Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
Sudah agak lama blog Hamba ini tak diupdatekan, memandangkan masa cuti persekolahan ini, Hamba juga seperti insan-insan yang lain mengambil kesempatan untuk pulang bercuti bersama keluarga di Alor Setar, Kedah. Negeri bertuah, Hamba dilahirkan. Negeri Hamba dibesarkan, dididik dengan penuh tertib dan sopan dari kedua ibubapa Hamba sehingga menjadi insan yang berguna, berbakti kepada agama bangsa serta negara, negeri yang telah mendewasakan Hamba, memberi serta mengaut ilmu di dunia dan jua di akhirat, di gedung ini, dari seorang insan yang buta huruf, yang sebelum tidak mengenali apa itu ilmu, gunanya ilmu kepada manusia dan kini Hamba serta sahabat-sahabat yang suatu masa dahulu bersama-sama mentelaah, mencari ilmu, bermasam muka, bergaduh, sama-sama memanjat pagar, sama-sama berbasikal ke sekolah, gelak tawa, gurau senda, adalah rencah hidup kami sebagai pelajar di sini, bertemu jua akhirnya...
bertemu dan berpisah
adat manusia biasa
hilang di mata
tapi jangan hendaknya lupa
Dan kini, setelah 25 tahun kami diperantauan, setelah membawa haluan masing-masing, diceruk rantau mencari rezeki, untuk diri sendiri, ibubapa, anak-anak serta keluarga. Saat ini, tika ini, anak-anakmu datang kembali..nostalgia menerpa di sebalik tabir 25 tahun dahulu, rupa wajah yang kini hampir tidak dikenali, dimonologkan kembali..suka dan duka, hilai ketawa silih berganti, sedih pilu meruntun hati, menebuk jiwa yang girang sebentar tadi tatkala berbicara kepada yang telah pergi, hati yang keras terasa cairnya, airmata seakan berganti dengan derai tawa, sahabat yang suatu ketika dahulu sama-sama berlari, bermain kini telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Kepada mereka yang telah pergi..hanya iringan doa dan sedekah Al Fatihah sebagai penyambung kebahagiaan sahabat-sahabat di alam barzah sana, semoga roh-roh kalian semua ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh...Aminnn..
Al - Bukhary, atau lebih tepatnya..
SEKOLAH MENENGAH SYED MOHAMED AL - BUKHARY... kami datang kembali....!!!!!!!!!!!!
USAHA SINAR KEJAYAAN
Kamilah putera dan puteri
Sekolah Syed Mohamed Al-Bukhary
Berpandukan semangat suci
Usaha Sinar Kejayaan
Setia kepada kewajipan
Sedia menempuh cabaran
Kebersihan menjadi amalan
Berbakti dan berdikari
Cintakan agama
Cintakan keluarga
Cintakan nusa dan bangsa
Bersyukur berbangga
Malaysia berjaya
Indah makmur sejahtera
Kamilah putera dan puteri
Sekolah Syed Mohamed Al Bukhary
Berpandukan semangat suci
Usaha Sinar Kejayaan
Lagu: Dato' Ahmad Nawab
Penyanyi: Dato' Khatijah Ibrahim
Itulah antara bait-bait lagu yang telah diciptakan khas oleh Dato' Ahmad Nawab dan dinyanyikan secara langsung oleh Dato' Khatijah Ibrahim semasa upacara perasmian sempena penamaan semula sekolah ini. Jika pada tahun 1979, sekolah ini dikenali dengan panggilan Sekolah Menengah Kompleks II dan apabila ianya dijenamakan semula secara rasminya pada Tahun 1983 sehinggalah sekarang ianya dikenali sebagai Sekolah Menengah Syed Mohamed Al Bukhary, Alor Malai, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Ikuti catatan serba ringkas dari Hamba bagaimana Al Bukhary bermula...
LANDSKAP.. cantik dan amat menarik
Tarikh: 09.06.2010
Jam: 10 malam
Lokasi: Rumah Puan Salmi Din, Kg. Suka Menanti
Kehadiran: Hamba, Akbar, Yussri, Puan Salmi, Zamri, Frankie, Norsiah, Shukor, Aziz, Nasir, Che Zahari dan Osman.
Perjumpaan ini diadakan untuk membentangkan aturcara pada majlis tersebut. Hanya 12 orang sahaja yang hadir. Walaupun jumlah yang kecil, namun, semuanya berjalan dengan lancar dan dengan penuh semangat kerjasama.
Hasil dari pertemuan itu juga, pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Penaja yang hadir telah memilih Saudara Yussri Al Kadir sebagai Juruacara Majlis dan Saudara Mohd Akbar bin Yaakob sebagai Pengerusi Penaja Al Buhkarians. Begitu juga untuk Pengerusi Penaja Bekas Pelajar tahun 1988, Saudara Shukor bin Ahmad.
Untuk melancarkan aktiviti-aktiviti majlis, susuncara telahpun ditetapkan dengan dimulai ucapan alu-aluan dari Juruacara Majlis diiringi dengan bacaan doa seterusnya ucapan dari Pengerusi Penaja, Saudara Mohd Akbar. Selesai ucapan berkenaan, Saudara Shukor Ahmad, Pengerusi Bekas Pelajar Tahun 1988 mengambil peranan untuk menyampaikan ucapan beliau. Selesai acara itu, Cikgu Shahidan bin Saad mengambil tempat berucap bagi mewakili guru serta bekas guru-guru yang pernah mengajar kami pada suatu ketika dahulu. Kemudiannya, Madam Hajjah Dewi Rosnah bt. Raden Suhadi, Pengetua Sekolah Menengah Syed Mohamed Al-Bukhary mengambil tempat untuk memberi ucapan sepatah dua kata diikuti dengan nyanyian beramai-ramai lagu keramat ' Usaha Sinar Kejayaan'. Selesai semua ucapan, acara diteruskan dengan penyampaian sajak dari Saudara Mohd Shahar yang berjudul 'CINTAKU' hasil nukilan beliau sendiri. Seterusnya penyampaian cenderahati berupa 'plaque' dan hamper kepada Pengetua SMSMAB. Majlis diteruskan lagi dengan aturcara menandatangani beramai-ramai pada banner yang telah disediakan dengan diketuai oleh Pengetua sendiri.
Tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari, ku pinang-pinang tak dapat, ku pujuk-pujuk ku bawa lari...he3 jangan marah hahhh..!!
CANTIK.. di persisir Dewan Anjung Mutiara
Dalam perjumpaan itu juga, sejumlah 45 buah hamper telah berjaya dikumpulkan, 300 botol air mineral dan 300 kotak, air kotak pelbagai rasa hasil sumbangan dari individu-individu yang berhati mulia. Kesemua hamper-hamper berkenaan akan diberikan kepada tetamu-tetamu yang datang dalam acara cabutan nombor bertuah. Majlis perjumpaan tersebut telah berakhir tepat jam 12.05 tengah malam.
Dalam Dewan Anjung Mutiara Tarikh: 10.06.2010
Jam: 9.00 pagi
Tempat Pejabat SMSMAB
Kehadiran: Hamba, Zamri dan Puan Salmi
Tepat jam tersebut, seperti yang telah ditugaskan pada perjumpaan sebelah malamnya, kami bertiga telahpun berada di Pejabat sekolah. Tugasan pertama adalah berjumpa dengan Pengetua untuk memberi surat jemputan kepada semua kakitangan sekolah bagi menghadirkan diri pada majlis tersebut. Malangnya, Pengetua telah bercuti, walaubagaimanapun tugasan tetap diteruskan juga dengan dibantu oleh Cikgu Shahidan (guru yang paling lama berkhidmat di sekolah berkenaan, iaitu telah mencecah 31 tahun) untuk pergi meninjau alat-alat kelengkapan serta kerusi meja yang patut disediakan nanti. Di atas pertolongan beliau, segala keperluan yang dikehendaki telah berjaya diperolehi. Arigato Cikgu..
Seterusnya kami dibawa pula meninjau lokasi dewan yang akan digunakan nanti. Hanya perkataan, cukup cantik, cukup menawan dan cukup bersesuaian adalah yang paling tepat ditujukan untuk dewan yang disediakan oleh pihak sekolah, iaitu Dewan Anjung Mutiara. Seindah namanya jua.. Tugasan tersebut berakhir jam 12.45 tengahari.
DAMAI.. suasana sebelah kanan Anjung Mutiara Jam: 2.30 Petang
Suasana pada ketika ini amat sibuk, dengan setiap AJK yang telah diberi tanggungjawab telah berjaya memainkan peranan dan fungsi masing-masing. Semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Walaupun ada yang kelihatan penat tetapi atas semangat kerjasama sahabat-sahabat, rasa penat hilang begitu sahaja. Tepat jam 7.00 malam, kerja-kerja persiapan telahpun berakhir. Namun bagi kami, Hamba, Yussri, Akbar dan Zamri, perjuangan kami belum selesai lagi dan akan bersambung pada tengah malam nanti...
Lu fikirlah sendiri..!!
Dahulu kawasan ini adalah padang bola empat segi sama...
KREATIF.. nyamannya di sini..
HIJAU..sejuk mata memandang Teringat zaman kanak-kanak... KEMAS DAN BERSIH...kantin sekolah SMSMAB Dewan Anjung Mutiara Pintu masuk hadapan sekolah BANNER..bakal menyambut kedatangan anak-anankmu diperantauan ORANG KUAT..L-R, Zamri dan YussriOops! terlupa pulak nak tahan napaih..!! L-R, Hamba dan Yussri Siap tersusun..bertudung biru, Puan Salmi
SIBUK..sentuhan terakhir
Tarikh: 11.06.2010
Jam: 1 pagi
Tempat: Rumah Saudara Yussri, Taman Uda
Kehadiran: Hamba, Yussri, Zamri dan Akbar
Waktu ini dan ketika ini Hamba pasti semua insan sedang lena dibuai mimpi, namun bagi kami berempat tugasan masih belum selesai. Perkara ini memang kami rahsiakan dari yang lain. Persiapan terakhir ini adalah untuk menyediakan kata-kata dan susuncara bagi Pengacara majlis, Saudara Yussri dan juga menyediakan teks ucapan untuk Saudara Mohd Akbar. Kesemua kata-kata ucapan tersebut telah berjaya kami siapkan dengan dibantu oleh jurutaip profesional yang ditempah khas dari PULAPOL Kuala Lumpur, Saudara Zamri. Hanya dengan menggunakan dua jari sahaja beliau menyudahkan tugasannya. Itulah yang dikatakan; PRO, perosak..he3. Jangan marah brader... Hamba, hanya nasi tambah saja pada pagi tu.. Bukannya apa, malas nak tunjuk skil.. Semua tugasan selesai pada jam 3.00 pagi.
Persiapan sebelah pagi Jumaat OK...cantikkkk Banner untuk ditandatangani Dah hampir siap.. L-R, Hamba, Nasir, Yussri dan Surbani Jurutaip pro..Saudara ZamriTu dia..!! Gaya Pengerusi Penaja pada jam 2 pagi, m
analah nak dapatkan kot cendoi dengan tarbus nii...!! Penyediaan teks ucapan... Kan dah kata tadi..!! dua jari sahaja..sempoiiiii... Antara hamper-hamper yang akan diberikan pada tetamu
Pengetua SMSMAB..Madam Hajjah Dewi Rosnah bt. Raden Suhadi
Suasana Galeri Al-Bukhary Tarikh: 11.06.2010
Jam: 10.00 pagi
Lokasi: Perkarangan SMSMAB
Pagi ini, Hamba dan semua AJK yang terlibat telahpun hadir untuk membuat persiapan terakhir menjelangnya majlis tersebut. Pagi itu juga, kami berasa amat bertuah kerana Pengetua sendiri sudi hadir untuk melihat kerja-kerja persiapan di samping memberi buah fikiran yang bernas untuk kami jadikan panduan.
Dalam pertemuan itu, kami telah dibawa meninjau serta melihat Galeri Al-Bukhary yang baru sahaja ditubuhkan oleh beliau sendiri. Di dalamnya terdapat banyak gambar-gambar seperti gambar Pengetua-pengetua yang terdahulu sehingga kini, serta piala-piala kemenangan yang diraih oleh sekolah dan juga Sijil-sijil Penghargaan. Dalam taklimat yang telah diberikan oleh Pengetua, beliau telah memberitahu bahawa SMSMAB pada ketika ini merupakan sebuah sekolah yang amat berjaya baik dari segi akademik mahupun dari aspek sukan. dari sudut akademik, sekolah ini berada ditempat 394 dengan skor kompositnya 65.3 % dari 2198 buah sekolah menengah yang terdapat di seluruh Malaysia. Sesungguhnya kedudukan tersebut juga telah berjaya memberikan gambaran yang jelas, betapa komitmen Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar telah berjaya diterjemahkan pada satu tahap yang amat dibanggakan. Syabas dan tahniah SMSMAB. Dalam pada itu, Pengetua juga telah berjanji akan membawa perubahan pada sekolah ini dengan meletakkan sasaran pada kedudukan ke 350 buah sekolah menengah yang cemerlang. Biarpun beliau baru sahaja menyandang jawatan sebagai Pengetua pada 02.03.2010 tetapi yang amat mengagumkan kami ialah misi dan visi beliau yang jauh ke hadapan untuk membawa kemajuan dan kejayaan sekolah tersebut. Pengetua juga telah memuji kepada semua AJK Majlis Reunion ini kerana berjaya mengadakan buat julung-julung kalinya majlis reunion untuk sekolah ini dan berharap selepas ini akan diadakan sebagai salah satu sambutan tahunan di masa-masa akan datang. Tugasan selesai jam 12.45 tengahari.
Taklimat dari Pengetua
Di antara koleksi piala.. Sijil Penghargaan
L-R, Saudara Zamri dan DJ Rohizad (Jat)Nasir di Meja Pendaftaran...jangan lupa ambik nomborTarikh: 11.06.2010 Jam: 2.30 petang
Lokasi: Dewan Anjung Mutiara
Kehadiran: 100 +
Tepat jam 3 petang, majlis pun bermula. Kesemua tetamu-tetamu yang hadir perlu mendaftarkan diri mereka di Meja Pendaftaran. Setiap pendaftaran akan diberikan nombor cabutan bertuah. Dalam suasana riuh rendah tersebut, kelihatan juga bekas guru-guru seperti Cikgu Daud, Ustaz Ghani, Cikgu Azian Baharom dan beberapa guru lagi yang telah sudi menghadirkan diri. Kepada mereka, Hamba tabik springggg..!!!. Sesungguhnya dengan kedatangan bekas-guru-guru mahupun guru pada ketika ini amat kami sanjung tinggi. terima kasih, Cikgu...!!
Lebih kurang jam 4 petang, Juruacara Majlis, Saudara Yussri, telah membacakan doa. Untuk makluman serta serba sedikit berkaitan Saudara Yussri ini, beliau berkebolehan di dalam pelbagai bidang, selain bertugas sebagai pendidik, beliau juga mahir dalam bidang kejurulatihan bolasepak diperingkat sekolah rendah di Daerah Kota Setar, bawah sikit dari Ahmad Yusoff atas sikit dari Hamba...he3. Lepas ni jangan lupa Tat Nasi Ayam, belanja...
Jam 6 petang, maka, berakhirlah sudah Majlis Perjumpaan Bekas pelajar-pelajar SMSMAB pada petang itu. Sebelum ianya melabuhkan tirai satu acara bergambar beramai-ramai telah diadakan bertempat di dalam Dewan Anjung Mutiara. Kepada mereka yang berjaya merakamkan gambar-gambar berkenaan, Hamba mohon agar dipanjangkan atau sudi mengirimkan kepada Hamba di Email: amanwaja@yahoo.com.my sebagai kenang-kenangan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan. Dengan jarak masa yang mencapai 25 tahun, harapan Hamba agar gambar tersebut mempu mengembalikan kembali kenangan silam serta tanda harga yang amat bernilai tinggi dengan tiada taranya.
Merah sangatlah Mak Ngah...buah tembikai tu la... L-R, Cikgu Shahidan bersama otai-otai guru, Ust. Ghani dan Cikgu Daud Barisan guru-guru yang hadir.. Ucapan dari Pengerusi Penaja, Saudara Akbar..kot cendoi dengan tarbus tak sempat nak beli kedai dah tutup.. Ucapan dari wakil guru..Cikgu Shahidan DJ Jat..tahun depan tempah lain... Ucapan dari Pengetua SMSMAB Nyanyian Lagu Usaha Sinar Kejayaan.. Di antara tetamu yang datang..
Sajak Cintaku dari Saudara Shahar.. Terimakasih..tahun depan hangpa buat lain no...
Sain jangan tak sain..!! Otai-otai di dalam arena pendidikan.. Bekas-bekas pelajar yang sudi hadir.. Ujibakat untuk AF9 Pasangan dua sejoli.. Kita makan duluuu..!!L-R, Akashah, Akbar, Ku Ibrahim, Patrick, Surbani dan Zamri L-R, Che Zahari, Yussri dan Nasaruddin Cuba teka, mana satu kakak dan mana satu adik... di antara kuih muih yang dihidangkan Salah seorang orang kuat disebalik majlis ini, L-R Frankie dan Aziz
Cabutan bertuah sumbangan Saudara Nasaruddin (nurbeautyline) Alamak...!! suara macam tarzan daaa..! Saudara Zamri Ini Hamba punyeeee..!! No. bertuah 77Ini keluarga Osman Omar.. bukan Osman Jailani hah..!
Nak balik dah ka...? Tarikh yang bersejarah..Jam 7 malam, semua kerja-kerja pembersihan telah selesai. Dan kepada sahabat-sahabat yang sanggup menunggu sehingga selesai sampah terakhir dibuang, Hamba merakamkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesetiaan, semangat setiakawan terutamanya kepada Hisham, Surbani, Patrick, Nasir, Yussri, Akbar, Zamri, Salmi, Norsiah, Kholijah, Nasiroh, Akashah, Che Zahari dan beberapa lagi nama yang Hamba terlupa nama-nama mereka. Insyallah, jika diberi Allah s.w.t kesihatan dan fizikal yang mengizinkan kita semua bakal berkumpul semula di sini, di tempat ini, di lokasi ini, yang bernama SEKOLAH MENENGAH SYED MOHAMED AL-BUKHARY...
yang berjasa tidak dilupakan...cium tangan Yuss.. Bersama Akashah..satu team hoki dahulu Acara mengemas.. Apa yang kau tersengih tu Labuuu...!!
Faraid harta Ismet Ulam Raja..he3 Jangan takut...lepas ni aku bagi ubat sakit pinggang sorang satu.... Kenangan sepanjang hayat....
SEKALUNG BUDI, SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA:
1. En, Nasaruddin bin Ahmad - Pengarah Urusan Nurbeautyline
2. Dato' Zuber Zabidi dan isteri
3. En. Frankie Chiew Fatt How
4. Puan Inaliza bt. Ibrahim - salah seorang Pengasas dalam Majlis Reunion ini. Malangnya beliau berada di New York mengikuti suaminya bertugas di sana. Mohon ampun dan maaf kerana program yang dirancang untuk membuat liputan secara langsung antara Inaliza dan kami tidak dapat dipenuhi kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Namun demikian, tahun hadapan kita berjumpa semula dengan majlis yang lebih meriah bersama-sama kedatangan dan kehadiran anda di sisi kami semua.. Insyallah. Terima kasih jua kerana sudi menelefon kami semasa majlis berlangsung sebagai tanda ingatan yang mendalam walaupun anda berada jauh diperantauan. Thanks a lot my dear....
5. En. Osman bin Omar
6. Tat Nasi Ayam
7. Dan kepada semua insan-insan yang sudi memberi sumbangan ikhlas dari segi tenaga, masa dan wang ringgit.
Akhir kata dari Hamba, jika di sepanjang pihak kami (AJK-AJK) ada perkataan-perkataan, perbuatan ataupun tingkah laku yang telah menyinggung hati dan perasaan, yang terguris rasa dan tersentuh hati, sepuluh jari disusun memohon kemaafan, kerana kami juga insan-insan seperti kalian semua, tidak terlepas dari salah dan dosa.
Kepada Pengetua SMSMAB, Insyallah..cadangan dari Madam akan kami praktikkan agar ianya menjadi realiti ke arah perjumpaan Al-Bukharians yang akan datang lebih gemilang lagi.
Kepada Cikgu Shahidan, budi baik cikgu tetap kekal terpahat di setiap sanubari kami, betapa kelembutan hati, budi bahasa yang tinggi akan kami tanamkan di hati kami, agar kami menjadi insan berhati mulia seperti cikgu..
Kepada bekas guru-guru, mohon kemaafan jua sekiranya terdapat bicara yang kasar, halalkan ilmu yang diajar kepada kami suatu ketika dahulu..
Kepada sahabat-sahabat semua, sekiranya Hamba melakukan kesalahan baik yang nyata ataupun terselindung, mohon seribu kemaafan, sesungguhnya Hamba ini tiada terlepas dari salah dan dosa. Akhirnya Hamba sudahi coretan ini dengan serangkap pantun beserta sajak, khas untuk kita semua;
Jika ada sumur di ladang
Boleh Hamba menumpang mandi
Jika ada umur yang panjang
Tahun hadapan berjumpa kembali
AL BUKHARIANS
Terbinanya engkau ibarat cahaya
Bisa membuat nusa ini bergermelapan
Biarpun yang bertandang itu buta
Biarpun yang hadir itu kurang sifatnya
Tapi engkau, tetap pasrah
Menerima tanpa ragu
Memberi ilmu tanpa prasangka
Begitu besar pengorbanan mu
Kini...
Anak-anakmu yang jauh kembali
Anak-anakmu yang dahulunya buta
Dan anak-anakmu yang dahulunya kurang sifatnya
Kini datang..
Di hadapan mu
Dengan wajah, dengan gaya yang berbeda
Tapi masih satu tujuan
Satu destinasi..
Kembali mengadap mu
25 tahun ditinggalkan
25 tahun mencari rezeki
Kini...
Kami di sini
Untuk majlis bersama mu
Perjumpaan anak-anakmu
Bekas Pelajar-pelajar SMSMAB
Dirgahayu.. untuk mu...
Semoga kita semua berjumpa lagi di lain hari dan kesempatan...Insyallah
Sekian...wassalam....choww..
BAHASA THAILAND: KHENG - KERAS
No comments:
Post a Comment