Lokasi : Baling - Pengkalan Hulu - Gerik -
Lebuhraya Gerik Kupang - Baling
Average Speed : 23.6 km
Maksima Speed : 63.5 km
Masa Kayuhan : 4 jam 39 minit
Jumlah Keseluruhan Kayuhan : 6 jam 50 minit
Jumlah Riders : 30 ++
Group Riders : Sg. Petani, RCT, Baling, Bn. 18 PGA,
Pengkalan Hulu
Cuaca : Terang Lit-lit..kepanasan tahap gaban...
Jarak Kayuhan : 110.2 km
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Sabtu: 8/5/2010 Pagi ni,dalam jam lebih kurang 7.30, Hamba dah sampai menunggu di gerai berhadapan dengan Stesen Minyak Petronas, Pengkalan Hulu, Perak. Cuaca juga masih berkabus. Syukur anugerah Allah s.w.t kerana bumi daerah ni masih lagi bersih dari pencemaran. Udara yang dinikmati begitu segar dan nyaman. Dari saat penantian yang penuh debaran, seorang demi seorang rider muncul. Ketibaan pertama dari MTBkroh dimulai dengan kehadiran Juara KTM 2010 Ferhoud, anak kepada Penghulu MTBKroh, Tuan Fadzil serta ratu mtb, sapa lagi kalau bukan Wendy nama diberi, dengan senyum simpulnya. Diikuti dengan SM Zali, Nizam Imigresen dan terakhir otai Kroh, Saudara Yus. Hari ni Yus datang dengan jersi baru..hitam putih, cantik jersi tu. Lepas ni nak kena pergi cari satu.
Maka bermulalah episod ' Kayuhan Nyaman' ini. Dengan diketuai oleh Sifu Hj. Ramly, kumpulan ini awal-awal lagi telahpun ditarik oleh Yus dan Wan. Belum apa-apa lagi semua riders terpaksa mengikut rentak kayuhan mereka. Angkat kepala sahaja, sup sap, sup sap hilang dari pandangan mata. Laju sungguh, macam pelesit..he3. Tinggallah Hamba menemani Razif di belakang bersama-sama dengan Asri. Jalan di hadapan pun dah tak kelihatan insan riders, agaknya semua mereka sedang menikmati kayuhan masing-masing. Apapun biar lambat asalkan selamat.
Setelah sekian lama membuat solo ride dengan purata 35 - 38 km, Hamba dapat juga menangkap beberapa riders yang telah ke hadapan tadi. Dalam perjalan ke Gerik itu jugak, Hamba telah bersua muka dan berselisih pandang dengan kumpulan dari Betong MTB. Mereka dalam perjalanan menuju ke Banding dan bermalam di sana. Pecutan berakhir di Restorang Saleem Kari Kepala Ikan, Gerik. Betul-betul di persimpangan lampu isyarat yang pertama di Gerik. Sampai di sana, kelihatan kumpulan awal (dalam gambar) telahpun lama sampai. Mereka inilah yang akan Hamba ikut di sepanjang kayuhan ini. Biar pun lambat..hambat dan henjut akan Hamba lakukan. Yang penting semangat melawan dan tidak kenal erti putus asa, sesungguhnya kesengsaraan itu mental, apabila mental kuat apa saja yang bakal dilakukan akan menjadi azimat yang mujarab. Yang dipinta hanya satu, jangan ada menatang mengkarung tu sudahlah... Banyak juga riders yang tewas akibat krem ni...
Setelah menikmati juadah makan dan minum, maka, kayuhan diteruskan lagi dengan memasuki perjalanan ke Lebuhraya Gerik - Kupang. Pada masa ini, kumpulan masih lagi dipimpin oleh Yus, Wan dan Ferhoud, muda-muda depa ni. Dalam kumpulan tu terselit jugak Cikgu Din dengan Kuotanya. Fully carbon lagi tu... Disinilah sebenarnya kekuatan mental dan fizikal akan teruji. Kepada riders yang gugur di sepanjang lebuhraya ini, jangan kecil hati, akan datang cuba lagi. Yang pasti, kayuhan tetap akan dilaksanakan. Kayuh tetap kayuh..!
Kumpulan pertama telahpun sampai di sebuah restoran di pertengahan lebuhraya tersebut. Dari sini perjalanan akan menjadi mudah sedikit kerana bentuk geografinya yang menuruni bukit. Dalam pada itu, dari sumber yang dipercayai, semua rider akan diuji jugak dengan beberapa pendakian yang agak tinggi tetapi dengan jarak yang pendek. Dan di dalam 15 km yang terakhir perjalanan akan menjadi semakin mudah kerana jalanraya yang agak landai sehinggalah ke Pekan Kupang, Baling.
Jam 2.00 Petang:
Kayuhan diteruskan lagi setelah semua riders telah selamat sampai di destinasi tadi. Kayuhan seterusnya juga masih lagi dalam keadaan yang cukup 'nyaman' sekali. Dengan 'kedinginan' cahaya matahari di atas kepala, dengan angin 'sepoi-sepoi yang tak reti bahasa' menolak dari arah hadapan..membuat kayuhan bertambah perit dan sedikit terseksa. Namun kayuhan tetap diteruskan. Lawan tetap lawan, biarpun patah sayapnya, namun paruh sebagai gantinya...bertongkat jua ingin berdiri semula, namun menyerah tidak sekali-kali. Dalam kayuhan ini jugak Hamba seakan terpesona dengan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang lebuhraya ini. Dengan bukit bukau yang memukau, terpaku sejenak Hamba untuk menikmati keindahan tersebut. Sehinggalah kayuhan memasuki ke persimpangan Pekan Kupang. Sampai juga Hamba di Baling.. Alhamdulillah.
Pada masa ini kumpulan pertama diketuai oleh Sifu Hj. Ramly dan Yus singgah di Kedai 7 Elevan, Baling untuk minum dan menunggu riders yang lain sampai. Hanya 5 km saja lagi yang tinggal untuk menamatkan kayuhan 'nyaman' ini.
Jam 3.50 Petang:
Setelah bergelut dengan keterikan bahang panas dan kehangatan cahaya matahari, dengan keringat yang mengalir bagai air terjun di lata..dengan kepayahan dan kejerihan semangat yang jitu dan semangat dari rakan-rakan, tepat jam 3.50 petang, Hamba bersama-sama dengan yang lain telah selamat sampai di hadapan Masjid Baling tempat berakhirnya kayuhan ini. Alhamdulillah kerana di sepanjang kayuhan tersebut, kaki Hamba tidak digigit oleh menatang 'mengkarung' tersebut. Jika tidak, Hamba pun akan sama-sama mengiringi peserta kayuhan sebagai 'Marshall' jugak. Sesungguhnya tiada perkataan untuk diucapkan betapa seronok, suka, duka, perit, frust dan semangat yang dapat diterjemahkan melainkan kita sendiri yang merasainya. Suka, tika kita memulakan kayuhan, duka bila memandang bukit dan gunung, frust apabila orang memotong kita dan semangat apabila wujud semangat untuk memotongnya kembali..tetapi dengan gaya dan perasaan yang sihat tanpa prejudis...apabila dirangkum, dicantum, diadun hingga sebati, Hamba pasti...memang ianya sedappp...! Tak percaya, anda lakukan sendiri.....!!
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Penganjur Kayuhan ini iaitu Tuan Hj. Ramly dari Sg. Petani yang telah bersusah payah menganjur kayuhan ini. Dengan wajah yang penuh berdedikasi dan bertanggungjawab beliau memimpin semua riders, selamat sampai tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Syabas dan tahniah Haji @ AlHaj.
Dan kepada semua riders yang mengambil bahagian dalam kayuhan kali ini juga, Hamba mengucapkan ribuan terima kasih kerana kita sama-sama turut menjayakannya..tanpa kita, kayuhan tak akan menjadi.. tahniah jugak untuk diri anda semua..! Hingga berjumpa lagi di lain kayuhan @ atau di kayuhan yang akan datang pada 15 Mei 2010 di Betong Off Road nanti..! Kayuhan Balas Dendam, ok. chowwww..Wassalam...
BAHASA THAILAND : khun cher ak rai? - siapa nama kamu?
No comments:
Post a Comment