I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Sunday, January 9, 2011

BREAKFAST DI BETONG

Tarikh: 09/01/2011
Masa: 0715 pag
Cuaca: Teramatlah cantiknyaaa...
Jarak: 43.26 km
Lokasi: Tmn Tasek Permai - Gunung Inas - Pengkalan Hulu - Betong - Tmn Tasek Permai

KPL YUS: hehehe, gagah dan perkasa..

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia....

Rasanya belum terlambat lagi untuk Hamba mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pengunjung-pengunjung yang sudi menjengah blog Hamba ini. Harapan dan doa dari Hamba agar kalian semua dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang mantap dan dipermudahkan segala urusan di dunia ini.
Untuk pengetahuan pengunjung yang budiman semua, kayuhan pagi Hamba rancang untuk ke Gunung Inas saja memandangkan ini adalah kayuhan pertama dalam tahun 2011 ini. Hajat untuk melayan Inas, akhirnya tercapai walaupun ianya dilakukan secara berseorangan. Cuaca pun amat baik tetapi berangin. Peluh tak sempat nak keluar, asal keluar saja angin sampai..alamatnya sepanjang kayuhan di Inas memang tak berpeluh langsung. Namun demikian kayuhan Hamba tetap maintainnnn...walaupun lama tak kayuh..!!

pagi ni Kpl Yus bawa 'bekalan' yang mencukupi..
Dalam perjalanan balik dalam jam 7.55 pagi, Hamba lajak ke Pekan Kroh untuk tujuan memeluhkan jugak diri ini, sampai kat depan Petronas terserempak dengan Group Tuan Fadzil and The Gang..!!. Mereka ini baru saja nak memulakan kayuhan. Sampai di sana terus Tuan Fadzil mempelawa untuk menyertai kumpulannya. Fikir punya fikir ada baik juga Hamba menerima pelawaan tersebut lagipun dah agak lama tak ke sana. Akhirnya Hamba ikut....jom kita ikut sekali..!!! Kayuhan Breakfast Di Betong....Mulanya di sini...jam 8.00 pagi tayar dah golek menuju ke sanaaa.... Selain dari Tuan Fadzil, kayuhan ini jugak turut disertai Sjn Mail dan Kpl Yus.

TUAN FADZIL: Tetap maintain, slim saja..
Jam 8.45 pagi, kami telah selamat sampai di Pekan Betong. Suasana masih lengang. Cuaca pun cantik. Dingin. Sebelum sampai di sini, Tuan Fadzil dah khabarkan kepada kami semua untuk bersarapan di kedai makan yang berhadapan Kedai Amin Beskal. Matlamatnya untuk pekena Nasi Pak Malau...hahaha, Nasi Daganglah tuuu, jangan terkejut..Betong pun ada jugak nasi ni termasuklah jugak roti canai.

'white horse' pun ada juga...

Sjn Mail tengah dok tengok menu....

PRIHATIN: Tolong parkingkan beskal anak buahnya...

Tengah dok pilih lauk nasi dagang..
Suasana di kedai ni pun agak lengang. Mungkin masih awal lagi. Apa-apa pun kita order dulu. Makanan pun agak sedap jugak tapi tak dapatlah menandingi kelazatan nasi dagang hat di Malaysia punya..belasah tetap belasah. Kayuhan Breakfast Di Betong ini ditaja sepenuhnya oleh Tuan Fadzil. Terima kasihlah Tuan, harap-harap ada lagi kayuhan ke Betong di masa-masa akan datang...hehehe.

Roti canai pun adaaaa...

Lepak punya lepak, sembang punya sembang jam dah pun pukul 9.30 pagi. Perut dah kenyang mata pun dah cerah kembali...dalam dok prepair untuk kayuhan balik, Tuan Fadzil bagi cadangan untuk buat kayuhan cuci mata...hahaha, dalam maksud Tuan Fadzil tuuuu. Untuk lebih mencerahkan mata yang sememangnya dah cerah macam spotlihgt tu..cadangan pun diterima oleh semua ahli kongres. Lagi pun Tuan Fadzil ada seorang kawan dia nak jumpa kat Kelab Butterfly. Jom pi cuci mata..!!!

Inilah rupanya hasil belasahan pagi ni..

Tu dia..!! nasib baik tulang tu tak boleh makan




Depan tu..Kelab Butterfly..



KIRI: Dr Ravin..

Setelah sampai di hadapan kelab tersebut, maka, kawan yang dimaksudkan oleh Tuan Fadzil pun sampai berseorangan, walaupun tadi masa di dalam kenderaan Tut-tut ada seorang perempuan. Mungkin isterinya atau a**mnya kut...lu orang fikirlah sendiri..!!! Kawan Tuan Fadzil ni namanya Dr. Ravin, nice person, peramah pulak tu...buka klinik kat Ipoh..Ipoh mali maaa...
Agak lama jugak berborak dgn beliau..jam semakin meningkat ke angka 10.15 pagi. At last, masing-masing memohon untuk beredar kerana ada urusan lain yang perlu dibuat. Dalam perjalanan balik hanya kami bertiga sahaja yang terdiri dari Sjn Mail, Kpl Yus Hamba sendiri. Jam 11.10 pagi dah selamat sampai di teratak Hamba, Taman Tasek Permai...jumpa nanti..!!!
Wassalammm...ok, choww!

1 comment:

  1. nice ride.. selalu nampak otai-otai ni biking kat sana.. best la..

    ReplyDelete