I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Monday, March 29, 2010

Coretan Ketika Berteduh..





Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..


Isnin 29 April 2010 :-

Sejak dari tengahari dah 'set' dengan ASP Idris (Ajutan) dan C/Insp. Nordin untuk main golf. Maklumlah dah 2 hari golf set tak menjamah tanah dan rumput di padang. Seperti biasa seperti yang dijanjikan 'The Walker Golfers' pun bertemu di arena. Gelaran tersebut diberikan kerana hanya 'flight' ni saja yang bermain berjalan kaki menggalas atau mengheret troli. Beriadah sambil bersukan. Kesihatan dapat, kecergasan dimanfaatkan. Mula jam 5.15 petang dengan keadaan cuaca yang menarik lagi tertarik, maka, persembahan pun bermulalah.


'First' Tee Off bermula di Hole 6, Par 4.. keadaan cuaca mula berubah. Lebih kurang jam 5.40 petang, keadaan bertambah gelap menandakan hari akan hujan. Hamba, Tuan Idris dan Tuan Nordin mengambil keputusan untuk terus saja bermain. Dalam Fikiran mungkin awan mendung akan dibawa angin ke tempat lain. Namun apa yang difikirkan tidak menjadi. Bumi daerah ini tetap menerima rahmat dari Allah s.w.t. Hujan mencurah turun dengan lebatnya menyebabkan padang dilitupi dan digenangi air hujan. Satu ketetapan diambil untuk berehat sahaja di 'Halfway House' di Hole 7, Par 5.


Sewaktu menunggu tu.. sempat jugak Hamba ambil beberapa keping gambar untuk di suapkan dalam blog ini. Maklumlah, daripada kosong ada juga berita yang boleh dikongsi bersama. Sehinggalah jam 6.30 petang keadaan hujan mulai reda. Mujur tiada kilat atau guruh yang menyapa, jika tidak.... emm! sendiri mau ingatlah. Bahaya.. Kalau kena boleh pencen jadi orang.. arwah la tu...


Lewat jam 6.35 petang, tika hujan dah kurang amarahnya.. 'The Walker Golfers' kembali meneruskan aksi mereka dengan membuat 'short cut'. Dari sembilan lubang menjadikan ianya 4 lubang sahaja. Seboleh-bolehnya kita, di samping bersukan, waktu sembahyang tetap dilaksanakan dan diutamakan dari segala hal. Sehinggalah jam 7 malam, di Hole 9, Par 3... misi kami bertiga dapat juga diselesaikan.



Keadaan hujan yang lebat di Hole 8, Par 5 dalam 'Halfway House'


'Fairway' menuju ke 'green' Hole 7, Par 5


L - R: Tuan Nordin dan Tuan Idris..tengah dok kira ayaq hujan.. he3...
Sabaq tuan, nanti sat kita sambung balik.. sapa kalah dia bayaq minum..



Itulah serba sedikit aktiviti petang Hamba selain dari berkayuh...jika orang lain main golf naik 'buggy', tapi kami tetap berjalan kaki demi kesihatan. Dengan jarak 'hole by hole' yang pendek, dan keluasan keseluruhan 2702 meter, berjalan adalah bersesuaian bagi 'golfers' yang inginkan bermain golf dan bukannya 'lawan' golf. Kesimpulannya, walau apapun cabang sukan, riadah ataupun rekreasi, lakukan semuanya untuk kesihatan.....kerana ianya tiada boleh dijual beli.. ok, choww... Wassalam.


No comments:

Post a Comment