I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Thursday, March 18, 2010

Road To Sempadan / Kg. Selarong


















Tarikh: 18/03/2010
Lokasi : Sempadan Malaysia / Thailand - Kg. Selarong
Jarak : 21.5 km
Riders : Hamba dan Wan Langkawi
Cuaca : Tersangatlah cunnya.. tak panas tak redup ( suam kuku lah tu )

Assalammualaikum, salam bahagia dan salam 1Malaysia. Petang ini cuba call Abang Razif mana nak tau kalau dia ada panjat Gunung Inas tapi malangnya beliau menziarahi saudaranya yang meninggal di Pendang. Apa pun takziah dari kami semua untuk keluarga arwah. Dalam pada tu cuba hubungi rakan-rakan lain, malangnya tak ada jawapan.. Nasib baik Wan Langkawi menawarkan diri untuk sama-sama dengan hamba menjeling sejenak ke lokasi berikut...

Asal kayuh saja sampai, asal sampai saja dan kayuh.. hahh dah sampai pun kami berdua di sempadan. Untuk makluman, di pintu masuk sempadan inilah nanti para riders akan melaluinya untuk ke Betong Off Road pada 17 April nanti. Tapi pastikan bawa passport atau Pas Sempadan semasa datang nanti. Kalau tak ada pun boleh... boleh balik.. he3.. Walau macam manapun kami di sini selalunya guna pas ATP.. bukan tenis punya persatuan.. sendiri punya.. Angkat Tangan Pi (ATP). Jangan angkat kaki dah ler.. Kurang asam namanya tu..

Dari sempadan kami terus terjah ke Kg. Selarong melalui Pekan Pengkalan Hulu, Padang Golf dan terus sampai ke destinasi kedua ini. Cantik, nyaman dan mendamaikan kayuh kat sini yang diketuai oleh Pak Juragan sapa lagi Wan Langkawi... dia expert kawasan ni. Ada kebun getah, kolam ikan, dusun dan mcm2 lagi.. pendek katalah, bukan panjang kata.. macam-macam adaaaa...

Apapun nikmatilah pictures yang sempat Hamba gari pada petang tu... layannnn...















No comments:

Post a Comment