Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Petang, di luar sana hujan masih menyimbah bumi. Syukur. Paling tidak pun bumi daerah ini masih dirahmati. Tatkala itu, persiapan telah pun diatur untuk mengiringi kayuhan petang ini sebagai simbolik meraikan rakan-rakan baru di dalam arena kayuhan MTB ini. Semuanya terdiri dari 4 orang iaitu Salleh, Gray (anak bumi Kenyalang), Kasmadi dan JJ. Kayuhan petang ini dirasmikan oleh sapa lagi kalau bukan Penghulu MTB Kroh ASP Fadzil. Tiada upacara menepung tawar diadakan cukuplah dengan menepung air masin dibaju tu.. Kayuhan bermula di hadapan pintu gerbang Bn. 18 PGA, Pengkalan Hulu, Perak. Bergambar kenang-kenangan di hadapan pintu masuk ke Thailand.. masa ni tak payah guna lesen ATP lagi.. cuaca juga ketika ini masih lagi hujan dan ambik gambar pun dalam keadaan basah.. masing-masing dok control hensem.. L - R ; Salleh Venzo, Scott Amir, Dwan, Johari Venzo, Hamba, JJ. Kasmadi, Penghulu ASP Fadzil, Gray dan Rempit maaflah tak ada gambar sebab terpaksa ambik gambar, nanti kita ejas balik....
Aksi dari Gray, kayuhan slow and steady.. awat dogoi saja ..
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
No comments:
Post a Comment