I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Thursday, April 15, 2010

Latihan Sendirian..


Tarikh: 15 April 2010
Jam: 5.45 petang
Cuaca: Lit lit lagi
Jarak: 28.4 km
Lokasi : Tmn Tasek Permai - Pdg Tamat-
Kg. Selarong - Ayaq Panas - Sempadan Mal/Thai -
Tmn. Tasek Permai
Max Speed : 39.7

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
Hari ni Hamba kembali lagi dengan niat untuk melakukan latihan sendirian. Lebih kurang seminggu dok terperap kat rumah. Nak main golf pun tak cukup kaki. Ada kaki pun kena gigitan 'kambing', mau tak mau fizikal kena maintain juga. Betong Of Road dah nak dekat, jadi tanpa membuang masa Hamba pun capai 'White Horse' terus memacunya. Fizikal hari rasa dah kembali normal.. Alhamdulillah.
Pertama sekali target Hamba bukit di Kg Pdg Tamat. Banyak versi climbing di sini. Hamba pilih yang medium saja. Mudah dan selamat. Takut juga bila ambik yang ganas nanti, injured, pasti menyesal..
Sepanjang perjalanan ke lokasi tu, ada juga Hamba sempat mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca blog ini. Yang di atas ni kalau nak tau ialah 'Rumah Bujang' siap bagi tanah lot sorang. Batu bata ada orang tolong sponsored. Bertuahnya badan. Sebenarnya itu adalah Jirat Cina. Kalau nak booking pun boleh, nak order pun boleh.. he3

Hat ni, downhill landai, syok juga layan ni, kepada visitors yang nak mai dan yang dah sampai Betong pasti akan terperasan laluan ni..

Daki...salah satu trek pendakian menuju ke puncak..

CONFIUS...! macamana boleh jadi lagu ni... target ke Kg. Padang Tamat apasal ke Sungai Petani pulak. Tak jauh dah lagi 71 km saja..

UP HILL.. inilah kegemaran Hamba. Tapi medium saiz saja

Dari atas puncak Kg. Padang Tamat ini kita akan perolehi panorama yang agak menarik. Nun di sana ialah MRSM Pengkalan Hulu, Perak. Luas jugak kawasan ni.

Dari Kg. Padang Tamat, Hamba menyusuri jalan Pekan Kroh menuju ke satu kampung lagi. Bukan Kg. Pinang Sebatang tapi Kg. Selarong. Perkampungan ini agak terkenal kerana di destinasi ini lah banyak pengarah-pengarah drama datang untuk membuat cerita. Termasuk yang terkini drama 'RAMBUNG' lakonan Eman Manan. Ianya juga tiada kena mengena dengan gambar di atas. Apapun destinasi Kg. Tasek juga banyak nilai-nilai kebudayaan dari masyarakat Siam. Nak terjah pun, sonkran dah habis... melepas lah lagi....

BUKIT... sekali lagi uphill menanti di kg. tersebut. Ada dalam 2 km..

PAR.. hat ni bukan PAR golf.. tapi kedai jual cat jenama Par. Siap dengan no. telefon lagi..

AWAS... awas pun kena bedal jugak.. pasai apa jadi macam tu

OFF ROAD... salah satu laluan sunyi dan sepi...

blurr lah pulak..

ASKAR PUNYA....ini adalah Kem RS 3, Pengkalan Hulu... tempat perwira negara
menyusun strategi..

DOWNHILL...turun bukit serta pemandangan selepas kem askar

PDRM... ini pintu gerbang kepunyaan Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA).. cantik tempat ni dan banyak tersimpan sejarah penentangan pengganas komunis serta kejayaan batalion ini dalam menghapuskan komunis. Sejarah tentang bangunan dan anggota Senoi Praaq dan juga kebanggaan Beret Maroon. Insyallah jika ada masa akan Hamba huraikan betapa uniknya batalion ini... tak lama lagi dah nak masuk rumah baru.... bini pun baru jugak ke..? Kalau berani...

Seterusnya Hamba menghala ke Sempadan Mal/Thai melalui Kg. Air Panas. Sebelum itu langkah Hamba terhenti sejenak menapak ke Taman Riah. Bukan apa.. sebab nampak bukit. Pantang nampak, pasti nak panjat..
Dari atas bukit Taman Riah.

Curamnyaaa....

Downhill... Baru bikin maa..

Dan akhirnya sampailah ke destinasi Sempadan Mal/Thai.

BUKIT... tak berani panjat sebab ada pagaq, sangkut kat situ jenuh pulak lepas...tengok sajalah

Perjalanan balik.... syok layan jalan ni...landai

Beramal kepada yang memerlukan... Rumah Yayasan Anak-anak Yatim Al-Taqwa, Kg. Air Panas... sumbangan diperlukan...
Dengan itu, berakhirlah latihan terakhir Hamba sebelum menuju ke Betong Off Road pada 17 April 2010 nanti. Esok Hamba ada agenda kat padang golf pulak. Memotong dan menebas mana-mana rumput yang panjang. Lama dah tak turun gelanggang ni. Semuanya pasal gigitan 'kambing' punya hal. Apa-apa pun layan lah mana yang patut. Ok, chowww... Wassalam.

Wednesday, April 7, 2010

Renung Sejenak...

Khamis: 08 April 2010

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Hari ini Hamba akan membawa anda semua lain dari topik yang sedia ada. Walaupun ianya berlainan, namun fokus tetap juga berlegar diruang pemikiran, iaitu kesihatan. Dalam pada itu, aktiviti ini juga telah menjadi satu rutin pada Hamba setiap hari minggu selain dari berkayuh. Lagipun Hamba lebih mengenali sukan berkenaan sebelum mengenali arena MTB. Sekalipun sukan berbeza tapi apa yang pasti ianya menuju ke satu destinasi, satu tujuan serta ke satu puncak...bukan AF hah! .. istilah yang diberi nama kesihatan dan kecergasan..

Selain dari matlamat tersebut, objektif Hamba juga memberi ruang dan peluang kepada semua yang menatapi blog ini yang mempunyai kemahiran dalam aktiviti tersebut agar lebih mengenali dengan lebih dekat Kelab Golf Pengkalan Hulu (KGPH) yang berpaksi di Daerah Pengkalan Hulu, Perak ini. KGPH hanya terletak lebih kurang 1km dari pekan. Kelab yang menawarkan 'Green Fees' termurah iaitu RM30.00 bagi pemain-pemain golf yang ingin menikmati lapangan ini. Kemudahan 'buggy' juga ada disediakan di kelab ini. Perkhidmatan ini dikenakan sebanyak RM10.00 seorang bagi 9 lubang yang pertama. Layanan lapangan ini juga amat mencabar kerana dari aspek geografinya yang agak berbukit dan sudah pastinya ianya memerlukan fizikal yang mantap untuk 'melayari bahtera' ini. Keseluruhan lapangan ini mempunyai 9 lubang yang terdiri dari tiga Par 3, dua Par 5 dan empat Par 4. Sebuah kelab golf yang mempunyai jarak yang pendek namun tetap memberi implikasi dan cabaran terutamanya bagi yang baru menceburi sukan ini. Par 3 yang terpanjang di lapangan ini ialah 213 meter di Hole No. 2, bagi Par 4 dengan jarak 338 meter di Hole 5 dan Par 5 terpanjang ialah 511 meter di Hole 8.

Justeru itu, bagi riders yang akan bertandang untuk Betong Off Road pada 17 April 2010 ini, jika anda berkesempatan, datanglah melayani lapangan ini. Di bawah ini terdapat beberapa keping gambar yang sempat Hamba 'snap' untuk tatapan pembaca sekalian... layannnn..

Pintu masuk ke Kelab Golf Pengkalan Hulu (KGPH)

Simpang masuk ke kelab

Pejabat KGPH

Kemudahan kafeteria juga disediakan

Tempat letak kenderaan


Tee Box Hole No. 1

Tempat penginapan yang sedang dalam proses pembinaan


Par 5, 511 meter Hole No. 8


Juga dikelilingi bukit bukau
Suasana yang damai dan tenang

Sekiranya anda semua sukakan suasana berendam di kolam air panas pada waktu malam, kemudahan tersebut juga boleh didapati di daerah ini. Dalam perjalanan arah ke pintu sempadan, perhatian anda juga tentu akan terarah kepada Papan Tanda yang menunjukkan destinasi tersebut. Ianya lebih dikenali sebagai Chalet Air Panas bagi penduduk di daerah ini. Untuk huraian yang lebih lanjut akan Hamba terjemahkan ia pada episod yang akan datang. Insyallah.. ok, jumpa lagi di lain kesempatan...chowww. Wassalam

Sunday, April 4, 2010

Hari-Hari Yang Berlalu...



Isnin- 05 April 2010


Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...


Dah beberapa hari Hamba tak up date blog. Bukannya Hamba merajuk atau boikot, tapi aktiviti yang dilaksanakan pada minggu ini tak berapa nak mencabar dan jika ada sekalipun ianya adalah lebih bersifat riadah dan santai sahaja. Walaubagaimanapun, jari jemari ini sudah terbiasa untuk disetup setiap hari, maka, mahu tak mahu Hamba terpaksa mencari bahan juga untuk dimuatkan ke dalam blog ni. Dibawah ini adalah sebahagian dari rentetan gambar-gambar yang sempat Hamba muatkan pada kali ini.

TOK PENGHULU..nindia 'Tok Batin' MTBkroh, Tn Fadzil bergaya dengan jentera terbarunya...frame saja, yang lain-lain tu belum lagi... yang sebelah tu, yang cantik2, yang putih2 tu sapa punya hah..?

Dalam diam tak diam, suatu hari Tok Penghulu ajak Hamba mencari beberapa bahagian untuk dijodohkan dengan beskalnya, maka, berangkatlah Hamba ke satu destinasi di Yan, Kedah. Punyalah besaq kedai berkenaan.. rupanya gudang beskal. Gudang tersebut hanya mempromosikan dua jenis jenama sahaja iaitu GIANT dan WHEELER. Tang wheeler tu harga kira oklah, yang terkejutnya Hamba ialah harga Giant. Untuk makluman, beskal RB yang warna putih tergantung harganya sahaja mencecah RM32,000.00. Ingatkan RM3,200.00. Rupa-rupanya, kedai ini juga menaja para penunggang beskal gunung untuk Negeri Kedah dan juga Malaysia. Kebetulan pada masa yang sama, jurutera mereka sedang mengupgradekan serta cuba meringankan lagi beskal Giant seorang pelumba MTB wanita Malaysia yang telah memenangi pingat Gangsa Sukan Sea yang lalu. Terlupa pulak Hamba nak mengambil gambaqnya.. rugilah jugak.


COLNAGO... inila Colnago CLX kepunyaan Tn. Fadzil @ Tok Penghulu. Cantik frame dia.. Lepas ni Banding Ride boleh join dengan Al-Haj (Ramlysp) salah seorang otai yang disegani..sorang-sorang pun dia kayuh atau boleh juga dengan ZanKX, tuan punya Butik Beskal (BB). Macam-macam ada kat dia, taraf otai jugak..atau yang lebih cun lagi..nindia ODD in the house.. yang ni bukan sebarang orang, asal kayuh beskal saja, pompuan mai kat dia.. belum ngorat lagi tu... Macamana Tok Penghulu... anda sanggupkah..?


WHEELER... antara koleksi yang terdapat di kedai berkenaan..


Dah agak lama dah berkayuh, teringin jugak nak rasa yang ni... soal RM No. 2.. yang penting kepuasan dan kayuhan mesti bagi mantap...



RD... dan FD pun sama jugak jenama dia. Everything Fully XT, target Hamba... Cuma tinggal Shifter saja lagi. Ada orang nak jual ka?


XT... di mana ada kemahuan di situ ada jalan..


Itulah serba sedikit yang dapat Hamba coretkan pada kali ini. Jadi kita jumpa di lain kesempatan. Jika ada coretan ini mengguris hati dan perasaan, Hamba mohon ampun, kerana tujuan Hamba adalah gurauan semata-mata.. ok, choww...Wassalam.

Thursday, April 1, 2010

Sudah Sampai Waktunya...

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Khamis 01 April 2010 :
Inilah 'White Horse' Hamba. Dan seminggu terperuk tanpa bergerak. Maksud kata sudah seminggu jugaklah ianya sakit dan koma. Asal nak bergerak sakit, asal sakit saja bergerak. Pada hemat Hamba, sudah sampai masanya dirawat dan tengok apa yang patut. Nak jumpa bomoh takut jugak, sebab tak ada sijil kedoktoran. Lagipun bomoh sekarang susah nak dipercayai. Kena pulak macam bomoh P. Ramlee.. Bomoh temberang namanya..ha3..
Setelah sekian lama tertangguh, maka, pada hari dan ketika ini, beskal Hamba pun dah tersedia di bilik pembedahan. Dalam situasi yang ketika ini.. tengah dok tunggu doktor sampai. Tepat jam 10.45 pagi tadi, dengan langkah yang penuh confident, sampailah doktor tersebut. Tak ada satu pun alat pembedahan yang dibawa, memadailah dengan seuncang karung yang penuh dengan misteri...

Inilah salah satu bahagian yang akan dibedah sat lagi, 'cassette'.. dah teruk bebenor Hamba tengok. Dah sampai tahap gaban dah ni... Kalau macam ni punya gaya, macam mana nak panjat Gunung Inas..
Aik! dah tak dak. Macam David Blaine lah pulak. Inilah yang Hamba maksudkan tadi. 'Cassette' dahpun berjaya dibedah dengan jayanya oleh 'doktor'. Sapa doktor tu.... tunggu sat, sat lagi dia keluaq la. 'Cassette xt' namanya. Kalau ada rezeki kita up grade lagi mana nak tau kalau boleh, boh enjin Ferrari ka? he3..


Pada firasat Hamba jugak, 'The Doctor' telah berjaya mengubah rantai beskal dari warna hitam ke warna emas. Bukan emas tulen da, eksyen saja. dari maklumat yang diterima, rantai tu nama 'KMC Holo' jadilah, asal tahan lama cukup.

Hah! inilah The Doctor yang Hamba maksudkan. Very simple. Yus sedang melakukan tugas-tugas terakhir...

Rantai dari jenis KMC, bukan Velo punya..

Setelah semuanya siap dan operation pun berakhir dengan cemerlang, gemilang dan terbilang, The Doctor melakukan kerja-kerja pembersihan. Tanpa krew, tanpa pembantu, semuanya tugas dilakukan secara solo saja. Kebersihan didahulukan, kualiti diutamakan.
Dan tepat jam 11.30 pagi, maka, tamatlah sudah episod ini. Sekira ada lagi permintaa dan sambutan akan Hamba lanjutkan lagi perjalanannya... Ok, chowww... Wassalam