I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Sunday, December 4, 2011

Sedetik Bersama Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Almasrie

Tarikh: 03 Disember 2011

Lokasi: Auditorium Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang, Seberang Jaya, Pulau Pinang


Masa: 10.30 hingga 2.00 petang


Kehadiran: 200 lebih






Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Sawadi Khab, Namastey dan Salam 1Malaysia..


Kembali kita semua bertemu di alam maya, terutama kepada peminat-peminat yang sudi melayari blog Hamba ini. Semoga anda semua dirahmati dan diberi kelapangan serta kesihatan yang baik dariNya...Insyallah





Suasana di dalam Dewan Auditorium...





Nukilan Hamba pada kali ini adalah diluar konteks berbasikal mahupun alam riadah yang biasa diketengahkan. Kali ini Hamba ingin memberi penghormatan pada acara yang telah direalisasikan oleh kakak nombor dua Hamba iaitu Puan Nooridzoh bt Ani atau lebih dikenali dengan panggilan Ummi iaitu tuan punya Kelas DIDIKAN UMMI serta juga kepada Penasihat Didikan Ummi iaitu Saudara Mardhiman bin Abd Halim suami kepada Ummi. Betapa iltizam dan keazaman serta tekad yang satu demi untuk anak-anak murid, demi untuk suami yang tercinta, demi untuk anak-anak beliau, demi kepada ahli-ahli keluarga beliau, demi kepada Bonda yang tercinta mahupun Bonda Mertua kesemuanya dihasilkan menjadi kenyataan di dalam satu acara, satu majlis bagi menemukan Angkasawan Negara khas buat insan-insan yang beliau cintai.





di antara tetamu yang hadir....





Dan di sini, di waktu ini dan di ketika ini semua impian Ummi telah dapat beliau sempurnakan. Biarpun pada awalnya terdapat beberapa pro dan kontra namun dengan semangat yang kuat, dengan ketabahan diiringi iltizam yang kuat segala perit jerih telah diizinkan olehNya...Syukur Alhamdulillah.





Bertempat di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang, kala jam berdetik pada tanggal 10.30 pagi, kesemua waris-waris pelajar Didikan Ummi (DU) telah sampai dan mengambil tempat masing-masing.















Bagi Sesi Pertama ini diadakan Majlis Penyampaian Hadiah serta Sijil-sijil Didikan Ummi. Majlis ini merupakan Majlis Tahunan yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada setiap kanak-kanak yang belajar di DU ini. Mulai usia dari 4 hingga 12 tahun, Kelas DU sedia untuk menerima pelajar-pelajarnya. Bermula dengan peringkat pembelajaran bawahan sehinggalah kanak-kanak tersebut boleh membaca dan menulis baik bagi pelajaran Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris. Setiap kanak-kanak yang menerima ilmu di DU dikenakan yuran bulanan RM90.00 sebulan. Dan untuk makluman, sesi pembelajaran untuk Tahun 2012 telahpun dibuka kepada keluarga yang berminat.





Persembahan Boria dari anak-anak DU...



Pada majlis tersebut, seramai 33 orang kanak-kanak telah berjaya menamatkan pembelajaran mereka di DU dengan jayanya. Di kalangan pelajar-pelajar Ummi terdiri dari kanak-kanak lelaki dan perempuan. Bersempena dengan majlis ini juga, pelajar-pelajar ini telah dilatih untuk membuat Persembahan Boria bagi dipertontonkan kepada tetamu jemputan serta juga kepada waris-waris pelajar berkenaan. Melihat akan aksi-aksi yang dipertontonkan, memang amat mengujakan dan mengasyikkan. Tahniah juga kepada pembimbing anak-anak DU ini.








pusing dik, jangan tak pusing..jangan kepala pusing sudahlahhh...




Bakal Raja Gelek Malaya...





Tepat jam 11.30 pagi, Tetamu jemputan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (DDSMS) bersama-sama dengan En. Taufik (abang kepada DDSMS) telah tiba di perkarangan Auditorium Perpustakaan Pulau Pinang.





Setelah diperkenalkan dengan Ummi, maka acara yang dinanti-nantikan telah bermula. Suasana pada ketika agak kelam kabut sedikit akibat dari peminat-peminat DDSMS yang mengambil peluang untuk bergambar dengannya. Walaubagaimanapun suasana dapat diatasi dengan tenang di atas sikap DDSMS yang amat prosfesional walaupun terdapat sedikit riak keletihan di wajah beliau.





terpegun sejenak melihat aksi boria....



Majlis bermula dengan pembacaan Doa Selamat yang disempurnakan oleh Ustaz Mohd Zubir bin Din yang juga merangkap sebagai Juruacara pada majlis berkenaan. Seterusnya diikuti dengan acara Penyampaian Hadiah dan Sijil-sijil Didikan Ummi.





hat ni dah ada orang punya....





Selesai acara berkenaan diadakan majlis sesi bergambar dengan DDSMS bersama-sama dengan anak-anak DU beserta dengan Tenaga Pengajar Ummi dan Penasihat DU. Ketika ini keadaan agak riuh rendah kerana setiap waris menggunakan kesempatan yang terhidang untuk mengambil gambar anak masing-masing. Sesungguhnya hanya waktu inilah sahaja yang ada kerana di masa akan datang belum tentu kesempatan yang serupa ini akan berulang kembali...







deretan cenderahati untuk yang berjaya...hat tua tak usah mimpi hahhhh...








untuk kanak-kanak ajeeee.....!!




Suasana dibelakang pentas...




Ustaz Mohd Zubir bin Din...cooooolllllllll saja...



En. Zahrin...orang kuat di sebalik majlis ini....




Bonda Che Som bt. Taib(kanan) dan Jamaliah bt Ahmad





tengah tunggu DDSMS...



takkan bunga saja...kumbangnya mana...?



hiasan dalam dewan...cantik..!!



bersemangat waja...



hat ni lagi bersemangat...hehehe





sebahagian dari alat persembahan...payung ceti daaa...



Uzzair..lepaih ni teruih pi bersunat..tahniah dah jadi teruna....



ni bukan salah tangkap, cuma seni ambik gambaq..hahaha





aweks yang diterbangkan khas dari angkasa...angkasapuri...





Meja makan utama..untuk DDSMS



kalau buat juga, harap-harap pi kelas DU baliklah....



yang ni tak dilarang, malah digalakkan, kalau tak bikin ganggu ana punya programmm...Adik Ulul



From Sik with love..En. Omar Rejab (kanan)



sokongan moral dari ahli keluarga..



Ummi and Family...bersatu padu...



sentuhan terakhir...



ketibaan DDSMS dan rombongannya...



En. Taufik....PA DDSMS



Hat ni Dr Sheikh bukan Iron Sheikh.....Angkasawan Negara



menunggu majlis yang bermula....



Ucapan aluan dari Ust. Zubir...



Penyampaian sijil...



Sesi Bergambar dengan DDSMS






mana punya iklan masuk daaaa....teknik reka letak ni..hehehe



Uzzair bersama aweknya....gosip panas niii



bergumbira dengan hadiah masing-masing




Adik Haikal 5 tahun, Juara DU



comey-comey belaka....














anak-anak DU bergambar dengan DDSMS




L - R: En. Sani, DDSMS dan En. Mardhiman...




tertarik lagi menarik.....





Boria Penang mari maaaa....




hat ni kasut Cinderella punya...tahun depan beli yang baik punyaaa..!!!



Motivation Talk dari DDSMS...





Pada sesi kedua, acara kemuncak pada majlis ini ialah ' Motivation Talk ' (MT) yang akan disampaikan oleh DDSMS bersama-sama dengan anak-anak DU beserta dengan tetamu-tetamu yang telah membeli DVD DDSMS. Sebenarnya majlis MT ini diadakan secara tertutup dan diberi peluang untuk bersemuka dengan DDSMS kepada tetamu-tetamu yang telah membeli DVD. Mereka ini akan diberi peluang berjumpa serta mengambil gambar termasuk mendapatkan tandatangan dari DDSMS sendiri. Mana-mana individu yang tidak mendapatkan DVD tidak dibenarkan mengambil bahagian.





yang ni bukan jual ubat hahhh...





Dalam sesi ini DDSMS telah memaklumkan kepada hadirin semua, bahawa beliau adalah insan yang amat bertuah kerana telah terpilih menjadi Angkasawan Negara. Bayangkan dari jumlah 11, 025 orang yang hadir dalam sesi pemilihan menjadi angkasawan negara yang bermula pada tahun 2003 hanya beliau dan Kapten Faiz yang telah terpilih. Dan lebih mengujakan, beliau telah terpilih dari dua orang calon untuk menjadi wakil Malaysia untuk ke angkasa lepas.








acara menyanyi pun bukan....





DDSMS juga dalam pada itu memaklumkan bahawa impian beliau untuk menjadi angkasawan telah tertanam di sanubarinya bermula dari umur 10 tahun lagi. Untuk menguatkan lagi impian beliau pada waktu itu, di seluruh pelusuk biliknya telah dihiasi dengan gambar-gambar planet-planet yang terdapat di alam ini. Tujuannya adalah satu; untuk memotivasikan diri beliau sendiri bagi menggapai impian tersebut. Dan sekarang impian yang selama 25 tahun ini telah berjaya dipenuhi oleh beliau berkat dengan keberanian, ketekunan dan keazaman yang jitu.






Di samping itu sedikit info dari DDSMS sendiri menegaskan bagi seseorang yang ingin menjadi angkasawan seseorang itu hendaklah melepasi beberapa syarat kesihatan terutamanya; mata hendaklah baik iaitu 6/6, tiada tampalan gigi - bertujuan mengelakkan pecahan pada tampalan gigi akibat dari tekanan semasa di angkasa dan tiada parut pembedahan. Ituah serba sedikit info kesihatan yang sempat Hamba rakamkan semasa majlis MT tersebut.






Dalam pada itu, DDSMS juga memaklumkan bahawa Tawau di Sabah merupakan satu-satunya tempat yang paling sesuai untuk Tapak Pelancaran Roket sekiranya Malaysia berminat untuk berbuat demikian sepertimana di Florida, Amerika Syarikat kerana tapak pelancaran tersebut berada dekat dengan Stesen Angkasa Lepas (ISS).





Di samping itu juga ketinggian manusia akan berganjak sepanjang 2 inci apabila berada di angkasa lepas akibat dari proses graviti.





Di angkasa lepas juga, manusia mengambil masa selama 7 hari selepas makan untuk proses pembuangan sisa-sisa buangan.





lagi teknik gambaq...payah nak buat, senang cari...hehehe





DDSMS juga menerangkan bahawa beliau adalah umat Islam yang kesembilan dari seluruh dunia yang berpeluang menjadi angkasawan.





Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut berkaitan pengembaraan DDSMS ke angkasa lepas, Hamba sarankan agar insan-insan yang berminat mendapatkan DVD yang telah dibekalkan oleh DDSMS di talian tersebut 019-4771114 Puan Nooridzoh bt Ani (Didikan Ummi) sementara stok masih ada. Setiap DVD bernilai RM15 sekeping. Harapan Hamba, jangan dinilaikan harga sekeping DVD dengan wang ringgit tapi nilailah isi kandungan dan ilmu yang terdapat di dalamnya, kerana nilainya melebihi dari harga sekeping DVD..selamat membeli.







anak sapa ni...mami punya ka..!?



sesi bersantai keluarga Tok Som..






Kepada Puan Nooridzoh Ani serta En. Mardhiman segala budi baik anda sekeluarga memang tak mampu dibalas, hanya doa Hamba sekeluarga sebagai pengganti semuanya agar segala usaha murni anda akan diberkati, direstui demi anak bangsa yang memerlukan ilmu. Sesungguhnya segala ilmu yang dicurahkan tidak akan menyamai ilmu tersebut walau seluruh air laut sebagai galang gantinya.





Sesunguhnya juga, anda berdua merupakan insan yang bertuah kerana telah dikurniakan dengan anak-anak yang cerdik, anak-anak yang soleh kerana sanggup bersusah payah demi melihat DIDIKAN UMMI terus maju dan berjaya.





Sekalung penghargaan dan syabas dilafazkan buat ahli-ahli keluarga Ummi yang turut sama menyumbang keringat, buah fikiran mahupun secara langsung ataupun tidak secara langsung. Kepada yang memberi sokongan moral dan doa, teruskan usaha murni ini agar segala-galanya akan diganti oleh Allah swt dengan keberkatan hidup dan rezeki.



Terimakasih, terimakasih dan terimakasih kepada ...


Bonda tercinta Che Som bt. Taib


Cik Jamaliah bt Ahmad


Puan Nooriza bt Ani/Che Omar Rejab dan anak-anak (SIK)


Nurul Azah bt Ani/ Papa Danish


Puan Noorhafizah bt Ani/En. Zahrin dan anak-anak


Puan Sharifah Salwa dan anak-anak





Sampai jumpa lagi....Wassalam, ok chowwwwww...

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete