I made this widget at MyFlashFetish.com.

----- : Selamat Datang Ke Blog WIRAMERGONG : --------

.. Assalammualaikum, dengan rasa rendah diri hamba mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan ke blog ini dengan harapan dan keyakinan agar persahabatan ini akan kekal hendakNya...















Wednesday, April 7, 2010

Renung Sejenak...

Khamis: 08 April 2010

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Hari ini Hamba akan membawa anda semua lain dari topik yang sedia ada. Walaupun ianya berlainan, namun fokus tetap juga berlegar diruang pemikiran, iaitu kesihatan. Dalam pada itu, aktiviti ini juga telah menjadi satu rutin pada Hamba setiap hari minggu selain dari berkayuh. Lagipun Hamba lebih mengenali sukan berkenaan sebelum mengenali arena MTB. Sekalipun sukan berbeza tapi apa yang pasti ianya menuju ke satu destinasi, satu tujuan serta ke satu puncak...bukan AF hah! .. istilah yang diberi nama kesihatan dan kecergasan..

Selain dari matlamat tersebut, objektif Hamba juga memberi ruang dan peluang kepada semua yang menatapi blog ini yang mempunyai kemahiran dalam aktiviti tersebut agar lebih mengenali dengan lebih dekat Kelab Golf Pengkalan Hulu (KGPH) yang berpaksi di Daerah Pengkalan Hulu, Perak ini. KGPH hanya terletak lebih kurang 1km dari pekan. Kelab yang menawarkan 'Green Fees' termurah iaitu RM30.00 bagi pemain-pemain golf yang ingin menikmati lapangan ini. Kemudahan 'buggy' juga ada disediakan di kelab ini. Perkhidmatan ini dikenakan sebanyak RM10.00 seorang bagi 9 lubang yang pertama. Layanan lapangan ini juga amat mencabar kerana dari aspek geografinya yang agak berbukit dan sudah pastinya ianya memerlukan fizikal yang mantap untuk 'melayari bahtera' ini. Keseluruhan lapangan ini mempunyai 9 lubang yang terdiri dari tiga Par 3, dua Par 5 dan empat Par 4. Sebuah kelab golf yang mempunyai jarak yang pendek namun tetap memberi implikasi dan cabaran terutamanya bagi yang baru menceburi sukan ini. Par 3 yang terpanjang di lapangan ini ialah 213 meter di Hole No. 2, bagi Par 4 dengan jarak 338 meter di Hole 5 dan Par 5 terpanjang ialah 511 meter di Hole 8.

Justeru itu, bagi riders yang akan bertandang untuk Betong Off Road pada 17 April 2010 ini, jika anda berkesempatan, datanglah melayani lapangan ini. Di bawah ini terdapat beberapa keping gambar yang sempat Hamba 'snap' untuk tatapan pembaca sekalian... layannnn..

Pintu masuk ke Kelab Golf Pengkalan Hulu (KGPH)

Simpang masuk ke kelab

Pejabat KGPH

Kemudahan kafeteria juga disediakan

Tempat letak kenderaan


Tee Box Hole No. 1

Tempat penginapan yang sedang dalam proses pembinaan


Par 5, 511 meter Hole No. 8


Juga dikelilingi bukit bukau
Suasana yang damai dan tenang

Sekiranya anda semua sukakan suasana berendam di kolam air panas pada waktu malam, kemudahan tersebut juga boleh didapati di daerah ini. Dalam perjalanan arah ke pintu sempadan, perhatian anda juga tentu akan terarah kepada Papan Tanda yang menunjukkan destinasi tersebut. Ianya lebih dikenali sebagai Chalet Air Panas bagi penduduk di daerah ini. Untuk huraian yang lebih lanjut akan Hamba terjemahkan ia pada episod yang akan datang. Insyallah.. ok, jumpa lagi di lain kesempatan...chowww. Wassalam

No comments:

Post a Comment