Khamis 01 April 2010 :
Inilah 'White Horse' Hamba. Dan seminggu terperuk tanpa bergerak. Maksud kata sudah seminggu jugaklah ianya sakit dan koma. Asal nak bergerak sakit, asal sakit saja bergerak. Pada hemat Hamba, sudah sampai masanya dirawat dan tengok apa yang patut. Nak jumpa bomoh takut jugak, sebab tak ada sijil kedoktoran. Lagipun bomoh sekarang susah nak dipercayai. Kena pulak macam bomoh P. Ramlee.. Bomoh temberang namanya..ha3..
Setelah sekian lama tertangguh, maka, pada hari dan ketika ini, beskal Hamba pun dah tersedia di bilik pembedahan. Dalam situasi yang ketika ini.. tengah dok tunggu doktor sampai. Tepat jam 10.45 pagi tadi, dengan langkah yang penuh confident, sampailah doktor tersebut. Tak ada satu pun alat pembedahan yang dibawa, memadailah dengan seuncang karung yang penuh dengan misteri...
Dan tepat jam 11.30 pagi, maka, tamatlah sudah episod ini. Sekira ada lagi permintaa dan sambutan akan Hamba lanjutkan lagi perjalanannya... Ok, chowww... Wassalam
No comments:
Post a Comment