Tarikh: 03 Oktober 2010
Jam dari rumah: 0745 hrs
Jam sampai: 0830 hrs
Speed Max: 51.6 km
Everage Speed: 21.1 km
Lokasi: Tmn Tasek Permai - Gunung Inas -
Pekan Kroh - Tmn Tasek Permai
Jentera: Louis Garneau XC Pro
Hari ini, maka, bermulalah kisah pertama Hamba setelah lebih kurang hampir 2 bulan dok diam saja kat rumah. Beskal pun dah naik berabuk. Disebabkan nawaitu dah terpasang sejak semalaman, mau tak mau terpaksa memaksakan diri ini agar terus berkayuh. Plan pagi ni nak pi Gunung Inas...tempat yang paling sesuai untuk memulakan kayuhan. Naik bukit ada, turun bukit pun ada...bak kata orang muda-muda la ni...macam-macam adaaa...Sebelum tu, kemampuan diri kena peringat siap-siap, kayuh setakat yang termampu sahaja, jangan ada paksaan, enjoy and santai saja...kalau paksa, bahaya juga, bukan apanya , takut kejang kaki..dahlah kayuh sorang-sorang, kalau jadi apa-apa, Hamba juga yang susah....sendiri mau ingat maa..
Pagi ni sekali lagi Hamba ditemani 'White Horse' kesayangan...putih melepak hang noo...mentang-mentang lama dok dalam rumah, rona pun naik seri..tak pa sat lagi dia tau...Pagi ni pun satu hal juga, awai-awai lagi beskal dah buat hal, tayar depan asyik dok bunyi macam spoke longgaq, jangkaan awal untuk mula kayuh jam 7.15 pagi langsung tergendala. Periksa punya periksa, buka tayar check balik ada karat sikit kat clip brake, boh minyak sikit dah hilang bunyi tu, barulah lega hati ni...Jalanraya pun nampak berair sebab semalam hujan turun lebat. Conform balik sat lagi kena cuci beskal..Apapun, kayuh tetap kayuh.
Kawasan rehat Baling - Pengkalan Hulu
lagi suasana pagi di Gunung Inas...
Setelah selesai Gunung Inas, Hamba layan pula jalan mudah ke kawasan Pekan Pengkalan Hulu. Kayuhan yang menyenangkan dan melegakan kerana mendatar...bukan apa nak bagi mahir balik main gear..Dalam dok kayuh tu ada juga Hamba berselisih dengan seorang rider lone ranger macam Hamba jugak daaa... Dia kayuh laju sampai tak sempat nak kenal, siapakah gerangannya..Tak pa lain kali jumpa kita boleh berkenalan lain..
Sekitar jam 8.30 pagi, latihan buat pertama kali setelah hampir 2 bulan tak kayuh dah pun berakhir. Alhamdulillah. Semuanya ok. Kekejangan pun tak ada, kayuh pun enjoy dan beskal pun berfungsi dengan baik. Walaupun jaraknya dalam 20 km lebih saja, tapi Hamba tetap berpuas hati kerana perfomance yang baik dapat dilaksanakan.
Untuk kayuhan yang akan datang, Insyallah, Hamba akan memperbaiki prestasi ini dari masa ke semasa. Bukan untuk mengejar kejuaraan atau kemenangan tetapi kepuasan, kesihatan yang baik adalah teras atau tunjang utama Hamba berkayuh. Kesihatan kita kena cari, jaga dan usahakan kerana kesihatan tidak akan datang bergolek. Hanya dengan itu semua, kita mampu mengubahnya....!!!
Sehingga berjumpa lagi, Wassalam...ok chowwwwww...
No comments:
Post a Comment