Lokasi : Pengkalan Hulu, Malaysia ke Betong, Thailand
Riders : Hamba dan Wan Langkawi
Distance : 25.8 km
Cuaca : Mendung
Jam : 5.30 petang
Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Mengambil kata-kata Abang Razif (dengan izin) 1 hari 2 bukit, maka, dengan idea tersebut terciptalah lirik ini iaitu 1 hari 2 negara.... Bukan satu hari di hari raya.. tu lambat lagi..Perjalanan petang berkenaan dalam cuaca yang mendung dan dikhuatiri hujan akan turun di satu dua tempat di kedua-dua buah negara. Itu pada hemat Hamba.. kuasa Allah Taala kita pun tak tahu.. wallahu'alam.
Sebenar tujuan Hamba bersama Wan ke Kedai Amin tak lain dan tak bukan cuma nak pegi ejas angin kat fork sebab tak sedap bila terhentak serta ejas brek yang tak berapa mau makan dan Wan pula nak tukaq tayar..
Masa ni masuk pakai Passport ATP.. singkatan Angkat Tangan Pi.. he3
Itulah serba sedikit nukilan Hamba pada petang ini.. jumpa lagi di lain episod...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment