I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Wednesday, March 31, 2010

Kempunan Lah Lagi....



Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
Khamis 1 April 2010 :
Hah! masih ingat lagikah tuan-tuan semua akan imej di atas ; Hamba pasti ianya masih lagi tersemat di sanubari setiap insan yang menceburi arena ini. Alkisahnya, maka terdengarlah dari halwa telinga (bukan halwa maskat) Hamba, bahawa barang yang diidamkan telahpun berjaya disunting oleh seorang pendekar dari MTBkroh. Setelah berhempas pulas mengalahkan musuh-musuhnya, maka Sang Pendekar tadi telah berjaya memperolehinya. Bravo dan syabas Hamba ucapkan kerana telah berjaya menaikkan taraf diri sendiri dengan hasil yang lumayan. Ingin juga Hamba bertanya pada geranganya; apakah ilmu yang tuan hamba gunakan sehingga berjaya meliuk lintukkan tengkok sang empunya diri itu..minyak dagukah...? Hamba rasa bukan, mungkin minyak buluh perindunya kah...? pun Hamba rasa bukan... Tak leh jadi ni, nak kena bertanya terus kepada Sang Pendekar sendiri.
Bagi memudahkan persoalan tersebut, Hamba menurunkan serba sedikit akan latarbelakang Sang Pendekar ini....... Orangnya hensem.., kacak, berkerjaya (Keja dengan Gomenlah tu..). Badannya 'besar' sekarang telah mempunyai 'Track' nya sendiri...he3... cuba teka sapakah yang empunya 'laluan' ini.. yang pasti bukan Man Belon puunyee...! Hamba rasa Abang Razif dengan Anak Siong arif benar dengan Si Polan ni.... Yus tak aci...sebab dia dah 'makam' lain....
Kepada orang yang Hamba maksudkan itu.. mohon ampun dan maaf sekiranya kata bicara ini menyinggung hati dan perasaan. Semuanya Hamba lakukan adalah semata-mata hiburan dan gurauan sahaja.
Ok, chowww...Wassalam

Episod akan datang: Sudah sampai hukum....tuuunnggguuu...!!

No comments:

Post a Comment