I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Saturday, July 3, 2010

MISI YANG KECUNDANG...

AMBIK DULU...apapun snap dulu sekeping, lepaih ni tak leh nak posing dah

Tarikh: 4 Julai 2010
Lokasi: Tmn Tasek Permai - Jln Betong - Kompleks ICQ - Bukit Kuak Hulu - Tmn Tasek Permai
Jarak: 14.38 km
Max Speed: 58.83 km
Everage Speed: 23.6 km
Jam Mula: 07.15 pagi
Jam Tamat: 07.45 pagi
Cuaca: Berkabus lagi daa...
Rider: Hamba orang saja..ditemani 'white horse'


JALAN..ni bukan selamat jalan, ni jalan di depan rumah Hamba
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Hai..!hai..! hai..!!
Amboi, rasanya sejak dua menjak ni memang Hamba tiada kesempatan untuk mengayuh, bukan tak cuba mengambil kesempatan tapi dah memang tak sempat, lagipun sejak dua minggu ni cuaca tak leh nak kira sangat. Nak kayuh pagi-pagi, hari kerja pulak, nak kayuh belah petang cuaca hujan, nak kayuh malam...ehem!ehem! lebih baik tidurrr da...
Walaubagaimanapun, pagi ni memang telah diizinkan Allah swt, cuaca cantik, udara segar, panorama pagi di sini masih lagi berkabus, cukup indah dan nyaman. Tanpa membuang masa, lepas solat subuh pagi tadi dah rancang, ke mana dan di mana destinasinya. Apalagi, untuk mengembalikan kembali kecergasan yang hilang, sasaran Hamba pagi ni ialah menerjah bukit-bukit yang terdapat di sekitar daerah ini. Banyak bukit yang nak diterjah, yang pertama untuk langkah warm-up, Hamba ambil jalan ke Kompleks ICQ, jalan menuju ke Betong, bukan jalan Betong (harus diingat) lagipun dah lama tak pi Betong ni...maklumlah beskal up to date lagi, mungkin kalau ada yang tak kena kat beskal ni baru Hamba ke sana. Seterusnya Hamba akan kembali ke Bukit Kuak Hulu, bukit hat ni memang menjadi pujaan hati Hamba kerana agak tinggi dan kelazatannya yang tak terhingga sehingga meleleh ayaq peluh, minum ayaq free, rasanya ada masin ada jugak sesekali tu yang tawaq..kalau rasa nak minum free tu cuba sendiri..free of charge..!!. Plan selepas tu nak ke Bukit Padang Tamat adik beradik Padang Mula..he!he!he!. Yang ni pun boleh tahan juga, selalulah Hamba menikmatinya di kala sunyi. Dan terakhir sekali nak daki ke Bukit Tangki Ayaq, Pengkalan Hulu. Hamba dah pernah beberapa kali terjah kat bukit ni, memang cantik..dari atas bukit, sebahagian besar Pekan Pengkalan Hulu ni kita boleh nampak..yang mana tak nampak memang tak pernah kayuh mai sini dan silap hari bulan kalau tak nampak jugak alamat pendek umurrr..!!

BERKABUS...inilah suasana yang ada..nyamannnn

Apapun, memang dah menjadi lumrah kita sebagai insan di mukabumi ini, yang telah diberi oleh Allah swt otak kepada hamba-hamba untuk berfikir serta juga merancang. Walaupun kita merancang namun kuasa dariNya tak jugak boleh kita duga dan dielak. Begitulah yang terjadi kepada Hamba, walaupun rancangan awalnya dah berjaya diselesaikan sehingga ke Bukit Kuak Hulu, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan Hamba terpaksa akur jugak akan kehendak perut ni..aduuuhhhaiiii...tang sini pulak dia meragam, dah jenuh Hamba guna segala petua dan ilmu, tapi sampai bab diattack sakit perut ni, Lance Amstrong pun lari ooo.. Nasib baik destinasi bukit tu dengan rumah Hamba tak jauh, apalagi terpaksa buat u-turnlah. Sasaran awal nak buat 30k dalam daerah ni tak kesampaian jua...

AWAS SELEKOH DIHADAPAN.. selekoh menuju ke ICQ
Walaupun dalam keadaan yang tidak menyenangkan tu, sempat jugak Hamba mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan peminat-peminat yang sudi melayari blog ini. Ibarat irama dan lagu, tak boleh dipisahkan begitu jugaklah dengan Hamba, walaupun berkayuh tetapi handphone tak leh dipisahkan juga. Jika dipisahkan pincanglah lagu rosaklah irama...he!he!he!
Apa-apapun nikmatilah gambar-gambar yang ada di blog ni...sudi-sudikanlah...
JAUH..perjalanan menuju ke destinasi masih lagi sayup kelihatan

SEJUK..disebabkan masih lagi awal pagi, tangan pun dok gigil..


CHALET..jalan masuk menuju ke Chalet Air Panas..boleh berendam lagii..!!


Kompleks ICQ..Imigresen, Kastam dan Kuarantin


Bangunan Imigresen..depan tu pintu masuk Sempadan Malaysia/Thailand

LAYANNN...inilah laluan Bukit Kuak Hulu

Ini adalah laluan pendakian yang kedua..boleh tahan jugak kat sini pun


JAGA-JAGA..di depan tu downhill yang agak curam...

Pemandangan pagi di pertengahan pendakian..

Untuk makluman pembaca-pembaca yang budiman sekalian..di bahagian bawah bukit ini terdapat suatu tempat yang menjadi tumpuan kepada insan-insan di seluruh Malaysia. Di sinilah terletaknya gedung ilmu atau pusat ilmu bagi manusia yang inginkan ilmu agama, pondok yang diberi gelaran 'Pondok Pat Teh' ni memang terkenal, dah terlalu banyak anak-anak muridnya yang bertebaran di bumi Malaysia ini.. Dari kanak-kanak, dewasa dan orang tua, dari lelaki serta juga wanita.. di sinilah mereka mencari ilmu, di sinilah jua rohani mereka dididik dan diasuh sehingga menjadi ustaz dan ustazah..semoga diberi oleh Allah swt keberkatan dan semoga tempat ini terus berkembang untuk melahirkan generasi yang cintakan Allah swt.
Masih mendamaikan..

Downhill yang mengghairahkan...

Sessi mendaki pun bermulalah...
Sampai tang bab nilah, Hamba dah tak dapat menahan gelodak perut ni... apa-apapun kena habiskan uphill ni dulu...aduhhhh..tinggilah pulak bukit ni. Terpaksalah Hamba menahannya sehingga sampai ke pintu rumah...misi pagi gagal dilunaskan sepertimana yang telah dirancang. Separuh perancangan pun tak sampai, tapi apapun..bukit ni Hamba dah berjaya, agak berbaloi jugak sebab peluh meleleh sampai ke kaki, Stokin Hamba pun kalau perah boleh keluaq ayaq..Insyallah selepas ni latihan terjah ke Gunung Inas, Inas Hamba datang lagiiiii....!!!!
Sekian, Wassalam..ok chowww dulu hahhhh..!!

No comments:

Post a Comment