I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Monday, March 22, 2010

Kayuhan ' Suai Kenal '





Tarikh : 22/03/2010
Jarak : 22 km
Max Speed : 42.8
Cuaca : Hujan
Lokasi : Bn. 18 PGA - Pekan Pengkalan Hulu - Air Panas -
Sempadan Malaysia/Thailand - Kg Selarong - Restoran Terapong.
Riders : Hamba, ASP Fadzil, ASP Zulkepli, Faezal (Rempit), Dwan,
Kasmadi, Salleh Venzo, Gray, Johari Venso, Scott Amir dan JJ
(Junaidy Jamis).

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Petang, di luar sana hujan masih menyimbah bumi. Syukur. Paling tidak pun bumi daerah ini masih dirahmati. Tatkala itu, persiapan telah pun diatur untuk mengiringi kayuhan petang ini sebagai simbolik meraikan rakan-rakan baru di dalam arena kayuhan MTB ini. Semuanya terdiri dari 4 orang iaitu Salleh, Gray (anak bumi Kenyalang), Kasmadi dan JJ. Kayuhan petang ini dirasmikan oleh sapa lagi kalau bukan Penghulu MTB Kroh ASP Fadzil. Tiada upacara menepung tawar diadakan cukuplah dengan menepung air masin dibaju tu.. Kayuhan bermula di hadapan pintu gerbang Bn. 18 PGA, Pengkalan Hulu, Perak. Bergambar kenang-kenangan di hadapan pintu masuk ke Thailand.. masa ni tak payah guna lesen ATP lagi.. cuaca juga ketika ini masih lagi hujan dan ambik gambar pun dalam keadaan basah.. masing-masing dok control hensem.. L - R ; Salleh Venzo, Scott Amir, Dwan, Johari Venzo, Hamba, JJ. Kasmadi, Penghulu ASP Fadzil, Gray dan Rempit maaflah tak ada gambar sebab terpaksa ambik gambar, nanti kita ejas balik....


Penghulu ASP Fadzil naik MTB hari ini.. tu pun macam pelesit juga.. laju..


Aksi dari Gray, kayuhan slow and steady.. awat dogoi saja ..


Hensem guy... beskal baru beli. Junaidy Jamis (JJ). Kayuh boleh tahan.. laju tapi awas! helmetnya mana?

Scott Amir dan Kasmadi sedang membuat break away !..

Kasmadi.. Kelate mariii...

Dalam apa acara pun.. take 5 adalah yang dinanti... tak caya, tanya depa..


Aksi ni masa di Kg. Selarong..kat Litar Motorcross. Ni pun dogoi jugak apa pun tara.. tak sayang nyawa tuu..

Petunjukkan beskal lambat... sebabnya.. dok tunggu yang lain sampai..

Yang ni aksi, ayam jantan tengah ngorat ayam betina..he3.. Salleh dan Dwan


ASP Fadzil dan ASP Zul.. bincang strategi lagi tuu..

Acara kedua yang dinanti adalah .. kita minum duluuu.. Tempat disediakan oleh pihak Restoran Terapong dan minuman ditaja oleh Penghulu MTBKroh ASP Fadzil... Terima kasihlah tuan, lain kali belanja lagi...he3

Dan kepada semua yang menghadirkan diri pada kayuhan petang tu diucapkan terima kasih dan kepada anggota-anggota MTB yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini, teruskan usaha anda.. Kayuh bukan untk negara, bukan untuk negeri tapi untuk diri kita sendiri kerana betapa mahalnya harga kesihatan itu. Dan jangan lupa bahawa keselamatan juga adalah elemen yang terpenting dalam arena MTB ini.. Justeru itu belilah helmet sebelum terlambat.. O.K, choww....

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@











No comments:

Post a Comment