I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Saturday, July 9, 2011

Golf lagi daa...!!!


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
Hamba bersua kembali menemui rakan-rakan yang telah sekian lama Hamba tinggalkan. Sememangnya sewaktu ketiadaan Hamba ke udara di arena blog ini, sudah pastilah tiada berita yang dapat dikongsi..kalau kayuh pun sekadar memanaskan badan sahaja, tiada event yang nak disertai..almaklumlah, dalam sebulan dua ini aktiviti golfing mendahului keaktivitan kayuhan. Apa-apapun demi untuk semua pembaca-pembaca terutamanya yang seringkali melayari blog Hamba ni, hanya ini sahajalah secebis berita yang dapat disisipkan untuk kali ini...layannnn..

Tarikh: 6 -7 Julai 2011
Tempat: Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang
Kursus: Pengurusan Sukan ( Etika dan Klinik Golf)
Peserta: 40 Orang
Tenaga Pengajar: Pro En. Ahmad bin Jamil dan En. Mohd Rizam
Penganjur: Kolej Komuniti Gerik

L - R: Saudara Ahmad Jamil (Pro Bukit Jawi Golf Resort
dan Saudara Mohd Rizam (Pro Kelab Golf Darulaman)

Terlalu banyak manfaat yang dapat dikutip sepanjang kursus tersebut berlangsung. Kebanyakan dari kalangan pemain golf memang boleh bermain tetapi tak ramai yang mengamalkan etika dan teknik ketika bermain. Melalui kursus ini, semuanya telah diajar dan diberitahu oleh kedua-dua Pro Golfers berkenaan.
Bermula 6/7/2011 jam 11.00 pagi, dari asas pukulan, memegang, hayunan dan sebagainya telah dipraktikkan di 'driving range' Kelab Golf Bukit Jawi. Seterusnya diikuti pada sessi petang dengan bermain golf 18 lubang di Lapangan Tasik(Lake Course). Lapangan ini terdapat begitu banyak kolam-kolam yang terbentang di depan mata dengan ada sesetengah hole nya begitu jauh yang melebihi 400 m. Apa pun memang enjoy bermain di lapangan ini.

Saujana mata memandang....salah satu pemandangan di PAR 4


Suasana malam di resort...

Hari Ke 2, 7/7/2011 jam 7.30 pagi, peserta kursus akan dihidangkan pula dalam satu kejohanan golf yang diberi nama DK Golf Challenge bersempena dengan pengasas kejohanan ini yang bernama Dato' Karim bin Osman, Mantan Presiden Kelab Golf Pengkalan Hulu, Perak. Termasuk yang ini, sudah ada 4 siri kejohanan yang telah berjaya dilaksanakan. Lapangan kali ini ialah Lapangan Bukit (Hill Course). Dari maklumat yang diterima, lapangan kali amat mencabar dan teknikal sikit. Disepanjang permainan ini, barulah Hamba tahu apa sebabnya dinamakan Hill Course...memang berbaloi-baloi, sudahlah jaraknya yang amat jauh, ditambah dengan permukaan yang berbukit-bukit. Apapun lapangan ini memang memberi kepuasan bermain kerana di sini, semua yang diajar dan ditekankan sepanjang kursus terpaksa dipraktikkan dengan sebaik yang mungkin. Jika melakukan sedikit kesilapan pukulan atau kesilapan meletakkan bola di fairway, maka, kesannya amat memilukan...stroke bertambahlah, hahahaha..

mengambil angin malam sebelum sessi sebelah malam


Bersama Pro Ahmad Jamil (AR)

tengah dok tunggu hadiah ni...

Keseluruhan di sepanjang Kursus Pengurusan Sukan (Etika & Klinik Golf) ini amatlah berjaya. Tahniah kepada Kolej Komuniti Gerik yang telah menganjurkan kursus tersebut. Kepada staff-staff dan tenaga pengajar yang telah cuba memberi pengurusan dan ilmu golf kepada semua para peserta, hanya sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas tunjuk ajar yang diberikan. Kepada rakan-rakan kursus semua, Insyallah jika berkesempatan dan ada kelapangan masa, kita semua akan berjumpa kembali selepas Hari Raya Aidil Fitri yang akan datang..Insyallah.
Ok, jumpa nanti, wassalam, chowwwww

Saturday, April 9, 2011

Alhamdulillah..terlaksana sudah..!!!

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW bersabda maksudnya:
" sesiapa melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia, Allah swt akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah swt akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah swt akan menutup keburukannya di dunia dan di akhirat dan Allah swt pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya "


Tarikh: 9/4/2011
Lokasi: Masjid Sg. Karangan - Padang Meha - Sg. Kob - Taman Mutiara
Cuaca: Teramatlah cantiknya
Peserta: Lebih kurang 150 orang dari pelbagai pelusok Daerah (Pulau Pinang, Perlis, Kepala Batas, Seberang Jaya, Sg. Petani, Alor Setar, Jitra, Baling dan Pengkalan Hulu)
Jarak Kayuhan: 37.10 km

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia buat saudara saudari, adik kakak, tua muda serta rakan-rakan yang masih mengingati akan diri Hamba ini.

Puas..!!! itulah perkataan yang terpahat di memori Hamba apabila selesai kayuhan terakhir di Masjid Sg. Karangan. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah perkenanNya telah mempermudahkan segala urusan di atas Kayuhan Amal ini. Semoga Allah swt memberkati segala usaha yang telah kita jayakan ini..Aminnn

dok setting apa lagi Abang Razif...

Group Shukri Siong..baru sampai ...

Jam 7.25 pagi, 9/4/2011, Hamba bersama Razif Baling (RB) dan Group Shukri Siong yang terdiri dari Saudara Din dan Saudara Sumi bergerak ke destinasi untuk memulakan Kayuhan Amal. Perjalanan berjalan lancar sehinggalah tayar kereta Hamba mencecah perkarangan Masjid Sg. Karangan pada jam 7.50 pagi. Dah setting apa yang patut, tunggu call dari Group AlHaj (Abg Ramly SP) untuk sama-sama menyertai kumpulan dari Sg. Petani. Jam 10.10 pagi dari persimpangan Padang Meha bersama-sama dengan Group Sg. Petani bergerak menuju ke Sg. Kob. Perjalanan bertambah meriah apabila kumpulan ini bercantum dengan Group Abang Megat. Dianggarkan pada saat ini semua peserta hampir mencecah dalam 150 orang.





Abang Rani..RCT, hensem tuuu...tapi isteri pun ikut sama

bersama Bad..from Gurun, jauhnyaaaaa...

Jam 10.35 pagi, kesemua peserta sekali lagi berkumpul di Petronas Sg. Kob untuk bersatu kembali dan akan bergerak beramai-ramai menuju ke rumah Saudara Tarmizi di Taman Mutiara. Keadaan bertambah sesak apabila melalui jalan menuju ke taman. Namun begitu suasana ceria, gurau senda tetap terpancar di setiap peserta. Jam 10.45 pagi, bertempat di No. 2304, Taman Mutiara, Sg. Kob, maka, berlabuhlah semua peserta di teratak berkenaan. Semuanya berkumpul demi untuk satu kayuhan.


sempoi....bersama anaknya, thumbs up bro..!!!

kuda jinak tak payah tambat...white horse hambalah ni..

di perkarangan rumah Saudara Tarmizi

Dan pada saat ini, ketika ini dan di waktu ini buat Saudara Tarmizi sekeluarga, kami datang dari seluruh pelusuk daerah utara ini untuk turut sama meringankan beban sambil menderma demi seorang anak yang bernama Muhammad Arif Aizuddin. Inilah yang dikatakan takdir, manusia hanya merancang tapi Allah swt sahaja yang menentukan. Sekiranya nawaitu kita bersih lagi suci dengan niat yang satu tanpa berbelah bahagi, Insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Anggaran awal hasil derma pada mulanya hanyalah di sekitar dalam RM2 ribu lebih tetapi di akhir acara ini wang yang terkumpul keseluruhannya adalah melebihi dari target iaitu mencecah ke RM5, 800.00. Dengan jumlah tersebut juga penganjur bersama selain dari Abg Ramly SP, iaitu Saudara Abg Megat telah menyerahkannya kepada Saudara Tarmizi (Mizivenzo). Dari luahan yang diungkapkan oleh beliau ketika upacara penyerahan tersebut, rasa nak menangis dan terharu semua ada...tak pa Mizi, hari ni, hari anda, berikan kami sedikit waktu untuk merasai saat-saat hiba ini bersama anda sekeluarga. Apa yang penting, hari ini kami sama-sama merasai penderitaan anda sekeluarga, walaupun tak pernah bertegur sapa dan mengenali diri anda dengan lebih dekat.
otai-otai yang menjayakan kayuhan ini...

Penyerahan derma untuk Adik Muhammad Arif Aizuddin

lelongan beskal pun ada harga RM700.00, zaman Malaya punyaa...

untuk kenangan dan bukti kata mai sini..hehehe

Kayuhan masa balik jumpa Group RedFlag, Jitra mari maaa..!!

Dengan kayuhan ini, Hamba dapat bertemu dan bertanya khabar begitu jugak dengan lain-lain peserta yang menjayakan Kayuhan Amal ini. Jika selama ini, kita hanya mengenali di ruangan Facebook dan blog sahaja dan kini semua bertemu demi untuk satu tujuan, satu destinasi dan satu realiti; meringankan beban yang sekarang ditanggung oleh anda...Subhanallah...




Pencetus idea kayuhan..AlHaj

comey-comeynya....nanti jumpa lagi..hahaha

Seringkali kita bertanyakan serta mempersoalkan soalan-soalan seperti; berapa ribu wheel set tu? Beratus pun ada, beribu pun ada jugak..atau; berapa ribu frame beskal tu? Ooooo...itu mahal tuuuu..adalah dalam dua tiga ribu jugak, dan ada juga orang bertanya berapa bro tikam hari ni...? Dengan bangganya menjawab; ada la kadang-kadang puluh saja, kadang-kadang ratus jugak. Kadang-kadang saya kena, kadang-kadang tokey nombor kena, tapi yang selalunya saya yang terkena..hahaha.... semuanya itu adalah realiti. Jadi apa salahnya dalam situasi yang sama kita sumbangkan sedikit dari hasil pendapatan kita selain kepada LHDN, kita salurkan kepada aktiviti-aktiviti amal sepertimana yang telah diusahakan oleh otai-otai basikal seperti Abg, Hj. Ramly SP, Abang Megat dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kayuhan Amal ini...ini pun saham jugak..Amanah Saham Akhirat (ASA).

sebait bicara dari Tuan Rumah....terharu...

Jam 11.10 pagi selesai sudah semua acara, Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kepada Yang Maha Esa di atas keizinanNya dan keredhaanNya telah memberkati usaha murni ini. Sesungguhnya ya Allah, Kami menadah tangan mengucap syukur ke hadrat Mu, kerana telah mempermudahkan serta melindungi kami semua dalam menjayakan Kayuhan Amal untuk Adik Muhammad Arif Aizuddin dan harapan kami Engkau berilah kesihatan yang baik kepada anak berkenaan dan Engkau berilah rezeki kepada keluarga ini demi untuk mengubati penyakit anaknya. Kepada Mu jualah kami memohon, agar permudahkan segala urusan akan keluarga ini sehingga kesihatan anak ini sembuh..sesungguhnya hanya kepadaMu sahaja kami memohon pertolongan dan bantuan serta keberkatan dalam kehidupan kami di sepanjang menumpang di bumi Mu ini..Aminnnn.
kata-kata aluan dari Penganjur...

Jam 12.25 tengahari, kumpulan kami bergerak pulang dari Masjid Sg. Karangan menuju ke destinasi Baling dan Pengkalan Hulu, Perak. Tepat jam 1.00 tengahari semuanya selamat sampai. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt.

Tambah ImejTambah Imejdan lagi bergambar dengan Group RedFlag...

Dan kepada semua Ahli-ahli Jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun bukan secara langsung dalam menjayakan Kayuhan Amal Adik Muhammad Arif Aizuddin ini, Hamba mengucapkan syabas dan tahniah serta sekalung penghargaan kepada anda semua di atas tanggungjawab yang dilaksanakan dengan cemerlang. Sehingga kita bertemu di lain kayuhan..Insyallah di acara yang sama, dengan satu tujuan dan satu tekad...Kayuhan sambil beramal.

dah selamat sampai di Masjid Sg. Karangan

Kepada rakan-rakan kayuhan terutama Shukri Siong, terima kasih diatas sumbangan makan tengahari di Restoran Ikan Bakar, Baling, rakan dari RedFlag, anda semua memang friendly serta buat Raja Azrifuddin memang anda seorang yang sempoi walaupun pertama kali berjumpa di arena kayuhan, buat Odd kalau terbaca akan blog Hamba ni, hajat tak kesampaian nak jumpa sebab dok cari jugak di manakah gerangan Tuan Hamba, tup!tup datang dengan pakaian smart (tak kayuh la tu..hihihi) itu pun selepas terpandang dalam FB, apapun jika berkesempatan Insyallah jumpalah tu...kepada marshall-marshall yang bertungkus lumus menjaga keselamatan, terima kasih diucapkan serta juga support cars, terima kasih dilafazkan diatas sokongan anda semua...
Tatapan memori indah Kayuhan Amal...sentiasa bersama..!!

Jumpa nanti di lain episod, ok chowwww...Wassalam.

Saturday, February 19, 2011

Sarapan di Berlin..!!?

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia untuk semua pengunjung dan sahabat-sahabat semua, terutama kepada insan-insan yang menjengah sekejap ke blog Hamba ini...Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita di ruangan ini bagi sama-sama kita berkongsi pengalaman serta pengetahuan di samping dapat berkenalan di antara satu sama lain.
Pada kesempatan ini tiada apa-apa yang menarik untuk Hamba rentetkan, namun demikian demi insan-insan yang senantiasa mengikuti blog ini, akan Hamba hidangkan secebis kisah semalan..bukan kisah gitar tua dan bukan juga kisah malam-malam, ini kisah pagi pada hari 19 Februari 2011 dalam perjalanan ke Berlin..! Berlin..!? Tak mungkin di Eropah sana..sekadar di pinggiran Malaya ini juga...dalam ertikata sebenar Baling daaaa...!!! Berlin lebih dikenali oleh penggemar basikal lasak di sebelah utara ni..

Saudara Azizi...mesra sokmo..!!!

Pagi yang masih berkabus ini lagi mendinginkan, dari tapak pelancaran depan Petronas Pengkalan Hulu, Hamba bersama rider tegar Tuan Fadzil bersama anak didiknya yang dalam pembikinan Azhar menggolekkan tayar basikal pada jam 7.45 pagi menuju ke destinasi yang ditetapkan. Perjalanan ke Baling begitu santai dan mengasyikkan, tak perlu banyak mengerahkan tenaga kerana laluan yang menuruni bukit bahasa inggerisnya kalau Melayu downhill...hahaha, tapi awas masih balik nanti hangpa sendiri mau ingatlah bukan gon atau bukit yang kita turun tapi gunung beb..!!! Sat lagi PUNGGAAAHHHHHlah....!!!!

Tuan Fadzil dan anak murid barunya Azhar...ada potensi rider ni

Dalam dok layan feeling downhill..dok tak dok dah pun sampai ke Pekan Baling..masa ni masih sunyi lagi, pada masa yag sama Tuan Fadzil ada juga hubungi Penghulu Baling..sapa lagi kalau bukan Mr. Razif, call dia pun bukan nak mintak tanah kat Baling, cuma ajak minum pagi. Kalau tak leh jalan kaki, naik motor pun boleh, janji mai...

Dalam dok baguih punya pekena sarapan pagi di kedai depan pokok Ketapang, tiba-tiba muncul seorang rider, digamitnya oleh Tuan Fadzil untuk sama-sama menikmati sarapan pagi bersama. Dengan keramahan yang terhidang, brother ni pun dengan hati yang terbuka dan dada yang tertutup dek bajunya pun sama-sama menyertai acara santapan beramai-ramai. Dari risikan yang sememangnya boleh dipercayai brother ni asalnya dari Pekan Lunas, Kulim, kayuh ke sini kerana mertuanya orang Baling atau lebih tepat lagi Kg. Dalam Wang..amboooiiiiii dalamnya duit tu duduk..tentu ada duit banyak kawasan tu ya...tak pa nanti kita pi terjah..!!! hahahaha


minum pagi ye bangggg..!!!

Dari meja perbincangan Penghulu Baling ada juga cadangkan agar terus kayuh ke Pengkalan Hulu tapi sebelum tu halangan yang bakal terhidang dan seksaan pertama mesti melepasi Gunung Inas dulu...haiyaaa payah mau cakaplah... dari reaksi yang terpancar agenda itu dibatalkan...bukan tak sanggup, tapi sebab lama tak kayuh. Dari sumber yang layak dipercayai brother yang dimaksudkan itu namanya ialah En. Azizi, baru memulakan kayuhan setelah berhenti seketika lebih setahun..tak palah Azizi, lepaih ni conform pecah lemak akan terjadi, kembali menjadi slim...kayuh tetap kayuh..!!

Azhar dengan menu paginya...


Roti canai bersama kuahnya...sapa punya...Man belon punyaaa..!!


Penghulu segala Penghulu di Baling..Abang Razif

Permandangan Gunung Baling


Selesai santapan pagi, kami bertiga berkayuh balik ke Pengkalan Hulu, masa ni pun dah jam lebih kurang 9.15 pagi. Acara sarapan pagi tadi telah ditaja oleh Penghulu Baling Saudara Razif. Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan semoga lepaih ni akan lebih keraplah riders dari Pengkalan Hulu turun mencari laluan ke Baling...
Jam 10.00 pagi, semuanya selamat sampai ke Pengkalan Hulu dengan kepuasan yang tidak terhingga kerana telah selamat dari seksaan. Macam mana tak seksa, masa daki kayuh canggah angin, rasanya tanggung basikal lagi laju dari kayuh..tapi disebabkan keazaman dan semangat yang ada semuanya halangan sanggup diharungi..lawan tetap lawan, kayuh tetap kayuh..!!!
Assalamualaikum....ok, chowwwwwww, jumpa nanti..!!!!

Monday, January 17, 2011

Golf lagiiiii..!!!!!

Suasana di pertandingan golf di Kelab Golf Harvard, Gurun

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
Untuk tatapan sahabat-sahabat yang masih setia melayari blog ni, Hamba mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga, ikhlas dari hati nurani Hamba kepada tuan-tuan dan puan-puan semua. Kali ini Hamba tak ngomel pasai beskal, Hamba nak bawa anda semua ke alam golf yang baru sahaja tamat pada 16/01/2011.

Dah tak sabaq nak Tee Off...

Sebenarnya, pertandingan ini sepatutnya diadakan pada akhir tahun 2010. Dalam pertandingan ini semua bekas-bekas juara mahupun pemain-pemain yang berkelayakkan di sepanjang tahun 2010 akan terpilih. Disebabkan atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, maka, kejohanan ini dibawa ke Tahun 2011. Kejohanan ini dikenali sebagai Champion Of Champion 2010. Dalam pada itu juga, diiringkan sekali dengan Kejohanan Perpisahan, Dato' Presiden RCGCK yang akan bersara pada bulan Januari ini. Oleh yang demikian, kejohanan ini akan diadakan selama 2 hari serta juga di dua venue yang berasingan.

L-R: En. Shukri dan Tuan Basirun, masa ni flight tengah 'jammed'..

Hari Pertama 15/01/2011
Jam: 9.00 pagi
Tempat: Kelab Golf Harvard, Gurun, Kedah Darulaman
Penyertaan: Lebih kurang 58 orang

Tepat jam 9.00 pagi, maka, bermulalah cabaran pada hari pertama Kejohanan Golf Championship 2011. Kejohanan pembuka tirai bagi Rural Club Golf and Country Kroh (RCGCK) atau dulunya kelab ini lebih dikenali sebagai Kelab Golf Pengkalan Hulu (KGPH), Perak. Cuaca pagi ni agak menyeramkan jugak kerana dah faham sangat kalau beginilah keadaan cuaca pada sebelah pagi iaitu dingin beku, maka selalunya tengahari kulit ni conform nanti akan tukar jadi gelap..hahaha memang dah duga....
Sebenarnya ini adalah penyertaan dan penjejakkan kaki Hamba yang pertama kali ke sini. Dulu-dulu masa zaman persekolahan memang ada dengar jugak kelab tersebut. Tetapi masa tu sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kirilah..sebab belum sampai seru lagi...hehehe


Bersama Tuan Basirun IPD Baling..boring sebab tunggu lama

Dari sumber yang boleh dipercayai, kelab ini adalah salah satu kelab yang tertua di Negeri Kedah. Dibina masa zaman kolonial lagi, masa dulu kelab ini hanya mempunyai 9 lubang sahaja, namun kini ianya telah mempunyai 3 course yang berbeza dan setiap satunya mempunyai 9 lubang..betapa luasnya kawasan ini....


L-R: En. Jimi, En. Razak, En. Sameer dan Hj. Manas..sedang mengira markah

Berbalik kita pada topik yang sebenar...pada hari pertama ni memang keliru dan confius jugak sebab tengok dari map course memang mencabar kerana selain dari sempit ianya jugak merupakan satu course yang panjang..advantage kepada hard heater... Namun untuk mengelakkan dari terjerumus ke lembah yang hina adalah lebih baik Hamba bermain secara selamat. Lagipun study dah tak dan dah..Pendek cerita Hamba banyak menggunakan iron sajaaa...



Makan time..!!! L-R: En. Zamzuri, En. Nadzri, Hj. Fuad dan En. Ariff..

Dan akhirnya setelah bertungkus lumus sehingga jam 2.30 petang, Hamba dah selamat mengakhiri kejohanan pada hari pertama dengan catatan 70 nett. Bermakna Hamba bermain 2 dibawah Par dari keseluruhan 72. Bolehlah tahannn...hehehe

steady bro..!! antara yang berani menyahut cabaan
L-R: Mr. Jeffery, Mr. Ah Fook dan Mr. Chee Kok Joi

Setelah diperkenankan oleh para pengelola dan ahli-ahli jawatankuasa kejohanan, maka, dengan ini diisytiharkan bahawa pemenang untuk tempat yang ketiga telah dimenangi oleh..ehem!ehem! sapa lagi kalau bukan Hamba...hihihi. Untuk tempat yang pertama telah dimenangi oleh En Zahari Ramli, tempat Ke 2 Mr. Ah Fook (tokey Hilltowne Hotel).


main kalah tak pa, janji makan mau menang dari kiri
En. Norhafisham dan En. Ariffin (SU)

Dengan pengumuman para pemenang-pemenang kejohanan maka berakhirlah kejohanan Golf Championship 2011. Kepada semua pemenang diucapkan tahniah, kepada yang kena belasah, jangan putus asa, berusahalah lagi..jangan menang belasah makan saja, main pun kena maintain jugak...hehehe
Jumpa esokkkkk..!!! jom kita terjah ke Bukit Kayu Hitam!!!!


hat ni yang kena belasah dan dibelasah punya angkara...hahaha


milik siapakah piala-piala ini..?? ehem!ehem


macam-macam ada..!!!


menunggu acara penyampaian hadiah...


Ucapan dari Mantan RCGCK, Dato' Abd Karim..testing2 1,2,3..


apasal lah lambat sangat nak bagi hadiah ni....


L-R: Tuan Hj. Wan Noor, En. Daud dan Hj. Mahmud..dok tunggu hadiah


buat suspen saja depa nii, lain kali gunalah calculator..hahaha


En. Rosli sedang mengacarakan majlis...


banyak pulaklah ucapannya...kata-kata aluan dari Tuan Presiden
RCGCK yang baru..En. Shukri..orang punya daaaa!!


Hasil dari pertandingan..tempat Ke 3 hari pertama (15/01/2011)


lepaih ni Presiden kena turun padang lah, set pun dah ada..


Perjalanan menuju ke Bukit Kayu Hitam


Hari Kedua: 16/01/2011
Tempat: Black Forest Country Club
Jam: 08.30 pagi
Penyertaan: 48 orang

dok baguih punya melantak..terkejut sekali gajah lalu kut belakang..kusss semangat..!!

Hari ni, hari kedua kejohanan. Datang dengan semangat baru, bukan apa sebab modal dah ada...tekanan hari kedua agak kurang sikit berbanding dengan hari pertama. Tetapi masalahnya course ni merupakan lapangan yang paling Hamba tidak gemari. Entah apa yang mengganggu bila main kat sini. Caddy dia kut...hihihi...tak jugak, malas nak layan depa ni, kalau dok layan sangat nanti feeling lari kut lain pulak..hahahaha. Sendiri mau ingat maaa..!!
Satu lagi masalahnya ialah kiraan di sini menggunakan yards atau ela, kalau guna meter senang sikit nak agak jaraknya...ini yang membuat Hamba lagi tak suka...kalau main sukalah, boleh hayun driver dengan kuat...itu pun salah satu dari Hamba punya weapon jugak..


welcome to Thailand..!!



Dan diakhir kejohanan ini Hamba hanya membuat 4 diatas Par 72..aduhai memang teruk sungguh score untuk hari kedua ni. Driver ok, iron pun ok, putting hancur berderai..mungkin green speed dalam 8 kut..laju sungguh...harap-harap yang lain pun akan mengekori jejak Hamba jugaaa...hahaha


kenderaan rasmi hari ni ...orang punya daa..

Setelah ditimbang, diteliti dan dibahagi serta dicampur tolak, maka, kedudukan Hamba di hari yang kedua ini boleh dikirakan bernasib baik saja....masih mengekalkan kedudukan piala lagi..tu pun dalam kategori Medal A.. Hamba dapat No. 2 kali ni..hat No. 1 masih lagi dikuasai oleh En. Zahari Ramli begitu jauh meninggalkan Hamba...tak pa..ada peluang akan Hamba perbaiki permainan Hamba dari masa ke semasa terutamanya masalah putting..


Hari Ke2 d Black Forest Country Club, Bukit Kayu Hitam, adik beradik Bukit Kayu Putih.


cuba teka hat mana satu Hamba...hehehe

Walaubagaimanapun, jika telah ditakdirkan rezeki Hamba, memang tidak ke mana! Dalam kejohanan yang berlangsung selama 2 hari berturut-turut ni, bagi juara keseluruhan telah dimenangi oleh En Zahari Ramli dan di tempat yang Ke 2 telah berjaya dimenangi oleh hmmmm...oleh Hambalah..hehehe..jangan marah hahhhh!!! Kesemua pemenang-pemenang telah diberikan sebuah tropi beserta dengan wang tunai sebanyak...syyyyy tak leh kasi tau kat sini nanti LHDN dok tunggu pulakkk...hihihi.

acara penyampaian hadiah ...


Pro..!! Tuan Basirun pun ada hadiah hari ni....tahniahlah Tuan, Boya juga...!!


Hamba pun ada juga..!! Tempat Ke 2 keseluruhan selama 2 hari pertandingan.
Siap ada angpau lagi...


yang ni pun milik Hamba jugak..

En. Razak..Player Of The Year 2010


Bertambahlah lagi koleksi Hamba....bukan sendiri bikin hahhh!!

Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang, maka, berakhirlah kejohanan ini. Kepada semua Ahli-ahli Jawatankuasa dan Pengelola Pertandingan yang berusaha menjayakan kejohanan ini diucapkan syabas dan tahniah di atas usaha yang telah dilaksanakan. Boleh bagi 4 bintang dari 5 bintang keseluruhan bagi kategori penganjuran. Kepada yang tidak berjaya, diharap berusaha lagi di kejohanan yang akan datang dan kepada pemenang diucapkan tahniah, kekalkan perfomance anda di masa-masa akan datang.
Sehingga jumpa lagi...ok chowww..wassalam...