I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Wednesday, March 31, 2010

Kempunan Lah Lagi....



Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
Khamis 1 April 2010 :
Hah! masih ingat lagikah tuan-tuan semua akan imej di atas ; Hamba pasti ianya masih lagi tersemat di sanubari setiap insan yang menceburi arena ini. Alkisahnya, maka terdengarlah dari halwa telinga (bukan halwa maskat) Hamba, bahawa barang yang diidamkan telahpun berjaya disunting oleh seorang pendekar dari MTBkroh. Setelah berhempas pulas mengalahkan musuh-musuhnya, maka Sang Pendekar tadi telah berjaya memperolehinya. Bravo dan syabas Hamba ucapkan kerana telah berjaya menaikkan taraf diri sendiri dengan hasil yang lumayan. Ingin juga Hamba bertanya pada geranganya; apakah ilmu yang tuan hamba gunakan sehingga berjaya meliuk lintukkan tengkok sang empunya diri itu..minyak dagukah...? Hamba rasa bukan, mungkin minyak buluh perindunya kah...? pun Hamba rasa bukan... Tak leh jadi ni, nak kena bertanya terus kepada Sang Pendekar sendiri.
Bagi memudahkan persoalan tersebut, Hamba menurunkan serba sedikit akan latarbelakang Sang Pendekar ini....... Orangnya hensem.., kacak, berkerjaya (Keja dengan Gomenlah tu..). Badannya 'besar' sekarang telah mempunyai 'Track' nya sendiri...he3... cuba teka sapakah yang empunya 'laluan' ini.. yang pasti bukan Man Belon puunyee...! Hamba rasa Abang Razif dengan Anak Siong arif benar dengan Si Polan ni.... Yus tak aci...sebab dia dah 'makam' lain....
Kepada orang yang Hamba maksudkan itu.. mohon ampun dan maaf sekiranya kata bicara ini menyinggung hati dan perasaan. Semuanya Hamba lakukan adalah semata-mata hiburan dan gurauan sahaja.
Ok, chowww...Wassalam

Episod akan datang: Sudah sampai hukum....tuuunnggguuu...!!

Monday, March 29, 2010

Coretan Ketika Berteduh..





Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..


Isnin 29 April 2010 :-

Sejak dari tengahari dah 'set' dengan ASP Idris (Ajutan) dan C/Insp. Nordin untuk main golf. Maklumlah dah 2 hari golf set tak menjamah tanah dan rumput di padang. Seperti biasa seperti yang dijanjikan 'The Walker Golfers' pun bertemu di arena. Gelaran tersebut diberikan kerana hanya 'flight' ni saja yang bermain berjalan kaki menggalas atau mengheret troli. Beriadah sambil bersukan. Kesihatan dapat, kecergasan dimanfaatkan. Mula jam 5.15 petang dengan keadaan cuaca yang menarik lagi tertarik, maka, persembahan pun bermulalah.


'First' Tee Off bermula di Hole 6, Par 4.. keadaan cuaca mula berubah. Lebih kurang jam 5.40 petang, keadaan bertambah gelap menandakan hari akan hujan. Hamba, Tuan Idris dan Tuan Nordin mengambil keputusan untuk terus saja bermain. Dalam Fikiran mungkin awan mendung akan dibawa angin ke tempat lain. Namun apa yang difikirkan tidak menjadi. Bumi daerah ini tetap menerima rahmat dari Allah s.w.t. Hujan mencurah turun dengan lebatnya menyebabkan padang dilitupi dan digenangi air hujan. Satu ketetapan diambil untuk berehat sahaja di 'Halfway House' di Hole 7, Par 5.


Sewaktu menunggu tu.. sempat jugak Hamba ambil beberapa keping gambar untuk di suapkan dalam blog ini. Maklumlah, daripada kosong ada juga berita yang boleh dikongsi bersama. Sehinggalah jam 6.30 petang keadaan hujan mulai reda. Mujur tiada kilat atau guruh yang menyapa, jika tidak.... emm! sendiri mau ingatlah. Bahaya.. Kalau kena boleh pencen jadi orang.. arwah la tu...


Lewat jam 6.35 petang, tika hujan dah kurang amarahnya.. 'The Walker Golfers' kembali meneruskan aksi mereka dengan membuat 'short cut'. Dari sembilan lubang menjadikan ianya 4 lubang sahaja. Seboleh-bolehnya kita, di samping bersukan, waktu sembahyang tetap dilaksanakan dan diutamakan dari segala hal. Sehinggalah jam 7 malam, di Hole 9, Par 3... misi kami bertiga dapat juga diselesaikan.



Keadaan hujan yang lebat di Hole 8, Par 5 dalam 'Halfway House'


'Fairway' menuju ke 'green' Hole 7, Par 5


L - R: Tuan Nordin dan Tuan Idris..tengah dok kira ayaq hujan.. he3...
Sabaq tuan, nanti sat kita sambung balik.. sapa kalah dia bayaq minum..



Itulah serba sedikit aktiviti petang Hamba selain dari berkayuh...jika orang lain main golf naik 'buggy', tapi kami tetap berjalan kaki demi kesihatan. Dengan jarak 'hole by hole' yang pendek, dan keluasan keseluruhan 2702 meter, berjalan adalah bersesuaian bagi 'golfers' yang inginkan bermain golf dan bukannya 'lawan' golf. Kesimpulannya, walau apapun cabang sukan, riadah ataupun rekreasi, lakukan semuanya untuk kesihatan.....kerana ianya tiada boleh dijual beli.. ok, choww... Wassalam.


Friday, March 26, 2010

Pengkalan Hulu Ke Baling..

Sebelum Hamba meneruskan nukilan, izinkan Hamba memberi sepatah dua perkataan bagi mempromosikan barangan seperti di atas.. dan kepada sesiapa yang berminat, masa Betong Off Road nanti bolehlah bawa duitnya sekali. Jangan takut Kerajaan Thailand tak minta ufti lagi.. Harganya RM3,500.00 duit Malaysia, kalau siam punya juta-juta bath maa..
Inilah tuan punya beskal RB tadi.. namanya Amin..Alhamdulillah doa dulu, doa dulu, lepas tu baru Aminnnn... beskal saja yang jual, tuan dia tak jual hahh..


Lokasi : Pengkalan Hulu (Petronas) - Baling - Pengkalan Hulu
Jarak : 28.8 km
Max Speed : 59.9 (tu turun bukit daa...)
Cuaca : cun, cantik dan cerah
Masa : 07.45 pagi (Waktu Malaysia)
Tarikh : 27/03/2010
Riders : Hamba, Tuan Fadzil, Tuan Nordin, Yus, Wan Felcra, Nizam Imigresen,
SM Zali, Sjn Mail dan Wendy
Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
Sabtu - Cuaca pagi, nyaman dan terang. Ditambah dengan sapaan bayu yang dingin. Sesekali ia menjentik kulit nipis sehingga terasa akan sejuknya sapaan itu. Alhamdulillah. Itulah betapa indah dan damainya bumi Pengkalan Hulu ini. Di hujung jalan sana, sekelibat insan sedang mengayuh dan semakin menghampiri diri Hamba yang kerdil ini. Gagah membelah pagi. Kelibat itu semakin dekat. Di hati ini segumpal persoalan masih berdetik, siapakan gerangannya.. Kayuhannya mantap dan bertenaga sekali. Kami berselisih; Hah! Amin rupanya. Ku sangkakan sapa tadi..! Rupanya dia. Terus hamba kasi racun cap tengkorak dan sedetik itu juga terus dia setuju untuk sama-sama menyertai MTBkroh ke Baling. Hari ni dia naik RB. (gambar seperti di atas). Apa-apapun dalam kayuhan tersebut roadie memang laju. Sebab yang dok gunakan memang dah taraf otai-otai, termasuklah Yus dan Tuan Fadzil. Dari mula sampai habis, memang dok lead.. bukan lead gitar hahh...
Masa ni masih dok tunggu yang lain sampai.... kita minum dulu!.. isi minyak 2T sat bagi enjin lancar..
Wan Felcra dengan gaya seorang jaguh.. Jaguh Kg. Dusun.. adik beradik Sharif Dol ni..
Kayuh baik-baik, petang ni nak lawan bola pulak..

Dua beradik, mak lain-lain, bapa asing-asing.. sapa lagi kalau
bukan Amin Trek dan Yus Bianchi..

Sjn Mail.. slow and steady

Pemandangan Kem Bn. 18 PGA. Hampir nak siap. Tak lama
lagi boleh duduk tempat baru, pejabat baru, rumah baru, bini pun ..@#% Ehem!Ehem!
he3.. Berani ka!?
Lagi pemandangan kem di sepanjang laluan menuruni ke Baling.

Pencawanggg..! Mcm mana dah sampai ke Gunung Jerai ni..!? Confius,confius..
Ini masa di Puncak Dataran Gunung Inas.. di bawah tu Daerah Punggai @ Tengalong @ Baling

Indah sungguh bumi Tuhan ini. Dengan bukit bukau yang berbalam-balam..

Tuan Nordin dok heran pasai apa Wan ni sampai dulu.. padahal tadi dia dok kot belakang..

Yang ini cuba teka, Jeng, jeng, sapa yang empunya diri.. saja tak mau bagi nampak muka.. Kalau kena hadiahnya boleh ambik gambaq ni kat dia... MTBkroh tak leh sertai.. tak aci.. ( Klu.. Beliau ialah Ratu di MTBKroh ni.. ) ZanKX dengan Odd musti tau punyaaa..

Sessi kayuhan berakhir di sini... di mana? Dataran Gunung Inas..
Sebelum Hamba melabuhkan coretan ini, sekiranya terdapat sentuhan rasa kecundang di sanubari, terlanjur kata yang menikam kalbu dan sekelumit hirisan bicara.. Hamba menyusun jari sepuluh memohon maaf. Nukilan ini hanyalah untuk hiburan semata-mata dan gurauan senda untuk irama di sepanjang kayuhan... jumpa lagi, o.k. chowww... Wassalam.

Monday, March 22, 2010

Kayuhan ' Suai Kenal '





Tarikh : 22/03/2010
Jarak : 22 km
Max Speed : 42.8
Cuaca : Hujan
Lokasi : Bn. 18 PGA - Pekan Pengkalan Hulu - Air Panas -
Sempadan Malaysia/Thailand - Kg Selarong - Restoran Terapong.
Riders : Hamba, ASP Fadzil, ASP Zulkepli, Faezal (Rempit), Dwan,
Kasmadi, Salleh Venzo, Gray, Johari Venso, Scott Amir dan JJ
(Junaidy Jamis).

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Petang, di luar sana hujan masih menyimbah bumi. Syukur. Paling tidak pun bumi daerah ini masih dirahmati. Tatkala itu, persiapan telah pun diatur untuk mengiringi kayuhan petang ini sebagai simbolik meraikan rakan-rakan baru di dalam arena kayuhan MTB ini. Semuanya terdiri dari 4 orang iaitu Salleh, Gray (anak bumi Kenyalang), Kasmadi dan JJ. Kayuhan petang ini dirasmikan oleh sapa lagi kalau bukan Penghulu MTB Kroh ASP Fadzil. Tiada upacara menepung tawar diadakan cukuplah dengan menepung air masin dibaju tu.. Kayuhan bermula di hadapan pintu gerbang Bn. 18 PGA, Pengkalan Hulu, Perak. Bergambar kenang-kenangan di hadapan pintu masuk ke Thailand.. masa ni tak payah guna lesen ATP lagi.. cuaca juga ketika ini masih lagi hujan dan ambik gambar pun dalam keadaan basah.. masing-masing dok control hensem.. L - R ; Salleh Venzo, Scott Amir, Dwan, Johari Venzo, Hamba, JJ. Kasmadi, Penghulu ASP Fadzil, Gray dan Rempit maaflah tak ada gambar sebab terpaksa ambik gambar, nanti kita ejas balik....


Penghulu ASP Fadzil naik MTB hari ini.. tu pun macam pelesit juga.. laju..


Aksi dari Gray, kayuhan slow and steady.. awat dogoi saja ..


Hensem guy... beskal baru beli. Junaidy Jamis (JJ). Kayuh boleh tahan.. laju tapi awas! helmetnya mana?

Scott Amir dan Kasmadi sedang membuat break away !..

Kasmadi.. Kelate mariii...

Dalam apa acara pun.. take 5 adalah yang dinanti... tak caya, tanya depa..


Aksi ni masa di Kg. Selarong..kat Litar Motorcross. Ni pun dogoi jugak apa pun tara.. tak sayang nyawa tuu..

Petunjukkan beskal lambat... sebabnya.. dok tunggu yang lain sampai..

Yang ni aksi, ayam jantan tengah ngorat ayam betina..he3.. Salleh dan Dwan


ASP Fadzil dan ASP Zul.. bincang strategi lagi tuu..

Acara kedua yang dinanti adalah .. kita minum duluuu.. Tempat disediakan oleh pihak Restoran Terapong dan minuman ditaja oleh Penghulu MTBKroh ASP Fadzil... Terima kasihlah tuan, lain kali belanja lagi...he3

Dan kepada semua yang menghadirkan diri pada kayuhan petang tu diucapkan terima kasih dan kepada anggota-anggota MTB yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini, teruskan usaha anda.. Kayuh bukan untk negara, bukan untuk negeri tapi untuk diri kita sendiri kerana betapa mahalnya harga kesihatan itu. Dan jangan lupa bahawa keselamatan juga adalah elemen yang terpenting dalam arena MTB ini.. Justeru itu belilah helmet sebelum terlambat.. O.K, choww....

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@











Saturday, March 20, 2010

1 Hari 2 Negara

Tarikh: 20 Mac 2010
Lokasi : Pengkalan Hulu, Malaysia ke Betong, Thailand
Riders : Hamba dan Wan Langkawi
Distance : 25.8 km
Cuaca : Mendung
Jam : 5.30 petang

Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Mengambil kata-kata Abang Razif (dengan izin) 1 hari 2 bukit, maka, dengan idea tersebut terciptalah lirik ini iaitu 1 hari 2 negara.... Bukan satu hari di hari raya.. tu lambat lagi..Perjalanan petang berkenaan dalam cuaca yang mendung dan dikhuatiri hujan akan turun di satu dua tempat di kedua-dua buah negara. Itu pada hemat Hamba.. kuasa Allah Taala kita pun tak tahu.. wallahu'alam.
Sebenar tujuan Hamba bersama Wan ke Kedai Amin tak lain dan tak bukan cuma nak pegi ejas angin kat fork sebab tak sedap bila terhentak serta ejas brek yang tak berapa mau makan dan Wan pula nak tukaq tayar..
Hah! dah nak masuk pintu sempadan dah... la! la! la!..Amboi syoknya Wannn..
Masa ni masuk pakai Passport ATP.. singkatan Angkat Tangan Pi.. he3

Hah! dah sampai pun Pekan Betong.. suasana petang.. lengang. Mungkin depa dok tidoq kat bilik lagi.. maklumlah overtime!...


Apa lagi.. Kedai Beskal Amin lahh.. Amin kata 14,15 dan 16 April ada Pesta Sonkran, jadi sapa-sapa yang mai Off Road nanti booking awai-awai hah!!..

Jentera Hamba tengah dimasukkan angin.. keluaq belum lagi..patutlah kayuh tak mau laju..

Perjalanan balik.. di pintu keluaq Thailand.. masa ni hujan dah turun renyai-renyai

Yang ni bukan apa.. bukti kata dah masuk ke sinunnn...

Yang ni bukan maskot hahh!.. ini betul-betul bukan cobaannn...

Itulah serba sedikit nukilan Hamba pada petang ini.. jumpa lagi di lain episod...
Wassalam...

Thursday, March 18, 2010

Gambar-gambar Road To Kg. Selarong

Nindia.. three MT stooges, kayuh turun sekilo, makan tambah 2 kilo ha!ha2..

Persimpangan; Nak pi kiri ka, nak pi kanan...
Lajunya Wan kayuh...


Kolam ikan pun adaaa..
Kebun getah..
Dusun buah-buahan.. blur lah pulak


Ini sebuah lagi rumah tradisional yang ada di kampung tersebut..
Rumah tradisional ini masih mengekalkan keasliannya dan pernah digunakan untuk sebuah drama..











Road To Sempadan / Kg. Selarong


















Tarikh: 18/03/2010
Lokasi : Sempadan Malaysia / Thailand - Kg. Selarong
Jarak : 21.5 km
Riders : Hamba dan Wan Langkawi
Cuaca : Tersangatlah cunnya.. tak panas tak redup ( suam kuku lah tu )

Assalammualaikum, salam bahagia dan salam 1Malaysia. Petang ini cuba call Abang Razif mana nak tau kalau dia ada panjat Gunung Inas tapi malangnya beliau menziarahi saudaranya yang meninggal di Pendang. Apa pun takziah dari kami semua untuk keluarga arwah. Dalam pada tu cuba hubungi rakan-rakan lain, malangnya tak ada jawapan.. Nasib baik Wan Langkawi menawarkan diri untuk sama-sama dengan hamba menjeling sejenak ke lokasi berikut...

Asal kayuh saja sampai, asal sampai saja dan kayuh.. hahh dah sampai pun kami berdua di sempadan. Untuk makluman, di pintu masuk sempadan inilah nanti para riders akan melaluinya untuk ke Betong Off Road pada 17 April nanti. Tapi pastikan bawa passport atau Pas Sempadan semasa datang nanti. Kalau tak ada pun boleh... boleh balik.. he3.. Walau macam manapun kami di sini selalunya guna pas ATP.. bukan tenis punya persatuan.. sendiri punya.. Angkat Tangan Pi (ATP). Jangan angkat kaki dah ler.. Kurang asam namanya tu..

Dari sempadan kami terus terjah ke Kg. Selarong melalui Pekan Pengkalan Hulu, Padang Golf dan terus sampai ke destinasi kedua ini. Cantik, nyaman dan mendamaikan kayuh kat sini yang diketuai oleh Pak Juragan sapa lagi Wan Langkawi... dia expert kawasan ni. Ada kebun getah, kolam ikan, dusun dan mcm2 lagi.. pendek katalah, bukan panjang kata.. macam-macam adaaaa...

Apapun nikmatilah pictures yang sempat Hamba gari pada petang tu... layannnn...