus ke Betong dan menuju ke destinasi sebenar ke Terowong Komunis juga terdapat di Betong, Thailand. Betapa gumbiranya mereka..masing-masing bersemangat. Laju pulak Hamba rasa kayuhan mereka ni. Maklumlah kayuhan menuju 'syurga'.... itu pun atas naiwaitu juga. Nasib baiklah Abang Razif tak join..kalau tak jenoh kepong. Mungkin dia akan sampai jugak nanti. Maklumlah tengah menghitung hari..he3.



HERO..inilah jejaka yang paling laju sekali kat Pengkalan Hulu ni, En. Wan nama diberi, toke Felcra...belum kayuh lagi..tup,tup dah sampai kat sempadan. Ilmu apa yang dia pakai tak tau lah... Rider Malaysia tu... Tak percaya tengok baju... basikal tak perlu didedahkan...Takut rahsia bukaaa..! Siap kata tadi.."Hang ambik gambaq aku kat ataih saja, bawah tak leh..kat Betong nanti aku belanja hang minum.." ...he3... dan lagi bagi rasuah tu....
OTAI... inilah dua orang otai dlm arena beskal..
tengah dok pasang beskal..from Penang
MPK..para riders dari Kajang. Tengah dok bersiap sedia untuk memulakan kayuhan

CUTE...jangan salah faham, bukan yang didepan tapi yang di sebelah kanan tu...Senyum memanjang depa ni. Yang di kiri sekali tu kalau nak tau dia nilah Penghulu Basikal kat Pengkalan Hulu..beskal saja dah berbelas ribu harganya... Berita terakhir diterima tadi, masa kayuh pergi terowong tergolek..!? Betui ka ?

KANAN...Saudara Azizi dari Imigresen Pengkalan Hulu

Awai lagi brader..macam letih saja... sat lagi masuk Betong dia cergaslah tu..

Phewiiiiiiiittt....!! pinjam Odd punya trade mark. Dua White Horse sedang beraksi, tapi ni bukan show jumping..Hamba Rasa macam ada kurang satu lagilah beskal macam tu...siapa ya..! Mesra habis depa ni..very sporting..lain kali mai lagi.. kita kayuh pergi Kulim... jumpa Saudara Odd..

Berarak melewati Pekan Pengkalan Hulu

Steady bang! jauh lagi perjalanan tu...

Kayuhan memasuki Kg. Air Panas, Pengkalan Hulu

Seiring dan sejalan, seindah bunga di taman..

Kayuhan di samping mendengar lagu...lagu hindustan ka bang..! Bok mai la sini sat, nak dengaq jugak..

NIZAM...bye!bye..hari ni dia pakai baju Betong, amboi..mentang-mentang nak pi Betong jersi pun dah tukaq jugak...Hari ni Road Bike dia demam, kayuh guna MTB saja..

DATO'...aku terima nikahnya..he3. Gimik saja. Tuan Fadzil tengah dok memperkenalkan Ketua Rider dari Betong di perkarangan Kompleks Imigresen Malaysia.

Nindia...dah jumpa pun partner dia..3 White Horse telah dipertemukan dalam Jejak Kasih..mana dia tuan empunya diri ni...

Masa ni tengah tunggu proses cop passport. Yang di sana tu riders dari Betong..baguih depa ni. Apa yang baguih? Layanan mereka.. di Betong nanti semua baguih-baguih..

AMIN...bukan doa lagi...sebenarnya inilah dia Toke Beskal kat Betong, nama dia Amin...

Masa ni di perkarangan Kompleks Imigresen Thailand, tiba-tiba saja hari ni ramai pulak orang yang masuk ke Thailand. Macam-macam rupa ada, yang hitam manis, yang putih berseri, pendek kata macam-macam adaaaa...!!

Apabila ayam dan itik bertemu, bahasa global diterjemahkan..

THAILAND...masa ni dah masuk area Betong. Dok tunggu yang lain tu sampai...

Inilah passport yang Hamba gunakan selama ni... ATP (Angkat Tangan Pi), bukan acara angkat sumpah hah..

Apabila dah sampai Pekan Betong, apalagi sarapan la dulu...nasi dagang menjadi menu utama hari ni. Makanan dan minuman ditaja oleh Amin & The Gang...Khob Khunnn..

LEGA...riders dari Baling maa... hat dekat ni cikgu di Baling, yang di hujung sana tu Petugas PLKN Cawangan Sungai Siput. Kayuhan dia macam pelesit gak..laju...
Demikianlah serba sedikit coretan Hamba pada kali ni.. kepada rakan-rakan yang mengikuti kayuhan meraikan kawan-kawan dari Majlis Perbandaran Klang (MPK), Selangor diucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Dato' Hassan serta rombongan MPK, selamat berkayuh ke luar negara dan jika ada kesempatan datanglah lagi di daerah Pengkalan Hulu, Perak. Ok..choww, Wassalam.
BAHASA THAILAD : Khob Khun - Terima kasih

Saturday, April 24, 2010

Kasih Ibu Bawa Ke Syurga, Kasih Anak-anak...

Ahad 25/04/2010. Hari ini genaplah usia emas Ibunda yang tercinta Che Som bt Taib. Selama 68 tahun menghuni dunia yang fana ini.. Alhamdulillah kepada Allah s.w.t. yang telah memberi kesihatan yang baik kepada Bonda Hamba. Untuk makluman Bonda yang diingati, saban hari siang dan malam kami anak-anakmu, senantiasa memanjatkan doa dan harapan semoga diberi kesempatan kepada kami, agar dapat berbakti dan menjaga Bonda selagi hayat dikandung badan. Kini ulang tahun yang 68 ni.. anak-anakmu, biar yang berada di Sarawak, Pulau Pinang, Kedah dan Perak kembali berkumpul untuk meraikan hari yang penuh bermakna. Untuk anak-anak Bonda yang jauh Nurul Azah (Sarawak) hanya doa dan salam sahaja yang dapat dihulur sebagai pengganti diri.. namun dihati tetap tersemat wajah Bonda tercinta. Tiada dua, tiada tiga, hanya engkaulah satu-satunya di hati kami... dan di malam ini 24/04/2010 kami berkumpul di Daerah Sik, di rumah Nooriza (kakak sulong) bagi meraikan hari ulangtahun yang ke 68. Gembira dan syukur apabila melihat wajah Bonda..riang dan gembira walaupun jauh disudut hati, kami tahu Bonda pasti terasa..mungkin berbangga dengan anak-anak Bonda, bersatu hati dan bersusah payah membuat majlis seperti ini. Insyallah, Hamba akan berusaha untuk mengembalikan kembali kenangan dahulu berkumpul anak-anak Bonda semua di hadapan Bonda nanti. Walaupun kini ayah telah lama pergi, namun kami tahu betapa cinta dan kasih Bonda terhadap arwah tidak pernah pudar.. alangkah bertuahnya sekiranya ayah ada pada tika dan waktu ini.. hanya doa dan iringan doa restu yang tak pernah padam akan selalu dipanjatkan kepada Allah s.w.t. Semoga roh Ayahanda dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..Amin!
BERGAYA...gaya seorang toke ikan bakaq

SIAKAP... dua ekor siakap menjadi habuan malam tu..

Semoga panjang umur dan murah rezeki..

ANGKAT TANGAN..! bukan surrender da, tadah tangan baca doa..

Dikelilingi anak-anak, menantu dan cucu-cucunya..

KASIH ANAK... ciuman dari kakak Hamba...


Walaupun di mana jua kita berada, miskin atau kayanya kita, cantik atau hodoh, jauh atau dekat..tapi ingatlah sekiranya kita masih mempunyai ibubapa, sayangilah mereka, bahagiakanlah mereka sebagaimana mereka menjaga dan mendidik kita sehingga dewasa.. sesungguhnya kasih seorang ibu akan membawa kita ke syurga ...Insyallah.. Selamat Hari Ulangtahun Bonda yang tercinta, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. sekian Wassalam.


BAHASA THAILAND : Khun yu thinai - Kamu tinggal di mana

Monday, April 19, 2010

Suatu Kepuasan..Off Road Betong


Kayuhan Off Road Betong
Jarak: 58.29 km
Laluan : Tmn Tasek Permai - Betong - Tman Tasek Permai
Max Speed: 47.3 km
Average: 16.1 km
Mula: 0700 hrs
Tamat: 1400 hrs

Riders: 60 ++
Penganjur : Hulubalang Tok Megat & BetongMTB



Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..

Agak lama jugak Hamba mengambil masa untuk mengupdatekan blog ni. Baru kini Hamba mendapat. Bukan kerana cedera dan juga bukan kerana letih, tetapi komputer punya masalah. Apapun, Alhamdulillah, terlaksanalah juga blog Hamba ni.

Pagi ini, 17 April 2004 (Sabtu) seawal jam 7 pagi Hamba berseorangan telahpun bertolak untuk ke Betong bagi satu misi, melaksanakan perkara yang belum Hamba lakukan selama ini. Kayuhan Off Road Betong! Itulah nama yang telah diberi oleh Tok Megat untuk misi kali ini. Tatkala Hamba menikmati suasana pagi yang nyaman tiba-tiba..phooonnn!phoooonnn, ingatkan Idlan Raja Lawak rupa-rupanya Brother Razif mengekori Hamba dari belakang. Sayuq saja dia memotong Hamba... patut la laju, rupanya naik kereta. Tapi, tak pa, nanti Hamba potong dia balik.

Sampai di muka pintu sempadan, Tok Megat & The Gang pun sama-sama sampai. Tunggu sebentar untuk proses cop passport. Hamba teruskan lagi perjalanan, memadailah dengan passport ATP (Angkat Tangan Pi). Jangan angkat kaki sudah.. kurang ajar namanya tu dan tepat jam 7.23 pagi, Hamba dah pun sampai di lokasi, mana lagi kalau tak kat kedai Amin Beskal. Sampai di sana, dah ada riders yang sampai. Nama kata Betong, apapun memang awai....baguih-baguih, disiplin namanya tu. Subuh ikut jam Malaysia ka atau jam Siam !?
Suasana pagi di Pintu Masuk Sempadan Mal/Thai
Yang ni paling awai sekali, sapa lagi, keta biru, Brother Razif dengan Tok Megat

Riders dari Malaysia, Guar mariii...

Betong MTB
Dalam menghitung saat-saat menantinya perjuangan, sempat juga Hamba mengambil gambar para riders yang datang dari merata tempat di Utara Semenanjung, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Semuanya ceria sebelum acara dimulakan..

Soalnya siapakah diaa..?
Untuk gambar yang tersiar di atas, Hamba rasa bersalah sekiranya tidak dipamirkan. Tapi persoalannya; siapakah gerangannya..? Orangnya kuat, rupanya pun ada.. siapakah dia? Ha! Cepat-cepat mari kita tengok sapa yang kena.. Ha! nombor dua lagi, nombor dua lagilah.. sapapun tak kena. Tapi Hamba rasa mungkin Odd ka, Al Haj ka atau ZanKX kenal orangnya.

'White Horse' pun setting jugak ke!

Pengarah Kayuhan bersama Cikgu Din dan Tuan Fadzil..

Ayaq free.kalau tak ada yang ni..mampuih la.. terbayang 'From Taiping With Love'...


KL mari ma..

Berada di tapak pemunggahan beskal

CANTIK...Dewan yang terdapat di Pekan Betong

Siam Tamrot....sebelum perjuangan

GAGAH...respect sama depa ni kerana berjaya menghabiskan kayuhan

STRATEGI...Cikgu Din dari Sg Petani dan kawan, dengan pertanyaan; tak sakit ka dok lama-lama macam tuu...

SM Zali (baju kuning), Karai marii..

KASIH IBU... ke mana kuah kalau tidak ke nasi...

YUS...dari mula sampai habis dok depan saja.. tracker MTBKroh

NIZAM...kali ni tiada lagi warm up mcm dulu..awai-awai lagi dia dah buat

Haappp! buat apa tu..?

AKSI... gaya toke beskal

CERIA.. Geng Shukri Siong, baju biru..

Ramainya...
Lebih kirang jam 9.15 pagi, maka, perjuangan pun bermulalah. Konvoi bergerak melalui pekan Betong sambil diawasi oleh Siam Tamrot. Meriah apabila melihat situasi yang sedemikian. Dalam konvoi tersebut terdapat 3 orang wanita berstatus ibu, 2 kanak-kanak perempuan dan 3 orang kanak-kanak lelaki. Semuanya mereka berhati waja laksana perwira dan srikandi di medan perjuangan. Kancil dengan Rusa tak main.

Melalui Pekan Betong

ORANG BALING.... heran, apasal Riders Baling besar-besar tapi power..

JENG!JENG..maka bermulalah episod ragaih bukit, turun bukit..

STOP...dalam hutan pun ada lampu merah jugak...

Menunggu untuk acara downhill...

Banyak jugak traffic light kat sini..

CP1...minum dulu
Di pengakhiran CP1 ni, banyak riders yang terpesong dari landasan.. ada yang speed dan ada juga yang tergolek dog, macam nangka da... mau tak tergolek, bila turun bukit kat situ, dah berpuluh ekog anjing dok tunggu, tunggu masa nak attack aja.. apa lagi ca alif but lah..tu yang banyak riders terpaksa buat divert.

Amboi! Dahaga noo.. mai abang tolong ambikkan ..he3..

POWER...inilah belia harapan negara..Hangpa minum baca Bismillah ka?

Perjuangan yang belum selesai...

GMCC...2 orang ahli dari kelab tersebut. Kuat-kuat belaka depa ni

KALUT..nasib baik tak terlepas kamera..downhill tu

STAGE 2...single track
Dalam Stage 2 inilah, ramai pendekar-pendekar kita telah gugur di medan pertempuran. Namun jasa-jasa mereka dalam meramaikan kayuhan ini tetap dikenang dan disanjung tinggi. Kerana di sinilah terletaknya cabaran yang sebenar dengan denai dan permatang yang licin, dengan kecuraman bukitnya ditaburi batu-batu yang keras lagi tajam. hanya bekalan semangat dan fizikal dan mental yang jitu sahaja yang membuat pendekar-pendekar kita berjaya mengharungi stage ini. Termasuklah Director kita.. Tok Megat & The Gang.
CP2... Geng dari GMCC

Selesai mengharungi Stage 2, konvoi terus bergerak ke Stage 3 yang bagi pendapat Hamba laluan yang agak mendatar dan terbuka. Namun demikian masih terdapat jugak di satu dua tempat yang laluannya agak menggoncang jiwa dengan selekohnya dan downhillnya yang agak laju...

BOLOS...Adik Imran dengan aksinya. Berani budak ni..

LELONG...boleh masuk dalam E Bay ni...
Selesai saja di Stage 3, pick up ayaq pun dah tersedia. Apalagi isi ayaq dulu sambil minum-minum. Peringkat ni tak berapa mencabar kerana laluannya yang agak landai. Masa ni baru dapat tau beberapa pejuang-pejuang yang sama-sama berjuang telahpun gugur di medan pertempuran. Hanya beberapa bahan bukti akan keguguran mereka yang sempat dibawa balik termasuklah kacamata hitam dan lampu serta bateri beskal...Sapa punya..? Man Belon punyeee...

DUSUN..nasib baik tak musim buah, kalau tak naya toke dusun ni...

SILAPMATA... tengok tak ada pa pa.. tak jatuh pun

PERSINGGAHAN... inilah persinggahan terakhir konvoi untuk kayuhan kali ini
Di persinggahan ini, terdapat dua kumpulan di mana kumpulan pertama untuk balik dan kumpulan yang kedua untuk sambung laluan yang seterusnya. Masalah ini timbul kerana pada ketika itu jam sudahpun menunjukkan 12.30 tengahari, nak fikirkan check out hotel, dengan laparnya lagi serta pelbagai persoalan. Setelah dipersetujui maka konvoi mengambil kata putus untuk berpatah balik. Lagi pun bak kata pepatah ' takkan lari, gunung dikejar'. Nanti kita mai sambung lain. Itu semua alasan nak mai lagi lah. Apapun kayuhan hari ini setakat 30km sahaja dan tidak 50 km seperti yang direncanakan. Namun ianya tetap satu kepuasan, setiap keringat yang menitik, setiap degupan jantung yang berdetik pasti ianya akan menyuntik satu azam yang pasti kembali sekali lagi ke sini...

JUADAH RASMI... inilah minuman rasmi Kayuhan Betong..Lengkong campur sirap, jadi kongrap..

Dengan itu berakhirlah coretan Hamba untuk kali ini. sesungguhnya banyak pengajaran dan ilmu yang Hamba dapati dalam mengikuti Kayuhan Betong Off Road ini. Walaupun ianya adalah pertama kali bagi Hamba, namun pengalaman adalah yang utama. Dari Kedai Amin Beskal Hamba meneruskan kayuhan perjalanan pulang ke teratak Hamba. Tepat jam 2 petang Hamba selamat sampai. Selepas ni azam Hamba akan mengikuti Kayuhan Jepang Padi 2010 di negeri kelahiran Hamba, Kedah Darul Aman. Betul -betul dekat rumah Hamba. Oklah...disebabkan maggie Hamba sudah kembang, Hamba noktahkan nukilan untuk di sini sahaja.. ok, choww... Wassalam.
Bahasa Thai: Tamrot - Polis