I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Saturday, September 25, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Blok 6, Taman Tasek Permai..apa lagi, mailahhhh...!!!



Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Aidil Fitri kepada semua warga Malaysia khususnya kepada peminat-peminat yang masih setia dan sudi melayari blog Hamba ini. Arigato, tocey and khob khun karp...ada masa kita jumpo bersama cerita yang lain pulak. Tetapi untuk tatapan kali ini Hamba nak bawa anda sekalian ke teratak Hamba bagi mempromosikan acara tahunan bagi blok taman ini iaitu Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri bagi Tahun 2010 yang dikendalikan sepenuhnya oleh krew-krew yang terlatih dari dalam dan luar negara beserta dengan kemahiran dan teknik yng tidak diciplak dari mana-mana individu mahupun rancangan. Semuanya original dari Warga Blok 6, Taman Tasek Permai, Pengkalan Hulu, Perak.

Untuk itu, mai kita ramai-ramai bermula dengan langkah kanan dan ingat jangan dok buat lupa pulak, dimulai dengan Bismillah...kita terjah hari pertama aktiviti ini dimulakan....jeng!jeng!...


Tarikh: 24 September 2010 (Jumaat)
Lokasi: Blok 6, Tmn. Tasek Permai
Waktu: Siang hari le...nampak tu..dok cerah lagi...hihihi


yang ni semua Tukang Masak Khas yang diimport dari Singapore...
Tak percaya tanya depaaaaa..
..


Syyhhhhh....!! biarlah rahsia...hehehe
jangan kasi tau orang lain hahhh..!! Bro Din and wife Tauke Lemang Sik



Bermula waktu tengahari, semua para petugas dan Ahli-ahli Jawatankuasa telah pun bersiap sedia dengan kelengkapan yang sepatutnya untuk memulakan tugas. Antara tugas yang akan dilaksanakan termasuklah acara memasukkan pulut ke dalam buluh, dalam bab ni Hamba serahkan kepada Tauke Lemang from Sik, Saudara Baharudin dengan isterinya Puan Siti, untuk makluman semua dah masuk tahun kedua mereka ini memegang kejuaraan dalam acara ini...memang tiada tandingan..cita-cita mereka ini dari sumber yang boleh dipercayai akan membuka cawangan di sebelah Betong, Thailand dan juga di Uganda...hehehe..!!! ada berani ka..!?



di antara lemang-lemang yang akan dieksport...



Sementara menanti ketibaan lemang-lemang yang sedang diproses, krew yang terlatih dalam penyalaan api juga sedang bertungkus lumus untuk menghidupkan api, maklumlah semua yang ada tu masih guna cara lama daa...jenis pakai putar tak pun dok guna pelaga batu lagi..tu yang dok jadi lambat...jenuh juga Raja Api bekerja demi untuk memulakan api yang pertama, ingat nak letak kepingan zink untuk memudahkan pembakaran, at last terpaksa dibatalkan takut nanti jadi bahan bukti pulak..hehehe...kes naya tuuuu...dalam proses pembakaran ni diketuai oleh Encik Hassan dan Encik Rosdi yang telah mendapat kepakaran dari India dan juga dengan dibantu sambil melihat oleh dua ke tiga orang krew yang terlatih dalam soal menengok saja...


Encik Hassan & The Gang


Kerusi meja dah pun sampai, tapi mana krewnya ni....


Inilah orangnya otai-otai dalam proses pembakaran...
L-R: budak kecik tak kira hahh...En. Rosdi dan En. Hassan



L-R: Bro Din, Man dan Wan..depa ni ambik kursus bahagian
buluh saja selama 3 bulan kat Sungai Buluh..



Hat ni tetamu jemputan Hamba, from Seberang Jaya...
Penang mari maaa...



Saudara Koji...dalam acara indvidu tuang santan dalam buluh..dapat tempat pertama dia dalam acara ni...


Setelah selesai acara sebelah petangnya, maka, memasuki fasa malam, semua ajk-ajk yang dipertanggungjawabkan akan melaksanakan misi masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Urusetia Bangsa-Bangsa Bersatu... acara malamnya lebih meriah kerana disertai oleh kanak-kanak dalam acara kejar-mengejar...ala-ala dalam sukan beskal juga, acara kejar mengejar.....kita saksikan lagak yang pertama...hehehe, memang dah agak dahhhh...


Tn Din..dengan aksi yang mengghairahkan.....awai lagi tuan...malam sikit baru bolehhh..


Acara kanak-kanak...tak ada depa ni pun sunyi jugak...


kita minum duluuuuu....geng kopi o tengah malam


Yang ni lah adegan yang tak ingin dilakonkan oleh mana-mana pelakon, baik hero mahupun pembantu, buka apa, pedih mata oooo...Bab ni dkelolakan oleh Otai En. Hassan dari Unit Pengawalan Api dan Otai Din dari Unit Quality Control...memang handal depa 2 orang ni... Hamba ruspect sama lu lah..









Bro Baharudin..berjaya mengekalkan jawatan ni selama 2 tahun berturut-turut...tahniah bro..!







Takkan lemang saja kut..? Mana dia pasangannya...!!. Untuk tidak menghampakan pasangan lemang tadi, kami telahpun mengambil keputusan untuk menjodohkannya dengan rendang yang telah dicarikan oleh pihak wanita yang mewakili Blok 6 ni... Memang cantik pasangan dia, merah menyala, lemak berkrim dan disukai ramai....











Acara membuat karipap...resepi bila Hamba tanya depa, rahsia..!! At last kehilangan karipap ni pun jadi rahsia juga....pasal apa ya..!?

Tarikh: 25 September 2010 (Sabtu)
Lokasi: Blok 6, Tmn. Tasek Permai
Masa : Sekitar jam 8 pagi sehingga 7 malam


Pagi yang cemerlang...kelihatan krew-krew sedang sibuk membuat touching yang terakhir...


Suasana pagi pada hari jamuan agak cantik, sejuk pun ada jugak, memang nyaman dengan sekali sekala disapa bayu pagi...pendek kata beruk ataih pokok pun boleh jatuh..... Pagi ni jugak agak sibuk dengan masing-masing membuat sentuhan terakhir, yangmana pihak kaum hawa sibuk memasak juadah mee kari, bihun di samping dua tiga jenis kuih muih.
Pihak lelaki jugak tidak ketinggalan dengan memasang 2 khemah yang telah dipinjamkan dari IPD Pengkalan Hulu termasuk kerusi meja.


Sarapan pagi untuk pagi ni ialah nasi lemak ikan masin dn jugak lemang...belasah cukup-cukup..


Depa ni tengah dok pekena sarapan pagi...khemah tak naik lagi, perut dah naik...gena jadi mcm ni...hihihi



dok pakat bincang lepaih ni nak apa pulak...


Baru saja Hamba cakap, dah pun siap khemah. Sekali 2 depa bawak naik.. siap susun kerusi meja sekali....memang hebat lah hangpa semua buat kerja...Hamba salute springlah...



Inilah barisan kita...inilah sebahagian wajah-wajah dari isteri-isteri yang sedia menaburkan bakti demi menjayakan majlis untuk tahun ini..


Tersusun kemas dan rapi...hasil paduan tenaga dari suami-suami yang prihatin...


Inilah sebahagian dari hasil yang kami semua kecapi atas dasar kemuafakatan dan juga kerjasama yang telah diberikan oleh setiap individu yang menghuni Blok 6...syabas dan tahniah diucapkan kepada anda semua...


Saudara Jasmi..darah dia lagi manis dari teh o..hehehe


Gambar di atas ni Hamba mempekenalkan beliau ialah Saudara Jasmi, orangnya handsome, ada kereta besar, punya business sendiri, rumahnya pun besar...tapi bujang lagi. Terima kasih jugak kerana beliau telah sudi menaja buluh lemang. Tahun depan kalau ada kami akan ambik lagi...harap-harap tahun depan dah expert nak potong buluh tu...hahaha...Tapi awas, beliau dah pun berpunya, Mak bapak dia yang punya...bukan Man Belon yang punyeee...hehee


anak Menakan...Jemputan Istimewa dari Hamba...buat mata sikit Ulul..


ni tetamu dari Kg, Kuak Luar..geng mengail ikan ....


Tepat Jam 3 petang, majlis pun bermula dengan bacaan Doa Selamat dari Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Tasek Permai, Tuan Hj. Zakaria bin Din. Selesai acara tersebut semua hadirin dan hadirat telah dijamukan dengan pelbagai juadah yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Alhamdulillah, dari pemerhatian Hamba yang duduk saja ni, adalah dianggarkan disekitar 150 orang lebih yag sudi hadir pada kali ini. Dari pandangan para jemputan yang hadir, rata-rata dari mereka telah memuji akan keenakan serta kelembutan lemang yang dibakar, tidak terkecuali mee kari dari pihak wanita...tak apa, tahun depan jika ada kita tambah lagi lemang dan mee kari tu...
Di tengah kerancakkan tetamu yang datang, hujan rahmat telah turun dengan lebatnya, tapi ianya tidak menjejaskan majlis yang ada. Di atas semangat kerjasama yang erat dari pihak Blok 6, maka, sebarang kesulitan telah dapat diatasi dengan jayanya. Kepada tetamu yang masih berkunjung, pihak kami telah pun dengan rela hati menjemput mereka dengan membawa payung demi menjaga tubuh mereka dari terkena hujan. Service yang tiada tandingannya...terimakasih juga kepada Saudara Man dan Saudara Wan. Biar pun diri anda basah tetapi kepuasan tetamu perlu didahulukan...


Orang kuat taman..L-R: Mat Darus, Hj Zakaria, Mat Ani, Mat Nor



antara jemputan yang sedang menjamu selera..


Man, tambahlah apa yang patut ditambah tu...




Di khemah wanita pun masih ada lagi tetamu, walaupun jam dah menunjukkan pukul 6 petang..



Di sekitar jam 6.30 petang bersamaan dengan berhentinya hujan, maka, majlis jamuan ditutup dengan rasminya. Maka, bermulalah acara seterusnya iaitu membersih kawasan yang sewaktu dengannya dan jugak meruntuhkan khemah... Bagi membersih kawasan dan khemah telah dipertanggungjawabkan kepada pihak lelaki dan acara kemas mengemas dan basuh membasuh diserahkan kepada pihak wanita. Dalam ertikata lain, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..itulah yang telah dipraktikan oleh penghuni-penghuni warga Blok 6 dari dahulu, kini dan selamanya....


Buka khemah..Man dan En Hassan


Saudara Baharudin...dengan gayanya...


Tolong menolong...Tn Din dan Pak Ya..
Barang saja naik lori, orang jangan naik lagi...



Ready..satu, dua, tiii...letak sat dulu sakit pinggang...hihihi
En. Hassan dan Tn Din.


selesai satu bab...


Sessi post mortem dari pihak wanita....banyak yang tak kena kut...


Dinner gaya santai from Blok 6..


Hanya ucapan Alhamdulillah yang dapat dilafazkan oleh penganjur setelah selesai semua urusan. Tepat jam 7.30 malam semua masalah-masalah telah diselesaikan sepertimana yang telah dirancang. Kepada semua warga kerja khususnya Blok 6, Hamba merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung tahniah di atas kejayaan menganjurkan majlis seumpama ini apatah lagi ianya merupakan tahun yang kedua majlis ini diadakan.
Kepada tetamu yang hadir, terima kasih jugak diucapkan kerana telah meluangkan masa anda untuk bersama-sama kami menjayakan majlis ini, Insyallah jika ada kesempatan, kita berjumpa lagi di tahun hadapan.
Untuk tetamu dari kaum Cina dan India, kehadiran anda amat dialu-alukan demi untuk merapatkan perpaduan kaum di bumi ini, seiring dengan slogan 1Malaysia. Tahniah untuk anda semua.
Kepada pihak penganjur, ingin Hamba rakamkan bahawa bukan jasa dan penghargaan yang kita tagihkan tetapi semangat kejiranan, semangat muhibbah dan kerjasama adalah keutamaan kita semua. Tiada kejayaan individu, tiada kejayaan kepada sesiapapun jua tetapi sekiranya orang luar menganggap majlis ini berjaya, kejayaan tersebut adalah hak kita semua, hak warga Blok 6 ini...Untuk yang di luar sana, bukan tujuan untuk meninggikan diri serta untuk menonjolkan diri, majlis ini diadakan adalah untuk menunjukkan bahawa dengan semangat dan kemuafakatan adalah merupakan resepi untuk kita sama-sama berjaya...Jika ada terkasar bahasa dan perkataan yang menyinggung perasaan, Hamba menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, artikel ini dinukilkan adalah untuk gurauan semata-mata dan tiada yang tersembunyi mahupun untuk mengaibkan sesiapa...akhir kata yang baik itu dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari diri kami sendiri...semoga berjumpa lagi di tahun hadapan..Insyallah.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Thursday, September 16, 2010

Coretan Ramadhan / Syawal...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Bertemu kembali di arena ini dan rasa Hamba belum terlambat bagi Hamba dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua insan-insan yang mengenali diri ini khasnya kepada peminat-peminat yang seringkali melayari blog ini secara langsung mahupun dengan cara tak sengaja..hehehe, kira peminatlah jugak..
Untuk ketrampilan kali ini tiada apa yang hendak dicoretkan, memadailah dengan gambar-gambar di sekitar Majlis Khatam Al Quran di Surau Al-Huda, Bn. 18 PGA, Pengkalan Hulu, Perak dan sekitar suasana sambutan Aidilfitri di Alor Setar, Kedah.
Nak cerita pasal basikal pun..setakat ni kaki masih lagi sakit, maklumlah mungkin penangan pulut kut..dan seminggu lebih, apa-apa aktiviti semuanya di KIV dulu..apa-apapun jom kita layan seminit dua mengikuti gambar-gambar yang sempat Hamba ambik....jom kita layannnnnnn....

Majlis Khatam Al Quran
L-R: Kpl Hj. Yatim, Kpl Zainal, Ust. Anas, Kpl Junaid, L/Kpl Fuad,
L/Kpl Saari, Ust. Asri, Kpl Zabidi, Kpl Zawawi...Hamba ambil gambaq saja..

angkatlah kepala sikit, nak ambik gambaq ni...

ih!ihhhhhh..!! sapa dia ni...

Masing-masing memperdengarkan bacaan dengan khusyuknya...


Hj. Yatim...slow and steady...

Ayat-ayat lazim macam ni pun ada juga insan yang tak reti baca...belajarlah selagi ada hayat...


Aminnnnn....Alhamdulilan selesai majlis, jumpa lagi tahun depan...

Posing bersama wife sebelum balik kampung...
Anak Bujang Hamba..yang jauh tidak dilupakan...apa lagi chating la tu...


The Red Giant..sapa yang giant tu...hihihi


Meriah..suasana di rumah sepupu Hamba, Kg Seberang Pumpong..Tokey laksa..

Hat yang ni tak payah ceritalah...

Rumah Mak Menakan di Tmn Wira Mergong..Aidil Fitri yang sepi tahun ni kerana kehilangan insan yang tersayang...

Baju raya asli...save budget mak pak dia tahun ni....jaket kulit, ori lagi...


Keluarga Kakak Sulong Hamba, Nooriza Ani...

Th Red Worrior's...tema tahun ni...not Liverpool Fan Club hahhh...

Oppss...terlebih sudahhh, hahaha


Rumah Terbuka Puan Salmi, Kg. Suka Menanti...Keluarga Sjn Zamri (PULAPOL Langkawi)

Budget lari susah hati ni...Saudara Bad (baju merah) dan Saudara Nasaruddin (Tuan yang empunya Nurbeautyline)

Bukan macam tu...
L-R: Surbani, Sjn Zamri dan Che Zahari
Sekianlah untuk tatapan kali ini semoga berjumpa lagi di lain kesempatan dan ruang. Sehingga berjumpa lagi.... ok chowwwww...!!!