I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Monday, December 13, 2010

PESTA HOKI INTERNATIONAL DI USM, PULAU PINANG PADA 11 - 12 DIS. 2010

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Bertemu jua kita di kesempatan ini, di ruangan ini..maklumlah setelah agak lama Hamba menyepi diri. Bukan Hamba bersembunyi, aktiviti berkayuh tetap Hamba jalani cuma pena ini kurang menari di akhir-akhir ini. Namun kini, Hamba kembali dengan tatapan yang terkini, Pesta hoki mewarnai ruangan ini. Sudi-sudilah tuan-tuan dan puan-puan semua layari ke blog ini.
Alhamdulillah...terima kasih di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan yang Hamba kagumi dan hormati..ceritanya berbunyi begini......

masing-masing dengan mood yang segar...

Terlebih dahulu Hamba mohon maaf kerana tajuk kali ini agak lain dari aktiviti berkayuh sepertimana yang berita-berita yang terdahulu. Walaupun demikian, ianya tetap dalam ruang legar sukan, cuma aksinya sahaja yang berlainan.

Naik feri ke Pulau Cendana
Pergi bersama si anak cina
Pesta Hoki International diberi nama
di Pulau Pinang kami berkelana

Tepat jam 0645 pagi pada tarikh 11 Disember 2010, Hamba bersama-sama dengan rakan-rakan telahpun berada di dalam van untuk menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Seramai 6 orang telah dipilih untuk menyertai pasukan ini bagi membawa mandat dan panji Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Hulu, Perak untuk ke Kejohanan Pesta Hoki Enam Sepasukan International yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Dalam pada itu, pasukan ini juga telah menjemput seorang pemain yang juga merupakan bekas anggota batalion ini yang kini berada di Kulim, Kedah. Di antara mereka yang yang menyahut cabaran ke kejohanan tersebut terdiri dari..hehehe, sapa lagi tauke blog nilah...juga merangkap Jurulatih, Pemain serta Pengurus bidan terjun..bukan pengurus sukan terjun dan juga bukan pengurus orang sakit nak bersalin...hihihi...., diikuti Kpl Md Diah Baba, Kpl Abdul Rahman Mawi (bukan anak Mawi World), Kpl Jane Panjang (Kpl ni biasa saja bukan panjang sangat), Kpl Othman Che Lah (pemain import aka Man Siam, bukan siam mari maaa), L/Kpl Muhamad Khirul Anuar (Pendatang baru, bukan pandatang haram..hehehe), L/Kpl/S Shahabudin Man ( Din Merbok org merbok niii aka Abang Ali).
Tepat jam 0845 pagi kami telah selamat sampai di USM, Pulau Pinang dengan selamat. Perjalanan lancar tanpa mengalami sebarang gangguan di sepanjang perjalanan. Cuaca pun agak segar, mendung dan berangin. Cukup nyaman dan mendamaikan. Kalau main dalam cuaca begini memang cunlah..... Sampai saja di sana Hamba bersama Kpl Md Diah terus ke Bilik Pendaftaran untuk menyemak pendaftaran pasukan. Waktu ni orang pun belum ramai lagi..jadi, senanglah sikit kerja ni...

Pintu masuk ke Bilik Pendaftarn pasukan..comey2 jugak yang dok jaga di meja pendaftaran ni..hihihi

awat hangpa mai awai sangat...kami tak ready lagi niii

Perlawanan yang melibatkan murid sekolah... cuaca nyaman ketika ini

Selesai saja proses pendaftaran di samping menanti Taklimat Pengurus-pengurus Pasukan yang dijangka akan diadakan pada jam 11 pagi, Hamba bersama rakan-rakan yang lain sempatlah juga pi jengok kat gerai-gerai cenderahati yang berselerak di sekitar kaki lima padang Minden USM. Tahun ni tak banyak sangat gerai yang ada tidak seperti pada tahun yang lepas. Namun demikian, sebagai memperingati kedatangan kami ke sini, jadi kesempatan yang ada sempat jugak kami membeli t shirt yang ada dijual...tak lupa juga baju untuk penaja-penaja yang telah sudi menaja pasukan ini, cukuplah dengan sehelai baju sebagai ucapan terima kasih yang tidak terhingga...jasa-jasa kalian semua amat kami hargai...Tahun depan sponsored lah lagi...hihihi

gerai-gerai jualan yang terdapat di pesta hoki kali ini...


di antara muka-muka yang bakal menggalas harapan negara.... L-R: Khirul Anuar, Rahman, Md Diah dan Abg Ali...

lagi perlawanan yang melibatkan murid sekolah..


sempat juga menjengah perlawanan pagi ni..

Tepat jam 11 pagi, Taklimat Pengurus-pengurus Pasukan telah diadakan bertempat di Kolam Renang USM. Agak ramai jugak yang hadir pada sessi taklimat tersebut. Wakil dari Sri Lanka, Brunei Darussalam, India serta Thailand juga hadir mengambil bahagian.


Wajah-wajah yang terlebih dahulu sampai dari kami...aweks pun ada juga..


apa-apapun kena daftar dulu....

sessi taklimat sedang berlangsung..inggeris ada, malaya pun ada...macam-macam ada..


ASP Kuelyani (bekas pemain Kebangsaan) dari Unit Perjawatan Bukit Aman,
Pengurus Pasukan Polis Wanita Scorpions

suasana di hari pertandingan...masih lagi redup..

Tepat jam 1030 pagi, Skuad Hoki Bn. 18 PGA telahpun diundi berada di dalam Kumpulan J, dalam Kategori Lelaki Terbuka bersama-sama dengan Kelab Ruhuna (Sri lanka), Uniten Thundercats (Kuala Lumpur) dan Tiger HC A (RAMD). Seterusnya akan memulakan kempen Pesta Hoki ini dalam perlawanan pertama pada jam 1145 pagi bertemu dengan Kelab Ruhuna dari Sri Lanka.

Untuk makluman, terdapat 6 padang yang disediakan oleh pihak penganjur di Padang Minden ini. Ianya terdiri dari Padang A, B, C, D, E dan F. Saiz kesemua padang dikurangkan sedikit dari saiz sebenar padang hoki kecuali di padang astroturf.

khemah-khemah disediakan untuk semua pemain berteduh..

santai...sementara menunggu game yang pertama..

Tepat jam 1145 pagi, saat-saat yang dinantikan pun menjelma, bagaikan tidak sabar untuk memperagakan aksi selama 12 minit, pasukan Bn. 18 PGA telahpun bersiap sedia lebih awal, maklumlah enjin lama, warm up kena lebih. Purata umur yang mewakili pasukan ini adalah di atas 40 tahun. Kira taraf veteran, tapi apa-apapun masing-masing masih maintain lagi macam umoq 24 thn...hehehe.
Bagi perlawanan ini, Hamba sekadar menjadi simpanan saja, takut juga nak masuk awal-awal nanti rosak game..apa pun tunggu dan lihat mana-mana pemain yang nak keluar tu Hamba dengan sukahati sedia menggantikannya...

masih lagi tersenyum, wakil negara ni...masa ni akan menentang Sri Lanka
L - R: Rahman (GK), Md Diah dan Man Siam


apa pun warm up dulu.....

ni lah group Malaya punyaaaa...lupa nak tarik napaih masa ni...hihihi

macam mana pulak boleh kecik pulak baju ni...tahun lepas muat.....


Group nam jahanam...hehehe

Pada perlawanan menentang Kelab Ruhuna dari Sri Lanka, Pasukan ini telah berjaya menewaskan kelab tersebut dengan keputusan 3 - 0. Gol-gol telah dijaringkan oleh oleh Kpl Md Diah, Khirul Anuar dan Hamba sendiri. Bukan gol sendiri hahhh..!!! Walaupun pasukan tersebut muda belia tapi main tak guna akal, hat ni game 6 sebelah bukan 11 sebelah...Tu pun dengan rasa belas kasihan Hamba melepaskan sebiji gol apabila dengan sengaja menolak bola keluar apabila pasukan kami mendapat penalti stroke...hahaha (sebenarnya memang nak bagi masuk, tapi silap teknik daaa)

post mortem game pertama....sebenaqnya penat gila masa niiii...

Pada perlawanan kedua, pasukan kami akan bertemu dengan Kelab Uniten Thundercats, Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang. Tengok dari segi muka rata-rata umur setiap pemain dari pasukan ini adalah di sekitar bawah 20 tahun. Memang laju dan berkemahiran tinggi. Walaubagaimanapun dalam perlawanan ini ianya berkesudahan dengan keputusan seri, 1 - 1. Gol pasukan ini telah dijaringkan oleh..ehem!ehem! nak sebut pun segan jugak...sapa lagi, Hambalah...hehehe. Walaupun baru nak masuk umoq 42, tapi bisanya ada lagi...cuma stamina saja tak mau mai berdamping...hahaha.
Di sekitar jam 4.15 petang, pasukan ini ada satu lagi perlawanan bagi melengkapkan jadual perlawanan pada pusingan pertama. Sementara menunggu game tersebut, sempatlah juga kami pergi minum apa-apa yang patut bagi mengalas perut.

kita minum duluuuuuu...!!!!!!


Man Siam dengan Abg Ali sedang mencongak strategi....


tu diaaa..!!! lelong!lelong!...ni set Goal Keeper sahaja...


sedang lena dibuai mimpi...

L - R: Md Diah bersama dengan ASP Khalil..tahun depan sudilah menaja lagi...


Jentera Kawasaki ASP Khalil...bujang lagi niiii

Tu dia haaiihh..!!! awat yang berkilat sangat Diah...hehehe

Tepat jam 4.15 petang, sekali pasukan kami turun padang padang untuk pertemuan terakhir dalam Kumpulan J, bertemu dengan Kelab Tiger HC A (RAMD). Pasukan ini memang dikenali di kalangan pasukan-pasukan yang sentiasa datang bagi menyertai kejohanan ini. Memang kuat dan berpengalaman. Namun demikian, Pasukan Bn. 18 PGA berjaya juga mencuri satu mata dalam perlawanan tersebut dengan mengikat kedudukan 0 - 0.
Dengan keputusan tersebut, pasukan kami berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua yang dijangka akan berlangsung di Stadium Bolasepak USM pada 12 Disember 2010. Tahniah untuk kami semua..!!! Bravo!Bravo!..


Pendekar Bujang Lapok... L - R: Hamba, Rahman dan Md Diah


di bawah pohon beringin..

Man, tangan tu kasi bawah turun jugak...hihihi


Perlawanan menentang Tiger HC A




Selesai perlawanan terus bersiap sedia untuk pergi merayau-rayau di sekitar jalan berhampiran Komtar. Ada juga yang menggunakan kesempatan ini untuk duduk berborak sahaja sementara menunggu rakan-rakan yang lain balik dari membeli dan membelah..

Jejaka idaman Malaya...hahaha




Perjalanan balik, hujan telah turun di sekitar Padang Kota. Nak merayau-rayau lagi dah tak boleh, cukuplah sekadar mengambil gambar dari dalam van saja. Dalam pada tu, ada juga pameran kereta berhias dari pelbagai jenis...berdentum dan berdentam bunyi..dari perhiasan kereta sehinggalah sistem bunyi, macam nak pecah dada mendengarnya...tapi layannnnn..!!!
Walau apapun balik tetap balik. Bukan balik kampung tapi balik ke tempat penginapan. Penginapan kali ini ditaja oleh Man Siam Trading Sdn. Bhd. Terima kasih banyaklah Hamba ucapkan. Tahun depan kami jemput lagi. Bukan sebarang hotel...Hotel Summit Bukit Mertajam...siap ada boling lagi. Boling pun ada juga lawannya. Siap ada hadiah lagi..malam nanti adalah penentunya.

Perjalanan balik ke Hotel Summit...

Dalam lif hotel..L - R: Kpl Jane dan Khirul Anuar


check in bilik 822 dan 834..jgn hangpa pi tikam sudahlah...hehehe

malam yang dinantikan...pelbagai gaya dan skil..janji hangpa semua bahagia

Rahman di samping pemenang kedua pada tahun ni..


mak aiiii...kalah lagi aku tahun ni.....Abg Ali, tahun depan spin lebih sikit..

hmmm..kalah juga L - R: Rahman, Md Diah dan Jane (Johan 2 tahun berturut-turut)

Selesai sudah acara selingan pada malam tu, sebenar acara boling ni adalah menjadi tradisi bagi pasukan hoki bertujuan untuk menghiburkan hati setelah seharian penat bermain hoki. Satu riadah yang sihat kerana dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan yang erat di kalangan pemain-pemain. Itulah sebenarnya tujuan acara boling ini diwujudkan dan sehingga sekarang ianya telah menjangkau ke angka 7 tahun berturut-turut. Tahniah juga untuk anda semua..!!! Jom.. apa lagi tidoq awai sebab esok ada game lagi..... Jam 10 malam semua masuk bilik..
Tepat jam 6.45 pagi tayar van dah golek menuju ke USM, Pulau Pinang. Pagi ni hujan awal-awal lagi dah mencurah-curah turun. Walaupun hujan, perjalanan tetap berjalan dengan lancar.
Jam 7.30 pagi kami selamat sampai di Stadium Bolasepak USM. Waktu ni hujan pun dah berhenti.


sampai di pintu masuk USM, pintu keluar tak jumpa lagi...




Suasana di sekitar stadium...





sempat lagi posing...sat lagi tak sempat dah...

Tepat jam 8.30 pagi, setelah perjuangan pasukan kami berjaya melangkah ke Pusingan Kedua, dengan semangat yang membara akan cuba membuat keputusan yang mengejutkan bagi mencerahkan peluang ke Suku Akhir sekaligus memecah rekod penampilan pasukan ini selama 7 tahun berturut-turut. Selama ini kejayaan pasukan kami hanyalah setakat Pusingan Kedua sahaja, baik dalam Kategori Veteran mahupun dalam Kategori Lelaki Terbuka.
Dalam perlawanan ini, pasukan Bn. 18 PGA akan bertemu dengan Pasukan Tiger HC B (RAMD) (adik beradik dengan Tiger HC A, sepupu sepapat dengan Tiger Woods..hehehe).
Bagaikan telah ditakdirkan, dengan rasa belas kasihan yang teramat sangat kepada pasukan lawan, maka, dalam perlawanan tersebut pasukan kami telah berjaya memberikan kemenangan kepada pihak lawan dengan keputusan 0 - 2. Dengan keputusan tersebut, maka, berakhirlah perjuangan pasukan Bn. 18 PGA di dalam Kejohanan Pesta Hoki International Tahun 2010. Walaupun hajat tak kesampaian, namun dari segi prestasi dan semangat melawan, kami tidak kalah. Faktor usia juga adalah memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan yang kami lalui. Namun apa yang pasti, setiap pertandingan ada kalah dan menang..tapi kami tetap berbangga keranan kalah kami adalah kalah yang bermaruah...lawan tetap lawan...!!!!
Apa yang pasti, tahun hadapan pasti kami datang lagi...erti putus asa tiada dalam kamus kehidupan pemain-pemain hoki Bn. 18 PGA...!! Sehingga berjumpa di lain kejohanan...Insyallah.

Man Sian...tahun depan mai lagi nooo...


L - R: Tuan Rozlad (Team Manager), Rahman, Ibrahim


Tempahan gambar untuk kenangan..mula-mula kata RM4 sekeping, at last jadi RM5..cakap berbelit macam lidah biawak jugak....


baru dok print...hai, lambat sangat.....


Sjn Ahmad Feruz berbaju kuning...

Dalam perjalanan pulang, contact kawan di IPD Kulim, Sjn Ahmad Feiruz, sepatutnya kawan ni memang join with us untuk team hoki Bn. 18 PGA, disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, hajat tu tak kesampaian. Sebagai upahnya nasi kandar kat Pekan Kulim jadi galang gantinya. Apa lagi, masing-masing pakat dok bedal sakanlah.....terima kasih diucapkan kepada sahabat Hamba ni, tak pa tahun depan kita ejas lain.

Gendang gendut, tali kecapi, kenyang perut, suka hati...freee...!!

Rasanya cukuplah sampai di sini sahaja nukilan Hamba pada edisi akhir tahun ini. Insyallah tahun hadapan dengan semangat, tekad dan azam yang lain pulak. Tapi yang pastinya kayuh tetap kayuh, lawan tetap lawan....satukan ia agar menjadi realiti...
Dan kepada sahabat handai, teman-teman yang telah sudi menaja pasukan hoki Bn. 18 PGA pada tahun ini, Hamba mengambil kesempatan ini serta mewakili Pengurus Pasukan C/Insp. Mohd Rodzlad yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan tugas-tugas yang mustahak, merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua. Segala pengorbanan, baik dari segi tenaga, keringat dan wang ringgit yang disumbangkan hanya Allah swt sahaja yang membalasnya. Semoga kerjasama ini akan berterusan di hari-hari yang akan datang. Sehingga kita bertemu lagi di lain lembaran, tahun dan suasana.... jumpa nanti..!!!! ok, chowwwwwwww
Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment