I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Saturday, July 9, 2011

Golf lagi daa...!!!


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
Hamba bersua kembali menemui rakan-rakan yang telah sekian lama Hamba tinggalkan. Sememangnya sewaktu ketiadaan Hamba ke udara di arena blog ini, sudah pastilah tiada berita yang dapat dikongsi..kalau kayuh pun sekadar memanaskan badan sahaja, tiada event yang nak disertai..almaklumlah, dalam sebulan dua ini aktiviti golfing mendahului keaktivitan kayuhan. Apa-apapun demi untuk semua pembaca-pembaca terutamanya yang seringkali melayari blog Hamba ni, hanya ini sahajalah secebis berita yang dapat disisipkan untuk kali ini...layannnn..

Tarikh: 6 -7 Julai 2011
Tempat: Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang
Kursus: Pengurusan Sukan ( Etika dan Klinik Golf)
Peserta: 40 Orang
Tenaga Pengajar: Pro En. Ahmad bin Jamil dan En. Mohd Rizam
Penganjur: Kolej Komuniti Gerik

L - R: Saudara Ahmad Jamil (Pro Bukit Jawi Golf Resort
dan Saudara Mohd Rizam (Pro Kelab Golf Darulaman)

Terlalu banyak manfaat yang dapat dikutip sepanjang kursus tersebut berlangsung. Kebanyakan dari kalangan pemain golf memang boleh bermain tetapi tak ramai yang mengamalkan etika dan teknik ketika bermain. Melalui kursus ini, semuanya telah diajar dan diberitahu oleh kedua-dua Pro Golfers berkenaan.
Bermula 6/7/2011 jam 11.00 pagi, dari asas pukulan, memegang, hayunan dan sebagainya telah dipraktikkan di 'driving range' Kelab Golf Bukit Jawi. Seterusnya diikuti pada sessi petang dengan bermain golf 18 lubang di Lapangan Tasik(Lake Course). Lapangan ini terdapat begitu banyak kolam-kolam yang terbentang di depan mata dengan ada sesetengah hole nya begitu jauh yang melebihi 400 m. Apa pun memang enjoy bermain di lapangan ini.

Saujana mata memandang....salah satu pemandangan di PAR 4


Suasana malam di resort...

Hari Ke 2, 7/7/2011 jam 7.30 pagi, peserta kursus akan dihidangkan pula dalam satu kejohanan golf yang diberi nama DK Golf Challenge bersempena dengan pengasas kejohanan ini yang bernama Dato' Karim bin Osman, Mantan Presiden Kelab Golf Pengkalan Hulu, Perak. Termasuk yang ini, sudah ada 4 siri kejohanan yang telah berjaya dilaksanakan. Lapangan kali ini ialah Lapangan Bukit (Hill Course). Dari maklumat yang diterima, lapangan kali amat mencabar dan teknikal sikit. Disepanjang permainan ini, barulah Hamba tahu apa sebabnya dinamakan Hill Course...memang berbaloi-baloi, sudahlah jaraknya yang amat jauh, ditambah dengan permukaan yang berbukit-bukit. Apapun lapangan ini memang memberi kepuasan bermain kerana di sini, semua yang diajar dan ditekankan sepanjang kursus terpaksa dipraktikkan dengan sebaik yang mungkin. Jika melakukan sedikit kesilapan pukulan atau kesilapan meletakkan bola di fairway, maka, kesannya amat memilukan...stroke bertambahlah, hahahaha..

mengambil angin malam sebelum sessi sebelah malam


Bersama Pro Ahmad Jamil (AR)

tengah dok tunggu hadiah ni...

Keseluruhan di sepanjang Kursus Pengurusan Sukan (Etika & Klinik Golf) ini amatlah berjaya. Tahniah kepada Kolej Komuniti Gerik yang telah menganjurkan kursus tersebut. Kepada staff-staff dan tenaga pengajar yang telah cuba memberi pengurusan dan ilmu golf kepada semua para peserta, hanya sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas tunjuk ajar yang diberikan. Kepada rakan-rakan kursus semua, Insyallah jika berkesempatan dan ada kelapangan masa, kita semua akan berjumpa kembali selepas Hari Raya Aidil Fitri yang akan datang..Insyallah.
Ok, jumpa nanti, wassalam, chowwwww

No comments:

Post a Comment