I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Friday, September 3, 2010

Mari Kita Sama-Sama Menyambut Syawal Yang Datang..!!!

Assalammualaikum... Salam Sejahtera....
Alhamdulillah, bertemu kita di dalam bulan Ramadhan yang berkat lagi mulia ini...
Rasanya memang dah cukup lama Hamba tidak mengupdatekan blog ini..ye lah, niat di hati sebelum tibanya Ramadhan ini memang nak buat kayuhan santai pada waktu petang, tapi apakan daya dah ketentuan dan rezeki di bulan yang mulia ini..hujan turun di daerah ini pada saban petang, jadi, aktiviti hanya tinggal aktiviti tanpa dapat mempraktikkanya...dah begitu kehendak Ilahi...
Dalam pada tu, ada juga Hamba sekali sekala ketika cuaca menarik dan tertarik, Hamba ada juga tertarik set golf untuk practice round bagi melembutkan dan mendapat rentak terkini, almaklumlah..lama dah tak pedulikan set tu..bukan apanya, takut berkarat, sekali dengan tuan dia...hehehehe..apapun skill masih tak hilang...fokus untuk HariRaya Special Tournament, target mesti ambik hadiah...
Bab kayuh ni..malas nak diungkapkan dengan kata-kata yg panjang berjela-jela. Dah sebulan lebih tak layan bukit dan jalan-jalan di sekitar daerah ini. Inas pun dah lama tak pi tengok, tambahan pulak tayar asyik pancit saja, asal pam keluar angin, asal keluar angin saja pam...alamatnya tersadailah White Horse tu kat dalam rumah sajaaaa...


Pada kali ini, pada kesempatan yang ada ini dan di saat ini serta di bulan yang penuh barakah ini, Hamba serta seluruh keluarga Hamba mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat-sahabat Hamba baik yang Hamba mengenalinya mahupun kepada sahabat-sahabat yang sudi menjenguk blog ini.


' SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN '
Dengan ingatan tulus ikhlas dari:
Che Som bt Taib (Bonda)
Mohd Haniff bin Ani
Sharifah Salwa bt Syed Junid
Wan Amirul Ariff
Wan Nuramira Syafiqah
Wan Nuramira Shahirah
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




1 comment: