I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Sunday, May 23, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah....

Lokasi: Stadium Darul Aman - Kompleks Sukan Suka Menanti - Muzium Padi - Kubang Rotan - Kuala Kedah - Alor Setar - Kompleks Belia
Jarak: 48.69 KM (Di meter Hambalah..)
Everage Speed: 22.8 KM
Maxima Speed: 35.0 KM
Cuaca: Hujan renyai-renyai
Jumlah Riders: 405 orang





Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hai!hai!hai..! Selamat berjumpa kembali setelah agak lama Hamba menyepi dari arena penulisan ini. Rasanya pada kesempatan dan ketika ini Hamba baru mendapat idea bagi menyambung hayat blog ini. Dalam kesempatan ini juga Hamba rasa bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi kesihatan dan kekuatan dari segi mental dan fizikal bagi mengharungi kayuhan pada kali ini. Kayuhan Jelapang Padi 2010 adalah penampilan sulung Hamba dalam menyertai kayuhan Basikal MTB ini. Suasana, cuaca dan rakan-rakan; semua itu adalah warna warni yang Hamba jumpa dan rasai betapa nikmatnya apabila kita menyertai acara yang sebegini. Cuma yang agak mendukacitakan, Hamba tidak berkesempatan untuk mengambil gambar-gambar yang menarik di sepanjang kayuhan tersebut disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan kerana Hamba menggunakan kamera telefon bimbit , bukannya apa, takut masuk ayaq, rosak pulak nanti... Apapun hanya ini sajalah yang dapat Hamba sajikan kepada semua pembaca yang sudi melayari blog Hamba ini... Jom..! Hayatilah sepanjang perjalanan ini.....

Tarikh: 21.05.2010
Jam: 4.30 petang - 6.00 petang

Pada ketika ini, Hamba dah pun selamat sampai di rumah kat Alor Setar atau lebih tepat lagi di Taman Wira Mergong. Lokasinya tidak jauh dari Stadium Darul Aman. Nampaknya White Horse Hamba sedang beristirehat dengan tenang..

PUTIH... rileks, rileks


REHAT.. nampaknya depa dua ni sama-sama rehat setelah menempuh perjalanan yang agak jauh


Tarikh: 22.05.2010
Jam: 6.45 pagi

Di sekitar hari Kayuhan Jelapang Padi 2010

Pada ketika ini hujan masih mencurah turun membasahi bumi Daerah Kota Setar yang sejak lama tidak ditimpa hujan. Syukur. Sekurang-kurangnya daerah ini masih dirahmati olehNya. Hujan yang mula turun sejak dari jam 4 pagi sehinggalah membawa ke hari kayuhan tersebut. Suasana pun agak kelam kabut. Ramai para riders yang telah sampai begitu sibuk memasang jentera masing-masing. Ada yang memasang tayar, ada yang menurunkan basikal dari kenderaan dan tak kurang jugak yang sedang memasukkan angin tayar. Dalam suasana tersebut, terdapat juga rider yang sedang mencuba ataupun membuat warm up di perkarangan stadium. Semuanya serba baru bagi Hamba yang pertama kali menyertai kayuhan yang sebegini.

ANAK SIONG.. handsome dan bergaya. Pagi-pagi lagi angin tayar dah buat hal..tapi tak pa, Hamba boleh tolong..


ATP..ingatkan kat Betong saja ada trade mark ni, rupanya kat sini pun boleh...mana-mana pun boleh, Malaysia Boleh..!! Waktu ni hujan masih lagi turun.


SIBUK..suasana di luar stadium pada ketika ini terlalu sibuk, kelihatan juga seorang petugas sedang menampal sticker kayuhan kepada salah seorang rider..


MACAM KENAL AJA.. Geng RCT Gurun pun ada juga..!

Jam: 7.00 pagi

Waktu ini semua peserta telahpun bersedia untuk memulakan kayuhan. Di samping acara menunggu ini, pihak penganjur juga mengambil peluang memberi beberapa taklimat penting sebelum acara dimulakan. Agak mendukacitakan juga kerana taklimat tersebut sepatutnya menggunakan speaker, barulah arahan tersebut dapat didengari oleh semua riders. Walaubagaimanapun itu semua kecik punya hal, janji kayuh...!


L - R.. Mr. Zailani, Urat dawai tulang besi, Orang Besi Perwaja dan Mr. Lontruth..he!he! sapa yang tak kenal dengan dia ni..


JAUHNYA.. Geng Betong pun ada mai ka? Tapi pasai apa cakap melayu..

MARAH..jangan bagi sampai Anak Siong marah, bahaya tu.... cekak pinggang lagi..! Jangan marah-marah Kri, nanti kena jual...!!



Jam: 7.50 pagi (waktu di tangan Hamba)
Lokasi: Dalam Stadium Darul Aman

Ketika ini, semua riders sudahpun berkumpul di dalam stadium untuk sessi pelepasan. Ianya telah disempurnakan oleh Tuanku Sultanah Kedah sendiri. Ramai juga yang datang untuk menyaksikan acara ini. Dalam pada itu, pada hari yang sama juga terdapat acara-acara lain yang dipertandingkan antaranya termasuklah memancing, ujian kesihatan dan sebagainya. Sebaik sahaja ianya dilepaskan, semua riders membuat satu pusingan di dalam stadium sebelum meneruskan kayuhan.

Kayuhan pertama hanyalah melibatkan jalan yang bertar melalui jalan hospital lama, Taman Wira Mergong, Kompleks Sukan Suka Menanti seterusnya ke kawasan off road yang meliputi kawasan sawah padi. Hujan masih turun menyebabkan laluan menjadi bertambah teruk. Keleboq dan berlemoih jangan cakaplah. Yang kayuh nak ke bendang pun ada, nak pi ke sawah pun ada, nasib baik hangpa tak bawak tajak dengan cangkui, kalau tidak boleh pi buat bendang sekali ..he!he!he!..memang betullah kayuhan kali ni.

Tamat saja zaman jalan bendang ni, bala lagi satu dah sampai..kali ni kawasan tanah merah pulakkk..! Apa lagi, yang mana pakai baju putih tu, lepaih ni harap-harap pi lah beli clorox banyak-banyak, mungkin dalam dua tiga botoi jugak...bukan apa nak bagi putih balik... baju pun dah bertukaq warna. Selut sampai atas kepala pun ada, tapi ayaq belum sampai kepala lagi...hi!hi!hi!

Dari kawasan tadi, baru berjumpa dengan jalan tar, apa lagi kat mana ada ayaq bertakung tu, Hamba redah saja untuk cuci tayar, White Horse kali dan jadi kuda belang, hitam pun ada, merah pun ada, macam-macam rona ada..! Kesian White Horse Hamba..

Dari kawasan check point Muzium Padi, para peserta memasuki Kampung Kubang Rotan yang menyajikan kawasan dan persekitaran seakan sama dengan laluan yang terdahulu. Tar pun ada, selut pun ada. Macam irama dan lagu tak dapat dipisahkan, kalau dipisahkan maka pincang irama musnahlah lagu. Begitu jugak kepada kami para peserta, irama kali ini boleh dikatakan hebat juga, cuma lagu ada sumbang mahram sikit. Ada yang termasuk dalam lopak dalam dan ada juga yang tergelencir, hampir-hampir nak masuk dalam bendang, tak terkecuali Hamba juga. Nasib baik sempat prepare kalau tak..jadi kerbau, berkubang jugak. Bayangkan kuda putih masuk bendang..nasib!nasib..! Nama kampung pun dan kubang, memang dia nak berkubang jugaklah. kalau tak Kubang Rotan jadi Kubang Kerbau lah jawabnya..

TUNGGU!..para peserta menunggu waktu untuk dilepaskan...satu, dua, tiga..go..!!


PENONTON..para penonton dari astaka yang datang pada hari tersebut..

DEBARAN..hanya menunggu siren yang akan dibunyikan...


WHITE HORSE..hari ni dah jadi kuda belang..macam-macam ada..!!


Selesai memasuki zon Kubang Rotan, para peserta diuji lagi dengan keadaan yang semakin mencabar. Pada tahap ini laluan peserta memasuki kawasan off road Kuala Kedah. Laluan pada ketika ini melalui di persisir pantai Kuala Kedah. Nama saja pantai, tapi pantainya berselut. Hujan masih lagi renyai-renyai dengan angin yang agak kuat. Kuasa turbo pun dah tak mampu nak support, main dengan angin laut. Tengok ombak pun dah risau. Nasib baik ada benteng pemecah ombak. Dalam laluan ini, semua ada, tanah merah, tanah selut, batu-batu yang tajam, yang tak ada, jin tanah..saja. kalau ada, nahas. Laluan ini rasanya adalah yang paling panjannnnggggg di sepanjang kayuhan ini. Nak potong pun tak boleh disebabkan laluan yang sempit di mana kiri dan kanan jalan ditumbuhi semak samun. Kalau boleh potong pun bila ada peserta yang digigit mengkarung, apa lagi..kremlah tu.. Ini lah situasi yang paling ditakuti oleh para penunggang basikal..bila dia mai tokak betis saja..take 5 lah jawabnya. Kendoq balik urat-urat yang bersimpui tu. Rasanya di laluan ni, terdapat jumlah yang paling ramai sekali kaki depa yang krem. kesian juga Hamba tengok, tapi apa nak buat, tak dapat den menolongnya. Kalau setakat tayar bocor ka, rantai putus ka, Hamba ada simpan, tapi kalau betis tu Hamba belum ada spare partnya lagi. Pada ketika ini juga, sistem gear basikal Hamba pun terjejas jugak. Dalam dok hambat orang di depan, gear tak boleh nak masuk, dahlah tu, bila kayuh rantai asyik dok lompat pulak, aduhhh..bikin frust Hamba punya hati saja da....!

Tamat seksaan peringkat laluan Kuala Kedah ni..perjalanan menjadi semakin mudah tetapi masih lagi meliputi kawasan bendang. Hujan waktu ni dah berhenti tetapi cuaca tetap juga mendung. Dalam laluan ini, pada suatu ketika terdapat juga peserta yang telah mencuri ayam.. apalagi istilah yang lazim digunakan bila berlakunya kesilapan. Memang tak adil..! Orang lain sibuk kayuh laluan yang betul, depa guna jalan tar..jalan haramlah tu..Harapnya untuk mana-mana acara kayuhan yang akan datang, pihak penganjur dapat menitikberatkan disiplin para peserta yang mengambil jalan mudah macam ni. Walupun ianya nampak tidak memberi apa-apa implikasi kepada kedudukan peserta, tetapi undang-undang tetap undang-undang..!!

Selesai peringkat tersebut ataupun yang terakhir, para peserta kembali menemui jalan pulang. Melalui jalan Kompleks Sukan Suka Menanti, laluan diteruskan sehingga keluar jalan Hospital Lama dan seterusnya berakhir di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Dengan ternoktahnya kaki Hamba di pintu pagar kompleks berkenaan, maka, berakhirlah satu episod hari ini dalam sejarah bagi Hamba. Sebabnya, inilah merupakan julung-julung kali Hamba menyertai pertandingan kayuhan yang sebegini dan juga percubaan Hamba yang pertama bagi merasai suasana sebenar kayuhan basikal MTB ni..

HASILNYA...inilah rupa jentera Hamba.

Lepas ni kena setting balik apa yang patut...sedihhhhh..!!


Bersama dengan salah seorang dari Group Kepala Batas..lupa pulak nak tanya nama..


Bersama-sama dengan sahabat dari Group RCT Gurun...masa ni tak dan nak tarikh nafas..ha!ha!ha..!


BERTUAH..ni memang nombor bertuah betul..bukan cobaaan..ini betul-betul, 288 Hamba punya dan 289 Anak Siong punya..dua-dua dapat hadiah cabutan bertuah..


Girangnya hati apabila dapat hadiah, tiub dengan botol ayaq..oklah tu


Menunggu penuh debaran acara cabutan nombor bertuah..


PERTAMA KALI..dapat nombor 37 dari 405 peserta..


HADIAH..Hamba dapat helmet bertuah ni saja..


BERSERI..kini White Horse Hamba kembali ke asalnya.. itupun jenuh jugak dok cuci. Apapun Hamba puas hati kerana ia kembali ke asalnya...Gear pun dah pi setting kat Otai MTBkroh, Saudara YUS.

Dengan itu, berakhirlah liputan Hari Ini Dalam Sejarah Hamba. Banyak pengalaman bagaimana berkayuh dalam suasana hujan, dengan lumpur dan selut memenuhi basikal dan badan, dengan telatah kawan-kawan, pelbagai ragam peserta yang krem, peserta yang curi ayam, semangat setiakawan, semangat jati diri serta suasana pertandingan. Semuanya Hamba kutip, Hamba simpan kerana semuanya itu merupakan memori yang tak dapat Hamba lupakan. Walaupun ianya pahit apabila melihat peserta menipu, tapi itu semua asam garam dalam pertandingan. Dan kepada pihak penganjur, tahniah diucapkan kerana ianya berjalan dengan sempurna serta syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan pertolongannya, di sepanjang kayuhan berlangsung tanpa ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kepada rakan-rakan yang mengenali diri Hamba yang tidak sempat Hamba menyapa ataupun terlepas pandang Hamba mohon maaf. Sesungguhnya yang baik dariNya dan yang buruk adalah kesilapan kita sendiri sebagai insan di mukabumi ini...Wassalam...ok choww..!!


BAHASA THAILAND: PHOM CHER MOHD HANIFF - NAMA SAYA MOHD HANIFF

No comments:

Post a Comment