I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Thursday, April 15, 2010

Latihan Sendirian..


Tarikh: 15 April 2010
Jam: 5.45 petang
Cuaca: Lit lit lagi
Jarak: 28.4 km
Lokasi : Tmn Tasek Permai - Pdg Tamat-
Kg. Selarong - Ayaq Panas - Sempadan Mal/Thai -
Tmn. Tasek Permai
Max Speed : 39.7

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
Hari ni Hamba kembali lagi dengan niat untuk melakukan latihan sendirian. Lebih kurang seminggu dok terperap kat rumah. Nak main golf pun tak cukup kaki. Ada kaki pun kena gigitan 'kambing', mau tak mau fizikal kena maintain juga. Betong Of Road dah nak dekat, jadi tanpa membuang masa Hamba pun capai 'White Horse' terus memacunya. Fizikal hari rasa dah kembali normal.. Alhamdulillah.
Pertama sekali target Hamba bukit di Kg Pdg Tamat. Banyak versi climbing di sini. Hamba pilih yang medium saja. Mudah dan selamat. Takut juga bila ambik yang ganas nanti, injured, pasti menyesal..
Sepanjang perjalanan ke lokasi tu, ada juga Hamba sempat mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca blog ini. Yang di atas ni kalau nak tau ialah 'Rumah Bujang' siap bagi tanah lot sorang. Batu bata ada orang tolong sponsored. Bertuahnya badan. Sebenarnya itu adalah Jirat Cina. Kalau nak booking pun boleh, nak order pun boleh.. he3

Hat ni, downhill landai, syok juga layan ni, kepada visitors yang nak mai dan yang dah sampai Betong pasti akan terperasan laluan ni..

Daki...salah satu trek pendakian menuju ke puncak..

CONFIUS...! macamana boleh jadi lagu ni... target ke Kg. Padang Tamat apasal ke Sungai Petani pulak. Tak jauh dah lagi 71 km saja..

UP HILL.. inilah kegemaran Hamba. Tapi medium saiz saja

Dari atas puncak Kg. Padang Tamat ini kita akan perolehi panorama yang agak menarik. Nun di sana ialah MRSM Pengkalan Hulu, Perak. Luas jugak kawasan ni.

Dari Kg. Padang Tamat, Hamba menyusuri jalan Pekan Kroh menuju ke satu kampung lagi. Bukan Kg. Pinang Sebatang tapi Kg. Selarong. Perkampungan ini agak terkenal kerana di destinasi ini lah banyak pengarah-pengarah drama datang untuk membuat cerita. Termasuk yang terkini drama 'RAMBUNG' lakonan Eman Manan. Ianya juga tiada kena mengena dengan gambar di atas. Apapun destinasi Kg. Tasek juga banyak nilai-nilai kebudayaan dari masyarakat Siam. Nak terjah pun, sonkran dah habis... melepas lah lagi....

BUKIT... sekali lagi uphill menanti di kg. tersebut. Ada dalam 2 km..

PAR.. hat ni bukan PAR golf.. tapi kedai jual cat jenama Par. Siap dengan no. telefon lagi..

AWAS... awas pun kena bedal jugak.. pasai apa jadi macam tu

OFF ROAD... salah satu laluan sunyi dan sepi...

blurr lah pulak..

ASKAR PUNYA....ini adalah Kem RS 3, Pengkalan Hulu... tempat perwira negara
menyusun strategi..

DOWNHILL...turun bukit serta pemandangan selepas kem askar

PDRM... ini pintu gerbang kepunyaan Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA).. cantik tempat ni dan banyak tersimpan sejarah penentangan pengganas komunis serta kejayaan batalion ini dalam menghapuskan komunis. Sejarah tentang bangunan dan anggota Senoi Praaq dan juga kebanggaan Beret Maroon. Insyallah jika ada masa akan Hamba huraikan betapa uniknya batalion ini... tak lama lagi dah nak masuk rumah baru.... bini pun baru jugak ke..? Kalau berani...

Seterusnya Hamba menghala ke Sempadan Mal/Thai melalui Kg. Air Panas. Sebelum itu langkah Hamba terhenti sejenak menapak ke Taman Riah. Bukan apa.. sebab nampak bukit. Pantang nampak, pasti nak panjat..
Dari atas bukit Taman Riah.

Curamnyaaa....

Downhill... Baru bikin maa..

Dan akhirnya sampailah ke destinasi Sempadan Mal/Thai.

BUKIT... tak berani panjat sebab ada pagaq, sangkut kat situ jenuh pulak lepas...tengok sajalah

Perjalanan balik.... syok layan jalan ni...landai

Beramal kepada yang memerlukan... Rumah Yayasan Anak-anak Yatim Al-Taqwa, Kg. Air Panas... sumbangan diperlukan...
Dengan itu, berakhirlah latihan terakhir Hamba sebelum menuju ke Betong Off Road pada 17 April 2010 nanti. Esok Hamba ada agenda kat padang golf pulak. Memotong dan menebas mana-mana rumput yang panjang. Lama dah tak turun gelanggang ni. Semuanya pasal gigitan 'kambing' punya hal. Apa-apa pun layan lah mana yang patut. Ok, chowww... Wassalam.

No comments:

Post a Comment