Kayuhan Off Road Betong
Jarak: 58.29 km
Laluan : Tmn Tasek Permai - Betong - Tman Tasek Permai
Max Speed: 47.3 km
Average: 16.1 km
Mula: 0700 hrs
Tamat: 1400 hrs
Riders: 60 ++
Penganjur : Hulubalang Tok Megat & BetongMTB
Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia..
Agak lama jugak Hamba mengambil masa untuk mengupdatekan blog ni. Baru kini Hamba mendapat. Bukan kerana cedera dan juga bukan kerana letih, tetapi komputer punya masalah. Apapun, Alhamdulillah, terlaksanalah juga blog Hamba ni.
Pagi ini, 17 April 2004 (Sabtu) seawal jam 7 pagi Hamba berseorangan telahpun bertolak untuk ke Betong bagi satu misi, melaksanakan perkara yang belum Hamba lakukan selama ini. Kayuhan Off Road Betong! Itulah nama yang telah diberi oleh Tok Megat untuk misi kali ini. Tatkala Hamba menikmati suasana pagi yang nyaman tiba-tiba..phooonnn!phoooonnn, ingatkan Idlan Raja Lawak rupa-rupanya Brother Razif mengekori Hamba dari belakang. Sayuq saja dia memotong Hamba... patut la laju, rupanya naik kereta. Tapi, tak pa, nanti Hamba potong dia balik.
Sampai di muka pintu sempadan, Tok Megat & The Gang pun sama-sama sampai. Tunggu sebentar untuk proses cop passport. Hamba teruskan lagi perjalanan, memadailah dengan passport ATP (Angkat Tangan Pi). Jangan angkat kaki sudah.. kurang ajar namanya tu dan tepat jam 7.23 pagi, Hamba dah pun sampai di lokasi, mana lagi kalau tak kat kedai Amin Beskal. Sampai di sana, dah ada riders yang sampai. Nama kata Betong, apapun memang awai....baguih-baguih, disiplin namanya tu. Subuh ikut jam Malaysia ka atau jam Siam !?
Yang ni paling awai sekali, sapa lagi, keta biru, Brother Razif dengan Tok Megat
Riders dari Malaysia, Guar mariii...
Riders dari Malaysia, Guar mariii...
Dalam menghitung saat-saat menantinya perjuangan, sempat juga Hamba mengambil gambar para riders yang datang dari merata tempat di Utara Semenanjung, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Semuanya ceria sebelum acara dimulakan..
Untuk gambar yang tersiar di atas, Hamba rasa bersalah sekiranya tidak dipamirkan. Tapi persoalannya; siapakah gerangannya..? Orangnya kuat, rupanya pun ada.. siapakah dia? Ha! Cepat-cepat mari kita tengok sapa yang kena.. Ha! nombor dua lagi, nombor dua lagilah.. sapapun tak kena. Tapi Hamba rasa mungkin Odd ka, Al Haj ka atau ZanKX kenal orangnya.
'White Horse' pun setting jugak ke!
Pengarah Kayuhan bersama Cikgu Din dan Tuan Fadzil..
Ayaq free.kalau tak ada yang ni..mampuih la.. terbayang 'From Taiping With Love'...
CANTIK...Dewan yang terdapat di Pekan Betong
Siam Tamrot....sebelum perjuangan
GAGAH...respect sama depa ni kerana berjaya menghabiskan kayuhan
STRATEGI...Cikgu Din dari Sg Petani dan kawan, dengan pertanyaan; tak sakit ka dok lama-lama macam tuu...
SM Zali (baju kuning), Karai marii..
KASIH IBU... ke mana kuah kalau tidak ke nasi...
YUS...dari mula sampai habis dok depan saja.. tracker MTBKroh
NIZAM...kali ni tiada lagi warm up mcm dulu..awai-awai lagi dia dah buat
Haappp! buat apa tu..?
AKSI... gaya toke beskal
CERIA.. Geng Shukri Siong, baju biru..
Lebih kirang jam 9.15 pagi, maka, perjuangan pun bermulalah. Konvoi bergerak melalui pekan Betong sambil diawasi oleh Siam Tamrot. Meriah apabila melihat situasi yang sedemikian. Dalam konvoi tersebut terdapat 3 orang wanita berstatus ibu, 2 kanak-kanak perempuan dan 3 orang kanak-kanak lelaki. Semuanya mereka berhati waja laksana perwira dan srikandi di medan perjuangan. Kancil dengan Rusa tak main.
Melalui Pekan Betong
ORANG BALING.... heran, apasal Riders Baling besar-besar tapi power..
JENG!JENG..maka bermulalah episod ragaih bukit, turun bukit..
STOP...dalam hutan pun ada lampu merah jugak...
Menunggu untuk acara downhill...
Banyak jugak traffic light kat sini..
Di pengakhiran CP1 ni, banyak riders yang terpesong dari landasan.. ada yang speed dan ada juga yang tergolek dog, macam nangka da... mau tak tergolek, bila turun bukit kat situ, dah berpuluh ekog anjing dok tunggu, tunggu masa nak attack aja.. apa lagi ca alif but lah..tu yang banyak riders terpaksa buat divert.
Perjuangan yang belum selesai...
GMCC...2 orang ahli dari kelab tersebut. Kuat-kuat belaka depa ni
KALUT..nasib baik tak terlepas kamera..downhill tu
Dalam Stage 2 inilah, ramai pendekar-pendekar kita telah gugur di medan pertempuran. Namun jasa-jasa mereka dalam meramaikan kayuhan ini tetap dikenang dan disanjung tinggi. Kerana di sinilah terletaknya cabaran yang sebenar dengan denai dan permatang yang licin, dengan kecuraman bukitnya ditaburi batu-batu yang keras lagi tajam. hanya bekalan semangat dan fizikal dan mental yang jitu sahaja yang membuat pendekar-pendekar kita berjaya mengharungi stage ini. Termasuklah Director kita.. Tok Megat & The Gang.
Selesai mengharungi Stage 2, konvoi terus bergerak ke Stage 3 yang bagi pendapat Hamba laluan yang agak mendatar dan terbuka. Namun demikian masih terdapat jugak di satu dua tempat yang laluannya agak menggoncang jiwa dengan selekohnya dan downhillnya yang agak laju...
Selesai saja di Stage 3, pick up ayaq pun dah tersedia. Apalagi isi ayaq dulu sambil minum-minum. Peringkat ni tak berapa mencabar kerana laluannya yang agak landai. Masa ni baru dapat tau beberapa pejuang-pejuang yang sama-sama berjuang telahpun gugur di medan pertempuran. Hanya beberapa bahan bukti akan keguguran mereka yang sempat dibawa balik termasuklah kacamata hitam dan lampu serta bateri beskal...Sapa punya..? Man Belon punyeee...
DUSUN..nasib baik tak musim buah, kalau tak naya toke dusun ni...
Di persinggahan ini, terdapat dua kumpulan di mana kumpulan pertama untuk balik dan kumpulan yang kedua untuk sambung laluan yang seterusnya. Masalah ini timbul kerana pada ketika itu jam sudahpun menunjukkan 12.30 tengahari, nak fikirkan check out hotel, dengan laparnya lagi serta pelbagai persoalan. Setelah dipersetujui maka konvoi mengambil kata putus untuk berpatah balik. Lagi pun bak kata pepatah ' takkan lari, gunung dikejar'. Nanti kita mai sambung lain. Itu semua alasan nak mai lagi lah. Apapun kayuhan hari ini setakat 30km sahaja dan tidak 50 km seperti yang direncanakan. Namun ianya tetap satu kepuasan, setiap keringat yang menitik, setiap degupan jantung yang berdetik pasti ianya akan menyuntik satu azam yang pasti kembali sekali lagi ke sini...
Dengan itu berakhirlah coretan Hamba untuk kali ini. sesungguhnya banyak pengajaran dan ilmu yang Hamba dapati dalam mengikuti Kayuhan Betong Off Road ini. Walaupun ianya adalah pertama kali bagi Hamba, namun pengalaman adalah yang utama. Dari Kedai Amin Beskal Hamba meneruskan kayuhan perjalanan pulang ke teratak Hamba. Tepat jam 2 petang Hamba selamat sampai. Selepas ni azam Hamba akan mengikuti Kayuhan Jepang Padi 2010 di negeri kelahiran Hamba, Kedah Darul Aman. Betul -betul dekat rumah Hamba. Oklah...disebabkan maggie Hamba sudah kembang, Hamba noktahkan nukilan untuk di sini sahaja.. ok, choww... Wassalam.
Bahasa Thai: Tamrot - Polis
No comments:
Post a Comment