I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Saturday, April 9, 2011

Alhamdulillah..terlaksana sudah..!!!

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW bersabda maksudnya:
" sesiapa melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia, Allah swt akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah swt akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah swt akan menutup keburukannya di dunia dan di akhirat dan Allah swt pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya "


Tarikh: 9/4/2011
Lokasi: Masjid Sg. Karangan - Padang Meha - Sg. Kob - Taman Mutiara
Cuaca: Teramatlah cantiknya
Peserta: Lebih kurang 150 orang dari pelbagai pelusok Daerah (Pulau Pinang, Perlis, Kepala Batas, Seberang Jaya, Sg. Petani, Alor Setar, Jitra, Baling dan Pengkalan Hulu)
Jarak Kayuhan: 37.10 km

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia buat saudara saudari, adik kakak, tua muda serta rakan-rakan yang masih mengingati akan diri Hamba ini.

Puas..!!! itulah perkataan yang terpahat di memori Hamba apabila selesai kayuhan terakhir di Masjid Sg. Karangan. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah perkenanNya telah mempermudahkan segala urusan di atas Kayuhan Amal ini. Semoga Allah swt memberkati segala usaha yang telah kita jayakan ini..Aminnn

dok setting apa lagi Abang Razif...

Group Shukri Siong..baru sampai ...

Jam 7.25 pagi, 9/4/2011, Hamba bersama Razif Baling (RB) dan Group Shukri Siong yang terdiri dari Saudara Din dan Saudara Sumi bergerak ke destinasi untuk memulakan Kayuhan Amal. Perjalanan berjalan lancar sehinggalah tayar kereta Hamba mencecah perkarangan Masjid Sg. Karangan pada jam 7.50 pagi. Dah setting apa yang patut, tunggu call dari Group AlHaj (Abg Ramly SP) untuk sama-sama menyertai kumpulan dari Sg. Petani. Jam 10.10 pagi dari persimpangan Padang Meha bersama-sama dengan Group Sg. Petani bergerak menuju ke Sg. Kob. Perjalanan bertambah meriah apabila kumpulan ini bercantum dengan Group Abang Megat. Dianggarkan pada saat ini semua peserta hampir mencecah dalam 150 orang.





Abang Rani..RCT, hensem tuuu...tapi isteri pun ikut sama

bersama Bad..from Gurun, jauhnyaaaaa...

Jam 10.35 pagi, kesemua peserta sekali lagi berkumpul di Petronas Sg. Kob untuk bersatu kembali dan akan bergerak beramai-ramai menuju ke rumah Saudara Tarmizi di Taman Mutiara. Keadaan bertambah sesak apabila melalui jalan menuju ke taman. Namun begitu suasana ceria, gurau senda tetap terpancar di setiap peserta. Jam 10.45 pagi, bertempat di No. 2304, Taman Mutiara, Sg. Kob, maka, berlabuhlah semua peserta di teratak berkenaan. Semuanya berkumpul demi untuk satu kayuhan.


sempoi....bersama anaknya, thumbs up bro..!!!

kuda jinak tak payah tambat...white horse hambalah ni..

di perkarangan rumah Saudara Tarmizi

Dan pada saat ini, ketika ini dan di waktu ini buat Saudara Tarmizi sekeluarga, kami datang dari seluruh pelusuk daerah utara ini untuk turut sama meringankan beban sambil menderma demi seorang anak yang bernama Muhammad Arif Aizuddin. Inilah yang dikatakan takdir, manusia hanya merancang tapi Allah swt sahaja yang menentukan. Sekiranya nawaitu kita bersih lagi suci dengan niat yang satu tanpa berbelah bahagi, Insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Anggaran awal hasil derma pada mulanya hanyalah di sekitar dalam RM2 ribu lebih tetapi di akhir acara ini wang yang terkumpul keseluruhannya adalah melebihi dari target iaitu mencecah ke RM5, 800.00. Dengan jumlah tersebut juga penganjur bersama selain dari Abg Ramly SP, iaitu Saudara Abg Megat telah menyerahkannya kepada Saudara Tarmizi (Mizivenzo). Dari luahan yang diungkapkan oleh beliau ketika upacara penyerahan tersebut, rasa nak menangis dan terharu semua ada...tak pa Mizi, hari ni, hari anda, berikan kami sedikit waktu untuk merasai saat-saat hiba ini bersama anda sekeluarga. Apa yang penting, hari ini kami sama-sama merasai penderitaan anda sekeluarga, walaupun tak pernah bertegur sapa dan mengenali diri anda dengan lebih dekat.
otai-otai yang menjayakan kayuhan ini...

Penyerahan derma untuk Adik Muhammad Arif Aizuddin

lelongan beskal pun ada harga RM700.00, zaman Malaya punyaa...

untuk kenangan dan bukti kata mai sini..hehehe

Kayuhan masa balik jumpa Group RedFlag, Jitra mari maaa..!!

Dengan kayuhan ini, Hamba dapat bertemu dan bertanya khabar begitu jugak dengan lain-lain peserta yang menjayakan Kayuhan Amal ini. Jika selama ini, kita hanya mengenali di ruangan Facebook dan blog sahaja dan kini semua bertemu demi untuk satu tujuan, satu destinasi dan satu realiti; meringankan beban yang sekarang ditanggung oleh anda...Subhanallah...




Pencetus idea kayuhan..AlHaj

comey-comeynya....nanti jumpa lagi..hahaha

Seringkali kita bertanyakan serta mempersoalkan soalan-soalan seperti; berapa ribu wheel set tu? Beratus pun ada, beribu pun ada jugak..atau; berapa ribu frame beskal tu? Ooooo...itu mahal tuuuu..adalah dalam dua tiga ribu jugak, dan ada juga orang bertanya berapa bro tikam hari ni...? Dengan bangganya menjawab; ada la kadang-kadang puluh saja, kadang-kadang ratus jugak. Kadang-kadang saya kena, kadang-kadang tokey nombor kena, tapi yang selalunya saya yang terkena..hahaha.... semuanya itu adalah realiti. Jadi apa salahnya dalam situasi yang sama kita sumbangkan sedikit dari hasil pendapatan kita selain kepada LHDN, kita salurkan kepada aktiviti-aktiviti amal sepertimana yang telah diusahakan oleh otai-otai basikal seperti Abg, Hj. Ramly SP, Abang Megat dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kayuhan Amal ini...ini pun saham jugak..Amanah Saham Akhirat (ASA).

sebait bicara dari Tuan Rumah....terharu...

Jam 11.10 pagi selesai sudah semua acara, Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kepada Yang Maha Esa di atas keizinanNya dan keredhaanNya telah memberkati usaha murni ini. Sesungguhnya ya Allah, Kami menadah tangan mengucap syukur ke hadrat Mu, kerana telah mempermudahkan serta melindungi kami semua dalam menjayakan Kayuhan Amal untuk Adik Muhammad Arif Aizuddin dan harapan kami Engkau berilah kesihatan yang baik kepada anak berkenaan dan Engkau berilah rezeki kepada keluarga ini demi untuk mengubati penyakit anaknya. Kepada Mu jualah kami memohon, agar permudahkan segala urusan akan keluarga ini sehingga kesihatan anak ini sembuh..sesungguhnya hanya kepadaMu sahaja kami memohon pertolongan dan bantuan serta keberkatan dalam kehidupan kami di sepanjang menumpang di bumi Mu ini..Aminnnn.
kata-kata aluan dari Penganjur...

Jam 12.25 tengahari, kumpulan kami bergerak pulang dari Masjid Sg. Karangan menuju ke destinasi Baling dan Pengkalan Hulu, Perak. Tepat jam 1.00 tengahari semuanya selamat sampai. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt.

Tambah ImejTambah Imejdan lagi bergambar dengan Group RedFlag...

Dan kepada semua Ahli-ahli Jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun bukan secara langsung dalam menjayakan Kayuhan Amal Adik Muhammad Arif Aizuddin ini, Hamba mengucapkan syabas dan tahniah serta sekalung penghargaan kepada anda semua di atas tanggungjawab yang dilaksanakan dengan cemerlang. Sehingga kita bertemu di lain kayuhan..Insyallah di acara yang sama, dengan satu tujuan dan satu tekad...Kayuhan sambil beramal.

dah selamat sampai di Masjid Sg. Karangan

Kepada rakan-rakan kayuhan terutama Shukri Siong, terima kasih diatas sumbangan makan tengahari di Restoran Ikan Bakar, Baling, rakan dari RedFlag, anda semua memang friendly serta buat Raja Azrifuddin memang anda seorang yang sempoi walaupun pertama kali berjumpa di arena kayuhan, buat Odd kalau terbaca akan blog Hamba ni, hajat tak kesampaian nak jumpa sebab dok cari jugak di manakah gerangan Tuan Hamba, tup!tup datang dengan pakaian smart (tak kayuh la tu..hihihi) itu pun selepas terpandang dalam FB, apapun jika berkesempatan Insyallah jumpalah tu...kepada marshall-marshall yang bertungkus lumus menjaga keselamatan, terima kasih diucapkan serta juga support cars, terima kasih dilafazkan diatas sokongan anda semua...
Tatapan memori indah Kayuhan Amal...sentiasa bersama..!!

Jumpa nanti di lain episod, ok chowwww...Wassalam.

No comments:

Post a Comment