I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Friday, July 23, 2010

'KAYUHAN' STRESS...ha!ha!ha!

Tarikh Kejadian: 21 Julai 2010
Lokasi: Kolam Hj. Ismail
Kg. Hj. Abas, Baling, Kedah
Cuaca: Tersangatlah cantiknyaaa..
Jam Mula: 6.30 Petang
Jam Tamat: 10.30 Malam
Tujuan: Semuanya untuk menghilang stress


Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Hari ni dan di masa ini Hamba cuba sekali membawa tajuk yang lain dari yang lain di dalam blog ini. Al maklumlah sejak akhir-akhir ini kerja-kerja kat pejabat semakin menjadi-jadi laksana turunnya hujan di petang hari di daerah ini. Semakin bertimpa-timpa. Kepala pun dah naik pusing, masing gasing-gasing daaa... nasib baik tak terjatuh, kalau tak, macam nangka daa...
Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, dan bagi meringankan kakitangan mental hospital bekerja lebih masa, maka, satu keputusan telah diambil bagi menghilangkan 'penyakit' ni. Apa lagi, jom kita pi kayuh..!! Tapi apa yang kau nak kayuh tu Labuuu..kayuh kekili kat kolam ikan laa. Dalam dok cari-cari group yang sama penyakit yang sewaktu dengannya tu, dapatlah Hamba 4 orang yang rupa-rupanya senasib dengan Hamba jugaaa.. Di antaranya, Abdul Yahya, Abdul Hamba, Abdul Baharudin dan Abdul Din..he3. Semuanya geng abdul, tak termasuk AR Badul dan juga Samdul. Nama saja Abdul tapi mak lain-lain, pak asing-asing.
Apa-apapun sudi-sudikanlah diri anda menyudikan diri melayari blog ini...saksi dan baca ye..!!

Gaya seorang otai memancing, gaya saja perfect 10 boleh bagi...hi!hi!hi!
L - R: Din, Tn Din dan isterinya (pasangan bahagia nii..)

Empat joran Abdul..mari kita tengok sapa yang kenaa..!!

Masa mula masuk pada jam 6.30 petang, sampai masa ni belum sekor ikan pun yang sudi menjamah umpan joran-joran kami ni. Resepi umpan saja mau kalah Chef Wan, siap dengan adunan-adunan yang terpilih, ibarat kata ambik bau dia pun dah membuka selera, mak datok..! macam nak buat kek. Hari ni adunan umpan diambil alih oleh Otai Yahya, Pakar buat umpan. Memang wangi, tu pun dia tak mau makan lagi. Maka, terpacaklah joran-joran tadi kat tebing kolam sementara umpan dimamah ikan. Apa-apapun mari kita tengok sapa yang kena. Rasa-rasanya Tokey kolam yang kena, yelah, dah pun dapat duit modal kolam RM80.00. Tapi sebagai pemancing yang 'tegar' dengan kesabaran yang di tahap gaban ni..mancing tetap diteruskan, apa nak jadi, jadilah...memancing sebenarnya mengajar kita akan erti kesabaran, dan juga rezeki kalau dah ditakdirkan ada , ia tidak akan ke mana...Insya Allah..!

Kan dah kata..rezeki pertama berjaya dinaikkan adalah ikan Rohu oleh 'Abdul' Yahya


Tn Din sedang menukar umpan Gred A punya...resepi rahsia..
Yang di tepi tu bukan umpan, itu betul-betul punya makanan juadah berbuka puasa isteri Tn Din
Dalam dok sembang-sembang, kekili Pak Ya dan pun menjerit, menandakan mangsa yang pertama dah pun mengena. Beliau berjaya menaikkan ikan Rohu lebih kurang nak dekat 2 kilo juga. Apa lagi, bila dah member dapat yang lain pun pakatlah boh umpan lain, tak percaya tengok gambar di atas. Umpan tu import dari Siam mariii..!! Tak percaya, tanya diaaa..

Resit rasmi Kolam Ikan Hj. Ismail..

Untuk makluman, Kolam Ikan Hj. Ismail ni terletak dalam Daerah Baling. Jalan menuju ke kolam ikan ni melalui Hospital Baling sehinggalah ke Kg. Hj. Abas. Tokey kolam memang friendly habis, baik orangnya serta ramah. Kalau rajin sembang dapatlah masa lebih sikit..he!he!he! ayat bodeklah tu..tapi selalunya group kami memang extra memanjang..terima kasihlah Tuan Hj. Tahun depan harap-harap rezeki murah dapat pi haji lagi...
Setiap satu joran untuk seorang dan boleh memancing selama 3 jam dengan bayaran sebanyak RM20 tunai sahaja. Hutang ka atau pakai cek ka, tak layan. Tambah-tambah kad kredit.


DIN..Abang kayuh ye bang...!!


PAK YA.. Pakar umpan ni..orang pertama yang dapat ikan



Suasana di Kolam Hj. Ismail

Kolam Ikan Hj. Ismail ini jugak mempunyai rangkaian infranstruktur yang hampir lengkap. Banyak kemudahan yang terdapat di sini seperti surau, tandas, makanan, minuman (hat ni kena bayar sendiri, tidak disediakan) dan juga tempat memancing yang berbumbung. Pendek kata, bukan panjang kata, memang sesuai untuk riadah di samping membawa keluarga.

Apa pasai yang gelap sangat ni..dah malam baru berjaya menaikkan ikan Rohu berat dalam 2 kilo lebih...

Tunggu punya tunggu punya tunggu, dalam jam 9.30 malam barulah joran Hamba pulak yang berjaya menaikkan ikan Rohu seberat lebih kurang 2 kilo lebih. Tu pun baru habih berdoa selepas sembahyang Isyak, rezeki Allah Taala bagi, nasib baik Pak ya ada masa tu dapat jugak dia naikkan ikan tersebut, kalau lambat tadi alamat dengan joran masuk kolamlah. Terima kasih Pak Ya..!

Kayuh Tn Din, jangan tak kayuh...lepas ni kena beli beskal bagi kayuh yang betul-betul punya bukan cobaannn...!!

Selepas ikan kedua dinaikkan barulah situasi berubah. Masing-masing dok prepare dan tok tunggu kat joran masing-masing. Tengok gaya macam burung pekaka dok tunggu ikan timbul... Mangsa yang ketiga berjaya dinaikkan oleh Tn Din dengan ikan Rohu jugak. Banyak spesis ikan ni malam tersebut.

Tn Din dengan hasil tangkapannya..


Akhirnya di dalam masa kecederaan, extra time kata orang putih, Tn Din dengan Pak Ya berjaya jugak mendapat seorang sekor lagi. Pada malam tu saja group stress kami ni mendapat 5 ekor kesemuanya. Semuanya spesis ikan Rohu. Perancangan dah dibuat untuk dibakar saja ikan-ikan tersebut.

L - R; Tn Din, Isteri Tn Din dan Din..berapa banyak din daaa... lepah ni hangpa dua orang kena tukar nama..he3


Dah lengang pun...


Mangsa terakhir....ikan tu lah, dinaikkan oleh isteri Tn Din
Lewat jam 10.30 malam, maka, 'kayuhan' pening kepala pun berakhir. Misi sebenarnya pun dah tercapai. Kepala yang berserabut dah berjaya dirungkaikan dengan tangkapan-tangkapan dan jugak layanan dari ikan-ikan tersebut. Kepada Tuan Hj Ismail diucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya memberi extra time kepada group kami ni. lain kali kami mai lagi dengan harapan diberikanlah lebih banyak extra time tu...he!he!he!
Ok..chowww..sehingga berjumpa lagi..!!

No comments:

Post a Comment