I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Sunday, October 3, 2010

Bermulanya kayuhan...



Tarikh: 03 Oktober 2010
Jam dari rumah: 0745 hrs
Jam sampai: 0830 hrs
Speed Max: 51.6 km
Everage Speed: 21.1 km
Lokasi: Tmn Tasek Permai - Gunung Inas -
Pekan Kroh - Tmn Tasek Permai
Jentera: Louis Garneau XC Pro



perjalanan keluar dari kawasan pertapaan...

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...buat semua rakyat Malaysia, tak kiralah di mana sahaja anda berada, baik yang di dalam mahu pun yang di luar negara, terutamanya kepada para riders yang sedang berjuang di KPLR 10, semoga anda semua selamat sampai ke destinasi yang telah ditetapkan. Jangan ada yang ketinggalan dah laaa..bukan apa takut kena tinggal disebabkan badan letih dan bangkit tidoq lambat...almaklumlah suasana luar negara, lesen besaq pulak tu..hehehe..



suasana pagi yang mendamaikan..

Hari ini, maka, bermulalah kisah pertama Hamba setelah lebih kurang hampir 2 bulan dok diam saja kat rumah. Beskal pun dah naik berabuk. Disebabkan nawaitu dah terpasang sejak semalaman, mau tak mau terpaksa memaksakan diri ini agar terus berkayuh. Plan pagi ni nak pi Gunung Inas...tempat yang paling sesuai untuk memulakan kayuhan. Naik bukit ada, turun bukit pun ada...bak kata orang muda-muda la ni...macam-macam adaaa...Sebelum tu, kemampuan diri kena peringat siap-siap, kayuh setakat yang termampu sahaja, jangan ada paksaan, enjoy and santai saja...kalau paksa, bahaya juga, bukan apanya , takut kejang kaki..dahlah kayuh sorang-sorang, kalau jadi apa-apa, Hamba juga yang susah....sendiri mau ingat maa..

Butterworth tak sanggup, Alor Setaq pun tak sanggup....Baling...hehehe..boleh2

Pagi ni sekali lagi Hamba ditemani 'White Horse' kesayangan...putih melepak hang noo...mentang-mentang lama dok dalam rumah, rona pun naik seri..tak pa sat lagi dia tau...Pagi ni pun satu hal juga, awai-awai lagi beskal dah buat hal, tayar depan asyik dok bunyi macam spoke longgaq, jangkaan awal untuk mula kayuh jam 7.15 pagi langsung tergendala. Periksa punya periksa, buka tayar check balik ada karat sikit kat clip brake, boh minyak sikit dah hilang bunyi tu, barulah lega hati ni...Jalanraya pun nampak berair sebab semalam hujan turun lebat. Conform balik sat lagi kena cuci beskal..Apapun, kayuh tetap kayuh.

Inas..Hamba datang lagi...
Jam 7.45 pagi, tayar beskal Hamba pun dah bergolek macam biasa. Destinasi seperti yang telah diset upkan awai-awai tadi. Suasana perjalanan pun cantik, nyaman dan damai. Setiap nafas yang yang dihelakan, begitu segar dan menyihatkan. Kereta pun agak kurang pagi ni. Mungkin depa tak bangkit tidoq lagi kut. Maklumlah semalam hujan lebat...basah sampai dalam rumah depa agaknya...hihihi..

cantikkk..kurniaan Tuhan..

Kawasan rehat Baling - Pengkalan Hulu

kat depan tu downhillllllll.....!!!!


lagi suasana pagi di Gunung Inas...


Jangan dok pandai pakai gear tinggi pulak....
Destinasi Hamba hanya setakat ini sajalah dulu, bukan takut nak pi ke sana, cuma program latihan telah ditetapkan macam tu, kena ikutlah. Lagi pun gear beskal Hamba semuanya tinggi-tinggi, hat rendah tak ada langsung, kesimpulannya Hamba mengambil keputusan untuk berpatah balik. Tak apa, lain kali kita pasang gear rendah pulak, baru boleh pi ke bawah sana...satu lagi yang Hamba khuatir takut masa naik nanti banyak mengkarung yang dok tunggu kat tepi jalan...tunggu masa nak gigit saja...kalau kena yang tu, kena guna talian hayatlah...mintak yang empat tayar tu mai ambik...hahaha..

layan up hill panjang Gunung Inas..


tangkap gambaq sendiri..bukan apa nak tunjuk muka letih...hihihi

Setelah selesai Gunung Inas, Hamba layan pula jalan mudah ke kawasan Pekan Pengkalan Hulu. Kayuhan yang menyenangkan dan melegakan kerana mendatar...bukan apa nak bagi mahir balik main gear..Dalam dok kayuh tu ada juga Hamba berselisih dengan seorang rider lone ranger macam Hamba jugak daaa... Dia kayuh laju sampai tak sempat nak kenal, siapakah gerangannya..Tak pa lain kali jumpa kita boleh berkenalan lain..

Dah pun putih balik...lepaih ni kasi lagi putih...

Sekitar jam 8.30 pagi, latihan buat pertama kali setelah hampir 2 bulan tak kayuh dah pun berakhir. Alhamdulillah. Semuanya ok. Kekejangan pun tak ada, kayuh pun enjoy dan beskal pun berfungsi dengan baik. Walaupun jaraknya dalam 20 km lebih saja, tapi Hamba tetap berpuas hati kerana perfomance yang baik dapat dilaksanakan.

Untuk kayuhan yang akan datang, Insyallah, Hamba akan memperbaiki prestasi ini dari masa ke semasa. Bukan untuk mengejar kejuaraan atau kemenangan tetapi kepuasan, kesihatan yang baik adalah teras atau tunjang utama Hamba berkayuh. Kesihatan kita kena cari, jaga dan usahakan kerana kesihatan tidak akan datang bergolek. Hanya dengan itu semua, kita mampu mengubahnya....!!!

Sehingga berjumpa lagi, Wassalam...ok chowwwwww...