I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Saturday, November 26, 2011

Kayuhan D'Baling

Tarikh : 26 November 2011
Masa : 0900 pagi
Lokasi : Kompleks Belia Dan Sukan Daerah Baling
Jarak : 38.47 km
Average : 23.7
Maksima Speed : 60
Cuaca : Tak menentu daa..ada kena hujan ada langsung tak kena hujan..cloudy
Penyertaan : Lebih kurang 250 orang..tak termasuk rider hantu..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Sawadikap...hehehe sebab ada siam mari maaa...from Betong, Thailand.

Pintu masuk ke tempat ini...

Hai!hai!hai...rasanya dah cukup lama Hamba tidak menarikan tinta di blog ni. Bukan sibuk atau hilang, cuma penyakit M sekarang sedang melanda. Penyakit Malas daaa...walaubagaimanapun blog ini tetap akan terus berkarya selagi ada idea dan berita..Insyallah.

Hat ni bukan Pintu Masuk Sempadan..ni pintu hadapan kompleks sukan

Santapan pertama Hamba untuk kayuhan di akhir tahun Hijrah ni, sekadar memenuhi citarasa untuk beraksi Kayuhan D' Baling. Selain dari jarak yang dekat dengan Pengkalan Hulu, faktor menjaga silaturrahim sahabat-sahabat juga banyak memainkan peranan untuk Hamba menyertai kayuhan ini. Dah agak lama tak berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sealiran di arena ini. Kalau yang dah tak sealiran pun ada jugak..hari ni dia jadi Paparazi, bukan papa jahat, siapa lagi kalau bukan Bro Razif, tapi hari ni dia dah tukar nama kepada Paparazif..hehehe jangan Bang..nanti jumpa, kita kayuh lain pulak seperti yang telah dirancang...tungguuuu..!!!!

Bersama juara 3 kali berturut-turut, Saudara Razak dan Ah Hong (Kupang)

Kayuhan pada kali ini bermula agak lewat di sekitar jam 9.00 pagi sebab banyak sangat sessi menunggu dan menunggu..Tengok pada banner yang tergantung masa mula ialah sejam kurang dari masa sebenar. Dan ini juga mengundang rasa kurang senang pada kebanyakkan rider. Apapun tabik juga pada petugas-petugas di meja pendaftaran kerana telah menjalankan tugas dengan agak cemerlang. Mudah dan teratur..Tahniah pada anda semua..!!

Merah sangatlah Mak Ngah..!! Petugas di meja pendaftaran..

Kayuhan yang bermula jam 9.00 pagi itu lebih kepada jalan mendatar sahaja. Secara tidak langsung memberi ruang dan peluang untuk semua riders menguji jentera masing-masing. Ada macam mat rempit pun ada, macam pelesit pun ada jugak..semuanya laju-laju. Kebanyakkan yang muda belialah..memang laju habis.

awai-awai lagi dah sain autograf ... ka tengah bagi no hp

Tapi sayangnya laju mereka tidak ke mana, sebab speed yang telah ditetapkan hanya dalam 20 - 25 saja. Penganjur kata jangan menunggang melebihi had yang ditetapkan. Kalau lebih, saman kasi...hehehe. Mesti ikut 'lead car'. Memangg potong stim sungguhhh...Apapun nasihat penganjur kena ikut demi keselamatan 250 riders yang ada.

comey-comey belaka orang Baling ni ye...


Hahh..hat ni Hamba punya nombor..gurkha marah 61..hahaha

Dalam dok nasihat pun ada juga sesetengah rider yang bertindak berani mati jugak..nasib baiklah semuanya berjalan lancar kerana kecekapan semua Marshall yang bertugas dengan komitmen yang padu serta komited dalam tugas demi menjaga keselamatan peserta-peserta Kayuhan D' Baling.

No bertuah..memang bertuah sebab dapat hadiah cabutan bertuah, cuma nama saja bukan tuah, kalau tak, bawa balik beskal sebiji, Ni Razak punya nombor...


Tentative...haluih sangat....

Pada kayuhan ini, laluan yang dihidangkan amat menepati selera. Ada mendatar, ada menjunam dan ada yang menaik. Yang kayuh macam ulaq pun ada, siap buat zig zag lagi, kalau yang kuat terus menaik saja, yang kuat lagi pun ada jugak...hat ni dia tolak beskal lahhh...hehehe

Tuan punya nombor 001, 007 James Bond punya, kalau 000 Jebon punya..!!



061..pun bertuah jugak...tak percaya tengok nanti



Dan di kesempatan ini, Hamba merakamkan jutaan tahniah kepada pihak penganjur yang telah cuba menjadikan kayuhan ini yang terbaik, walaupun ianya merupakan kali pertama dianjurkan. Kepada Bro Asri dan kakitangan-kakitangan Kayuhan D'Baling ini diharapkan pada tahun yang akan datang agar dapat menarik lebih ramai lagi peminat-peminat basikal datang ke Baling. Walaupun terdapat beberapa insiden-insiden kecil, namun semua itu merupakan asam garam dalam setiap penganjuran.

T Shirt dari pihak Penganjur...sebatu dah nampak..!!


'white horse' naik kereta hari ni...

Dan kepada semua sahabat-sahabat di arena kayuhan ini, harapan dan niat Hamba agar kita dapat bertemu lagi di lain venue, di lain tempat, di lain lokasi tapi atas tujuan dan matlamat yang sama..iaitu kayuh. Selagi berdetik degup jantung, selagi diberi olehNya kesihatan yang baik, Insyallah kita akan berjumpa kembali.
Wassalam...ok chowwww..
Ketibaan para peserta kayuhan...


bersama otai beskal..Abang Megat and Family...


Bro dari Tebuan Riders..patah kaki masa round Penang


telefon awek tak sampai-sampai lagi ni....


Jejaka idaman Malaya...ASP Fadzil, maintainnnnn selalu....


Ah Hong dan Tauke Jam dari Pengkalan Hulu....


Awas..!! kawasan tebuan niii...


Orang Kuat (Giant) di sebalik penganjuran ni..Saudara Asri...syabas betey


Sessi menunggu...


Tebuan Riders...L - R :ASP Yuseri (Bn. 18 PGA) dan sahabat..


Bergambar dengan Tebuan...sampai bengkak-bengkak perut kena sengat...hehehe


Test kamera sahabat....hehehe


Saudara Razak 001...


Ambulan disediakan kepada rider yang kena sengat dan kehilangan tenaga...


Sessi menunggu lagi...



Muka tatak senyum..boringggggg...!!!


Saudara Azhar..memang ada potensi, kena upgrade saja beskal tu...



sihat selalu....



Kat starting block..tunggu time..!!!


belum kayuh dah peluh..panas-panas


pemandang dari belakang Pekan Baling...memang cantik ..!!


sayup mata memandang......


Check Point di Bukit Rambung...mintak nyawa masa kat sini...


sempat lagi...sebenarnya nak ambik gambar pisang.....hehehe



hujan dah turunnnnnn...!! belemoihlah beskal...



Hadiah Cabutan Bonanza...fixie


Hadiah Utama Bonanza...MTB


Hamper kepada yang bertuah saja......


jarak yang terpahat di Mata Kucing Hamba...


Macam kat kedai nomborlah pulak...cabutan lucky draw


'white horse' ada tuah hari ni...'suspension' terbaik...


kan dah kata..!! Kenapa, tak percaya ka..!?


tak dapat beskal, yang ni pun ok lahhh..



sahabat dari Kulim, Kedah. No tak naik lagi..


Pihak RTM sedang menemuramah pihak penganjur...


Temuramah wakil dari Betong, Thailand


sessi cabutan bertuah....

Kayuh Tetap Kayuh Beb..!!!! happy riding..!!!!!