Lokasi : Pengkalan Hulu (Petronas) - Baling - Pengkalan Hulu
Jarak : 28.8 km
Max Speed : 59.9 (tu turun bukit daa...)
Cuaca : cun, cantik dan cerah
Masa : 07.45 pagi (Waktu Malaysia)
Tarikh : 27/03/2010
Riders : Hamba, Tuan Fadzil, Tuan Nordin, Yus, Wan Felcra, Nizam Imigresen,
SM Zali, Sjn Mail dan Wendy
Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
Sabtu - Cuaca pagi, nyaman dan terang. Ditambah dengan sapaan bayu yang dingin. Sesekali ia menjentik kulit nipis sehingga terasa akan sejuknya sapaan itu. Alhamdulillah. Itulah betapa indah dan damainya bumi Pengkalan Hulu ini. Di hujung jalan sana, sekelibat insan sedang mengayuh dan semakin menghampiri diri Hamba yang kerdil ini. Gagah membelah pagi. Kelibat itu semakin dekat. Di hati ini segumpal persoalan masih berdetik, siapakan gerangannya.. Kayuhannya mantap dan bertenaga sekali. Kami berselisih; Hah! Amin rupanya. Ku sangkakan sapa tadi..! Rupanya dia. Terus hamba kasi racun cap tengkorak dan sedetik itu juga terus dia setuju untuk sama-sama menyertai MTBkroh ke Baling. Hari ni dia naik RB. (gambar seperti di atas). Apa-apapun dalam kayuhan tersebut roadie memang laju. Sebab yang dok gunakan memang dah taraf otai-otai, termasuklah Yus dan Tuan Fadzil. Dari mula sampai habis, memang dok lead.. bukan lead gitar hahh...
Kayuh baik-baik, petang ni nak lawan bola pulak..
bukan Amin Trek dan Yus Bianchi..
he3.. Berani ka!?
Sebelum Hamba melabuhkan coretan ini, sekiranya terdapat sentuhan rasa kecundang di sanubari, terlanjur kata yang menikam kalbu dan sekelumit hirisan bicara.. Hamba menyusun jari sepuluh memohon maaf. Nukilan ini hanyalah untuk hiburan semata-mata dan gurauan senda untuk irama di sepanjang kayuhan... jumpa lagi, o.k. chowww... Wassalam.
No comments:
Post a Comment