I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Wednesday, June 2, 2010

Inas lagi...

Lokasi: Pengkalan Hulu - Gunung Inas - R&R Pengkalan Hulu
Tarikh : 02 Jun 2010
Jam Mula : 5.45 Petang
Jam Tamat : 6.40 Petang
Jarak Kayuhan: 17.06 KM
Max Speed : 52.9 KM
Min Speed : 18.0 KM
Masa : 53 Minit 25 Saat
Cuaca : Tersangatlah cantiknya..
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
Rabu, 02 Jun 2010:
Jam 5.45 petang.
Hari ni Hamba bersama-sama dengan seorang lagi rider, yang baru berjinak-jinak dalam arena berbasikal ni. Beliau ini sebenarnya boleh di kategori otai jugak tetapi di dalam arena yang berbeza. Badminton. Itulah sukan yang selalu dipraktikkan oleh beliau sebelum mengenali sukan berbasikal ni. Walaubagaimanapun dunia badminton tetap diteruskan dan basikal juga tetap di hati. Beliau yang dimaksudkan ialah Sarjan Mejar Azis bin Ismail, munculnya dari Cawangan Teknikal Komunikasi.
Walaupun baru berkecimpung, namun gaya kayuhan dan ketrampilan beliau amat dihargai. Dari segi keselamatan, memang Hamba respect kat dia. Perfect 10..! Tidak kepada sesetengah rider yang baru menceburi arena ini, aspek keselamatan di bawah tapak kaki saja, apa pun tak ada. Keselamatan tidak diutamakan. Kepada rider yang baru nak berbasikal ni diharapkan anda lebih mengutamakan keselamatan dari segalanya...kalau tak nak ambil risiko tu harap-harap, ambillah insuran banyak-banyak agar tidak menyusahkan insan lain di kemudian hari...!

SERBA BARU..amboi segak sungguh aih abang kita petang ni...baju baru, seluar baru,
BIN1 baru jugak ka...!? he!he!he!

Pintu Hadapan MRSM Pengkalan Hulu

Tepat jam 5.45 petang, Hamba bersama SM Azis pun memulakan kayuhan pertama menuju ke destinasi yang telah ditetapkan, Gunung Inas. Kami terjah ke sana..! Inas, kami datang lagi..! Kayuhan yang bermula di hadapan pintu utma MRSM Pengkalan Hulu ni diiringi cuaca yang amat baik dan tenteram. Walaupun pada awalnya diselubungi awan mendung, namun tiba ketika untuk berkayuh, awan mendung telah berarak pergi.. syukur kepadaNya kerna memberi kami kesempatan menerjah ke Inas lagi.
AMBIL KESEMPATAN..lepas ni dah tak ada peluang lagi untuk nak tangkap...

ADA GAYA.. Peringkat mula untuk turun ke kaki Inas..

PULUN HABIH..aksi dari SM Azis sewaktu mendaki

EHEM!EHEM..ada gaya, ada rupa lagi...maintainnn...

BUKIT..ingat ka dok atas gunung dah, rupanya ada lagi di atas tu...

TURUN BUKIT..turun sikit saja, kat depan tu ada bala lagi....siap dengan selekoh lagi,
ini betul-betul, bukan cobaaannnnn...!!

GREEN WATER...jus buah Kiwi
Jam 6.40 petang, setelah menuruni, melawati lereng dan menawan puncak Inas pada petang ni, maka, sampailah acara kemuncak iaitu minum time..!! Tempat yang dicadangkan adalah R&R Pengkalan Hulu. Di situlah berakhirnya kayuhan pada petang itu. Walau apapun tahniah dan terimakasih juga kepada SM Azis kerana sudi menerima pelawan Hamba untuk sama-sama menemani ke Gunung Inas. Memang tidak dapat dinafikan bahawa laluan ini adalah salah satu laluan yang amat sesuai untuk para riders membuat latihan dan juga yang paling digemari oleh para riders terutama Hamba mahupun MTBKroh serta Baling.
Letih ya bang...!! tak pa, lepaih ni kita mai lagi..

Walaupun dengan jarak kayuhan yang amat pendek, tapi rasanya Hamba rasa tenaga yang digunakan amat berbaloi ditambah dengan rintangan angin dan jarak mendaki yang panjang. Walau apapun terjadi, Inas, Hamba akan datang lagi....!! Ok, choww...wassalam.
BAHASA THAI: Yu Thi Nai = Tinggal di mana

No comments:

Post a Comment