I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Sunday, July 18, 2010

Sahabat Polis, Rakan Cop daaa..!!

Tarikh: 17 Julai 2010
Jarak: 17.40 km
Everage Speed: 22.5 km
Maksima Speed: 38.7 km
Cuaca: Berkabus..(pagi lagi daaa..)
Jam Mula: 07.10 pagi
Jam Tamat: 12.00 tengahari
Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Hai! hai! hai!
Bertemu kita kembali di blog ni ya, untuk yang sekian kali ni sengaja Hamba nak membawa semua pembaca ke lain dari topik beskal. Memang niat di hati nak bawa cerita kayuh tapi memandangkan apa yang dirancang tak berapa nak jadi, terus tukar plan dan cerita kepada tatapan yang sedia ada ni.. Apa-apapun sudilah kiranya semua sahabat-sahabat Hamba melayaninya..


Suasana di awal pagi

Waktu jam di tangan Hamba menunjukkan pukul 7.10 pagi, tayar beskal hamba pun dah bergolek. Niat nak layan kayuh ezi-ezi saja, itupun nak pergi ronda kut belah pekan Pengkalan Hulu. Mula sampai kat pekan atau yang lebih tepat lagi kat Padang Majlis Daerah Pengkalan Hulu kelihatan ramai jugak orang, siap dengan khemahnya sekali. Ni bagus punya program, apa lagi, parking beskal terus layan dan ambik gambaq sekali.

Kaji punya kaji, rupanya pagi ada Majlis Pelancaran Rasmi Rakan Cop Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu, Perak. Patutlah pagi-pagi Abang Trafik kita dah standby awai-awai lagi kat jalanraya.


Di waktu ni, cuaca masih lagi berkabus. Program pertama yang tersedia adalah Senamrobik beramai-ramai di padang MDPH. Ramai jugak yang mengambil bahagian. Di antara mereka yang terlibat adalah terdiri dari IPD sendiri, Bn. 18 PGA, Rejimen Sempadan 3 (RS3), MRSM Pengkalan Hulu dan pelbagai agensi lain yang terdapat di sekitar daerah ini. Agak meriah jugak suasana pada ketika itu.
Selesai acara tersebut, larian sempena program ini juga turut diadakan melibatkan pelbagai kategori dari yang muda kepada yang veteran.


Abang Razif Mahkamah..salah seorang tetamu yang terawal sampai
Untuk program pada kali ini terdapat jugak pameran-pameran dari jabatan-jabatan, bank-bank yang diundang khas dan termasuk jugak orang perseorangan yang mempromosi barangan masing-masing. Di antara yang mengambil bahagian terdiri dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Pasukan JPA, Kementerian Kesihatan Pengkalan Hulu, Jabatan Perhilitan, Agro Bank, Bank Rakyat, KPDNHEP, Kinta Saujana, Proton Edar dan tak terlepas jugak dari pihak tuanrumah sendiri yang menampilkan pameran dari pelbagai jenis dadah dari Unit Narkotik manakala dari Cawangan Trafik memaparkan gambar-gambar kemalangan ngeri yang pernah berlaku di daerah ini. Bila hamba lihat itu semua terasa akan keinsafan yang mendalam tapi bila pergi saja dari situ semua tu dah hilang, maklumlah orang kita, insaf hanya seminit dua saja lepaih tu tak ada lagi..he3.

Mr. Ah Hong & wife serta salah sorang rakan kayuhan, Pagi ni depa pun tak kayuh jugak sebab teruja melihat program ini..Tak pa lain kali kita kayuh..


Selain dari acara pameran, terdapat jugak program yang melibat penjagaan kesihatan. Pihak Kesihatan Pengkalan Hulu telah mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung yang melawat ke khemah mereka. Hamba dapati ramai jugak yang dok pi buat 'check' tu. Pendek kata mendapat sambutan yang agak hangatlah jugak. Memang orangramai di daerah ni begitu prihatin menjaga kesihatan. Tahniah..!!
Di samping itu pertunjukkan T-Baton juga turut dipersembahkan. Ianya terdiri dari anggota-anggota IPD Pengkalan Hulu. Nampak ganas muka masing-masing. Nasib baik tak kena pelangkong dengan baton tu...


NARKOTIK...3 teruna pujaan, bujang lagi niiii...he3
L - R: Sjn Mat, Kpl Rosli dan Tn Din
Selain dari pemeriksaan kesihatan yang mendapat sambutan tu, acara mendaftar menjadi Rakan Cop jugak tak kurang hebatnya. Ianya dibawah kendalian C/Insp. Suhainah bt. Md. Said dengan dibantu oleh Sjn Jaafar serta petugas-petugas yang lain. Setiap pendaftaran yang berjaya akan diberikan saguhati berupa mug Rakan Cop, Buku Nota kecil dan risalah berkaitan Rakan Cop. Pendek kata, bukan panjang cakap..memang meriah di meja pendaftaran ni...termasuklah Hamba juga. Dapat juga saguhati. Balik modal jugak walaupun tak jadi kayuh..he3. Terima kasih Rakan Cop..!!


LELONG-LELONG..walaupun lelong bila ambik, bayaq sendiri hahhh..!!


HENSEM..Sjn Malik dari Cawangan Trafik, apa lagi molaaaiiieee!!


MUSANG BERJANGGUT..dulu musang ni ada janggut, tapi janggut dia dah diambik buat filem, sampai la ni tak bagi balik lagi...


Awai lagi..


Belon dengan orang sama banyak...tempat pendaftaran Rakan Cop


Sekali daftar sampai dua ....


Saudara Baharudin..Orang kuat program, tokey baju pun dia juga..


Pemandangan dari khemah JPA..amboi..! 'sihat-sihat' gambaq depa...


Di antara pengunjung yang berada di khemah berkenaan


Ini bukan kuntau, ini pertunjukkan T-Baton..


Pengunjung di Meja Pendaftaran


L - R: Peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian pagi itu.
Saudara Shaari (N/Johan veteran), Leman (Juara), Ridzuan dan Affandy


Bagussss..!! SM Latif dari Bn. 18 PGA dapat No. 8 larian dalam kategori veteran..



Tokey Program..YDH DSP Anuar bin Hj. Omar (topi oren), OCPD Pengkalan Hulu



Tetamu VIP..lepaih ni 'sewa rumah' lulus...hi3


Tn Fadzil pun ada jugak, hari ni tak kayuh...

Padang MDPH


Cuaca masih lagi berkabus walaupun jam dah 10 lebih..


Di antara pengunjung yang datang...


Persona...hanya terpesona sahaja, kalau nak, bayaqlah..sendiri punya duit


Pinjam buat rempit baguih jugak niii...he3


En. Zaki dari Jabatan Bomba dan Penyelamat


Saguhati dari pihak penganjur...terima kasih..!!
Walaupun acara ditamatkan pada 12 tengahari (waktu Hamba), apa yang jelas ialah kesedaran orangawam tentang betapa pentingnya Rakan Cop kepada kehidupan seharian. Buktinya ialah sejak meja pendaftaran dibuka, memang ramai yang telah sudi mendaftar menjadi sebahagian dari program ni sehinggalah di waktu-waktu akhir majlis ini ditamatkan. Syabas kepada semua warga Daerah Pengkalan Hulu. Di samping mendapat sagujati yang disediakan, manfaat yang dapat adalah lebih dari itu lagi, termasuk ilmu pengetahuan tentang dadah, keinsafan akibat memandu laju, kesihatan tubuh badan yang normal lagi menyihatkan dan pelbagai lagi. Semuanya itu ada di dalam program ini. Syabas dan tahniah kepada seluruh warga IPD Pengkalan Hulu Perak yang telah bertungkus lumus menjayakan Program Pelancaran Rakan Cop pada 17 Julai 2010.
ok...chowwww, jumpa lagi nooo... di next episode...!!

1 comment: