Isnin- 05 April 2010
Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Dah beberapa hari Hamba tak up date blog. Bukannya Hamba merajuk atau boikot, tapi aktiviti yang dilaksanakan pada minggu ini tak berapa nak mencabar dan jika ada sekalipun ianya adalah lebih bersifat riadah dan santai sahaja. Walaubagaimanapun, jari jemari ini sudah terbiasa untuk disetup setiap hari, maka, mahu tak mahu Hamba terpaksa mencari bahan juga untuk dimuatkan ke dalam blog ni. Dibawah ini adalah sebahagian dari rentetan gambar-gambar yang sempat Hamba muatkan pada kali ini.
COLNAGO... inila Colnago CLX kepunyaan Tn. Fadzil @ Tok Penghulu. Cantik frame dia.. Lepas ni Banding Ride boleh join dengan Al-Haj (Ramlysp) salah seorang otai yang disegani..sorang-sorang pun dia kayuh atau boleh juga dengan ZanKX, tuan punya Butik Beskal (BB). Macam-macam ada kat dia, taraf otai jugak..atau yang lebih cun lagi..nindia ODD in the house.. yang ni bukan sebarang orang, asal kayuh beskal saja, pompuan mai kat dia.. belum ngorat lagi tu... Macamana Tok Penghulu... anda sanggupkah..?
Itulah serba sedikit yang dapat Hamba coretkan pada kali ini. Jadi kita jumpa di lain kesempatan. Jika ada coretan ini mengguris hati dan perasaan, Hamba mohon ampun, kerana tujuan Hamba adalah gurauan semata-mata.. ok, choww...Wassalam.
No comments:
Post a Comment